Minyak YU YEE CAP LIMAU Pilihan Generasi Turun-Temurun!

Farah Waheda Wahid
2
MINYAK YU YEE CAP LIMAU PILIHAN GENERASI TURUN-TEMURUN! 3

Pernah digemparkan dengan berita semasa yang mengatakan Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah TIDAK HALAL disebabkan mengandungi bahan berunsur khinzir beberapa tahun yang lalu. Memang masa tu agak terkesima seketika dan di dalam kotak pemikiran Farah ni… Allah… Aku dah lama dah guna Minyak YU YEE CAP LIMAU ni! Sedari anak-anak jagaan nenek Firash dan juga anak-anak saudara lagi sememangnya Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah minyak yang disapukan di perut mereka selepas mandi bagi mengelakkan masalah kembung perut sehinggalah ke Iman Firash. Iman Firash pun gunakan Minyak YU YEE CAP LIMAU juga untuk tujuan yang sama! Mommy dia ni pun guna Minyak YU YEE CAP LIMAU pada saat-saat memerlukan. Hu hu hu… Ya ke? Minyak YU YEE CAP LIMAU pilihan generasi turun-temurun! Memang keluarga kami menggunakan Minyak YU YEE CAP LIMAU untuk pelbagai kegunaan. Mujurlah selepas beberapa ketika diumumkan bahawasanya Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah HALAL!

Melalui sedutan berita yang dimuatnaik oleh Sinar Harian melalui pautan di SINI pada 1 Oktober 2015:

Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan Minyak YU YEE CAP LIMAU mempunayi sijil HALAL susulan satu mesej viral yang tersebar melalui laman sosial mengenai status halal produk itu yang dikatakan mempunyai bahan yang berunsur khinzir.

Memetik laman rasmi Facebook, Bahagian Hab Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) minyak tersebut telah disahkan halal.

“Ya, telah disahkan halal. Rujuk maklumat di direktori Halal Malaysia melalui laman web www.halal.gov.my,” kenyataan itu dipetik.

Minyak yang biasanya digunakan untuk bayi bagi mengelakkan kembung perut dikeluarkan oleh Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. yang mempunyai sijil HALAL sehingga 31 Julai 2016. Dalam pada itu, melalui laman Facebook itu juga, JAKIM turut memaklumkan bahawa maklumat yang mengatakan produk Kopiko LA Coffee dan Kopiko 3 in 1 yang mengandungi gelatin dan lemak khinzir adalah tidak benar. “Produk berkenaan mempunyai pengesahan HALAL Malaysia dan juga Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang sah.” tulis kenyataan itu lagi.

Itu berita tahun 2015 dan pastinya ada yang tertanya-tanya adakah Minyak YU YEE CAP LIMAU mempunyai status HALAL. Sebagai pengguna tegar Minyak YU YEE CAP LIMAU, mestilah Farah pantau perkara ni kan? Takkan nak biarkan macam tu sahaja. Sebab kita Muslim dan kita pengguna, jadi kita mesti mengikuti perkembangan semasa produk-produk serta makanan-makanan yang kita ambil dalam kehidupan seharian kita. Ternyata Minyak YU YEE CAP LIMAU masih lagi berstatus HALAL sehingga ke hari ini. Tak percaya?

MINYAK YU YEE CAP LIMAU PILIHAN GENERASI TURUN-TEMURUN! 

{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493194658337","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":[],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":false,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":886,"total_editor_time":17,"width":1182,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

Farah baru jer semak status keHALALan Minyak YU YEE CAP LIMAU hari ini tau. Sebab Minyak YU YEE CAP LIMAU ni dah digunakan turun-temurun dari satu generasi ke satu generasi di dalam keluarga kami, Farah memang memantau status keHALALan Minyak YU YEE CAP LIMAU dari semasa ke semasa. Iyalah manalah tau kan? Tapi Alhamdulillah, sehingga kini sememangnya Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah masih di dalam status HALAL. Alaaa… Farah percaya pihak Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. yang berpusat di Pulau Pinang akan mengikuti garis panduan HALAL di dalam produk keluaran mereka di pasaran Malaysia. Pihak Weng Seng Heng Medical Factory Sdn. Bhd. semestinya tahu market segmentation mereka di Malaysia. Takkanlah mereka mahu mengeluarkan produk yang mengandungi bahan berunsurkan khinzir di pasaran Malaysia yang mana rata-rata pengguna adalah secara majoriti pengguna Muslim.

MINYAK YU YEE CAP LIMAU PILIHAN GENERASI TURUN-TEMURUN! 2

Minyak YU YEE CAP LIMAU bukanlah produk baru di pasaran tapi sejak lama dulu. Memang popular Minyak YU YEE CAP LIMAU dan memang tak perlu nak diperkenalkan lagi. Rata-rata rakyat Malaysia memang kenal dengan Minyak YU YEE CAP LIMAU. Minyak ini telah digunakan sejak zaman berzaman oleh para ibu kaum Cina untuk menangani masalah angin dan kembung perut di kalangan bayi. Minyak perubatan herba dengan haruman pudina manis ini juga telah terbukti menjadi rawatan yang berkesan untuk masalah kolik. Minyak YU YEE CAP LIMAU juga membantu untuk mengurangkan sakit-sakit sendi dan otot untuk golongan muda dan tua.

{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493194370413","tools_used":{"crop":1,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":[],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":false,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":630,"total_editor_time":228,"width":639,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

Farah kan… Memang simpan Minyak YU YEE CAP LIMAU ni di rumah dan juga di laci pejabat. Wajib ada! Minyak YU YEE CAP LIMAU ni lah penyelamat Farah bila masa-masanya tiba-tiba Farah sakit kepala ke? selesema ke? hidung tersumbat akibat selesema ke? Stres ke? Sakit-sakit sendi atau lenguh-lenguh badan ke? Memang inilah yang Farah cari. Kalau tak ada Minyak YU YEE CAP LIMAU terpaksalah tahan rasa sakit atau ketidakselesaan sehingga dapat Minyak YU YEE CAP LIMAU. Crying face. Tak boleh kalau tak ada.

Kalau sakit kepala, sakit-sakit sendi atau lenguh-lenguh badan  tu… kita sapu jerlah di bahagian yang berkenaan kan? Kalau selesema, hidung tersumbat ataupun stres… Farah akan sapu di hidung dan Farah suka hidu Minyak YU YEE CAP LIMAU ni. Bau dia pun sedap… Wangi jer… Tidak memeningkan kepala. Memang rasa lega oiiii…. Ha ha ha…  Open-mouthed smile Psssttt… lagi satu kan… Kalau nak cari ilham dan nak bertenang untuk dapatkan bagaimana gaya nak susun struktur ayat entri di blog pun Farah suka hidu Minyak YU YEE CAP LIMAU.

{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493194698436","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":[],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":false,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":886,"total_editor_time":25,"width":1182,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493194750046","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":[],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":false,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":886,"total_editor_time":35,"width":1182,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

Untuk Firash pula, semestinya Farah sapukan di bahagian perut dia setiap kali selepas mandi untuk mengelakkan masalah kembung perut. Alhamdulillah lah… Dari awal kelahiran dia sehingga sekarang ni, memang boleh kira sekali jer Firash mengalami masalah kembung perut. Itupun sebelum Farah mula gunakan Minyak YU YEE CAP LIMAU untuk Firash. Sehingga kini walaupun Firash dah berusia 3 tahun 6 bulan, Minyak YU YEE CAP LIMAU masih setia menemani Firash dan masih setia sebagai minyak angin sapuan untuk Firash walaupun sememangnya rata-rata ibu bapa telah mula menghentikan penggunaan sapuan minyak pada anak-anak kecil masing-masing apabila usia mereka semakin meningkat. Firash tu sampai sekarang pun masih disapukan dengan Minyak YU YEE CAP LIMAU. Winking smile

Kalau tanya Farah… Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah sesuatu yang sangat essential dan diperlukan untuk berada di dalam setiap rumah. Lagipun harganya bukanlah mahal pun. Harga mampu beli dan mampu milik kata kau. Minyak YU YEE CAP LIMAU terdapat di dalam beberapa jenis keluaran iaitu 10 ml, 22 ml dan juga 48 ml yang mana anda boleh beli dengan harga serendah RM 9.00 sebotol.

Oh ya! Sebelum Farah terlupa, untuk pengetahuan anda, kandungan Minyak YU YEE CAP LIMAU adalah Peppermint Oil (36.0% w/v), Clove Oil (2.6% w/v), Nutmeg Oil (0.6% w/v), Menthol (1.6% w/v), Borneol Cortex Cinnamoni (1.0% w/v), Resina Calamus Draco (1.0% w/v)  dan Light Liquid Paraffin (1.0%% w/v). Manakala cara penggunaannya adalah sepertimana yang Farah terangkan di dalam perkongsian Farah di atas. Tak pernah ada sejarah lagi yang Minyak YU YEE CAP LIMAU ni ada kesan sampingan yang membimbangkan terhadap pengguna. Selamat nak guna Minyak YU YEE CAP LIMAU ni, kecualilah kalau anda atau anak-anak kecil anda mempunyai alahan tertentu terhadap kandungan Minyak YU YEE CAP LIMAU.

Cara penyimpanan pun mudah sangat! Anda cuma perlu simpan di dalam suhu bilik (25 – 30 Darjah C), jauhkan dari kanak-kanak dan patuhi segala arahan tarikh luput penggunaan yang terdapat pada botol Minyak YU YEE CAP LIMAU.

{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493194814040","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":[],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":false,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":886,"total_editor_time":15,"width":1182,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

Yang paling Farah suka, kalau nak travel ke mana-mana, senang masuk dalam beg. Beg tangan memang boleh sangatlah! Tak perlu risau nak tumpah ke apa sebab Minyak YU YEE CAP LIMAU ni telah didatangkan khas di dalam tin yang melindungi masalah minyak tumpah ke dalam beg atau beg tangan sehingga satu beg berbau minyak angin! Ha ha ha… Open-mouthed smile. Siapa pengguna Minyak YU YEE CAP LIMAU, taulah setakat mana fungsi dan juga keberkesanannya. Untuk yang masih belum pernah menggunakan Minyak YU YEE CAP LIMAU tu… Cuba gunakan sekali, pasti anda suka. Yang sedang hamil anak pertama dan bakal melahirkan tu, ataupun yang sudahpun melahirkan bolehlah cuba gunakan Minyak YU YEE CAP LIMAU untuk bayi masing-masing. Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Minyak Yu Yee Cap Limau mmg terkenal dengan keberkesanan dia untuk memulihkan dan menghilangkan masalah kembung perut bayi. Selain daripada tuuu...Minyak Yu Yee dapat mengatasi masalah masuk angin dan sakit perut, perut memulas, mengatasi sakit dan radang ringan pada otot & sendi, juga untuk sakit kepala.

    ReplyDelete
  2. Really appreciate this wonderful as we have seen here. This is a great source to enhance knowledge for us. Thankful to you for sharing an article like this.Certified chamomile German Essential Oil for skin care

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !