Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Ini Bersama DETTOL & AIR WICK

Farah Waheda Wahid
0
TentCard[04][FA]

Tak lama lagi dah nak nampak anak bulan Sleeping half-moon Ramadhan semula dah oiii… Ramadan adalah bulan yang mulia di mana umat Islam berpuasa dan bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah SWT serta menjalankan persiapan bagi menyambut Aidilfitri. Bermula dengan mengemas rumah, membeli baju baru, merancang menu berbuka puasa, sehingga membuat kuih raya, ini sememangnya musim yang sangat sibuk buat semua. Smile.

Sempena bulan yang mulia ini, Dettol dan Air Wick mengambil kesempatan untuk memastikan anda kekal bebas dan terlindung daripada kuman sebelum anda sibuk menjalankan persiapan sepanjang musim perayaan ini, dan pada masa yang sama, memastikan rumah anda kekal harum bagi pengunjung dan orang tersayang, terutamanya setelah memasak juadah Ramadan mahupun Aidilfitri!
 
Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Ini Bersama DETTOL & AIR WICK (3)
 
Bayangkan adanya warna-warna menarik untuk menghidupkan suasana di ruang tamu apabila ada yang berkunjung. Sepanjang bulan Mei dan Jun 2017, anda hanya perlu berbelanja sebanyak RM25 atau lebih bagi produk-produk Dettol dan/atau Air Wick dalam satu resit, dan anda layak mendapat sebuah bekas kuih Raya untuk menyimpan kuih-muih kegemaran anda. Kumpul keempat-empat warna untuk menceriakan rumah anda! Semuanya boleh anda dapati di farmasi utama dan pasar raya di Malaysia.
 
Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Ini Bersama DETTOL & AIR WICK (2)

Bukan itu sahaja! Layari laman Facebook Dettol Malaysia untuk mendapatkan Resepi Koleksi Khas daripada Chef Anis Nabilah,sertai pertandingan dalam talian kami dan anda mungkin berpeluang untuk membuat kuih bersama chef selebriti, Anis Nabilah! Anis dikenali ramai sebagai seorang chef yang versatil dalam masakan Malaysia dan antarabangsa, dan merupakan hos bagi beberapa rancangan masakan yang popular, seperti Eat Clean with Anis di Astro Bella dan1, 2… Bakar!di TV3.
 
Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Ini Bersama DETTOL & AIR WICK (4)
 
Dengan pembelian produk-produk Dettol dan/atau Air Wick yang bernilai RM25 itu, hantarkan penyertaan anda di laman Facebook Dettol Malaysia (www.facebook.com/DettolMalaysia) dan siapa tahu – anda mungkin menjadi salah seorang antara 8 pemenang yang dapat membuat kuih bersama Chef Anis Nabilah! Tempoh pertandingan adalah dari 1 hingga 14 hari bulan Mei 2017, jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini. Pertandingan dalam talian Dettol ini terbuka kepada rakan runcit terpilih Dettol iaitu Mydin, Econsave, Giant dan Tesco.
 
Tiffany Tang, Pengarah Pemasaran RB Malaysia &Singapura, berkongsi keterujaannya akan kerjasama bersama Chef Anis Nabilah untuk menceriakan persediaan Hari Raya tahun ini. “Kami gembira dapat bekerjasama dengan Chef Anis bagi kempen Raya tahun ini, dan Chef Anis juga telah menghasilkan beberapa resipi kuih Raya yang unik khas hanya untuk kami! Anis merupakan salah seorang chef kegemaran Malaysia, dan kami ingin membawakan sedikit kegembiraan di rumah setiap rakyat Malaysia dengan perwatakannya yang ceria dan juga mengeratkan silaturahim dengan menggalakkan semua orang untuk meluangkan lebih banyak masa bersama menerusi aktiviti seperti membuat kuih dan biskut raya,” kata Tang lagi.
 
“Reckitt Benckiser sentiasa berusaha untuk menggembirakan para penggunanya dengan produk inovatif dan berkesan yang dapat menyihatkan para pengguna dan menceriakanseisi keluarga. Dengan Dettol dan Air Wick serta Resepi Koleksi Khas Chef Anis Nabilah untuk menyambut Ramadan tahun ini, kami benar-benar berharap agar kami dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga dalam kalangan masyarakat Malaysia,” kata Tang.
 
Kekal Bersih & Harum Di Lebaran Ini Bersama DETTOL & AIR WICK (5)

Chef Anis Nabilah turut meluahkan kegembiraannya untuk menyambut Raya hari ini bersama Dettol dan Air Wick. “Ramadan sentiasa merupakan bulan yang sibuk bagi saya kerana saya perlu membuat persiapan Raya, daripada menyediakan makanan sehinggalah membuat kuih Raya bagi keluarga dan rakan-rakan. Satu tip yang ingin saya kongsikan kepada semua adalah betapa pentingnya bagi anda untuk memastikan kebersihan ruangan dan alatan memasak, dan jangan lupa untuk membasuh tangan sebelum dan selepas memasak atau membuat kuih. Setelah penat memasak, saya pastikan rumah saya kekal harum dengan semburan wangian Air Wick – saya lebih menggemari semburan wangian automatik kerana ia memudahkan saya!”
 
Semoga Ramadhan kali ini untuk anda semua berjalan dengan tenang dan penuh keberkatan dengan perlindungan bebas kuman dari Dettol serta wangian Air Wick di rumah. Untuk maklumat lanjut, layari laman Facebook Dettol Malaysia bermula dari bulan Mei.
 
Mengenai Dettol

Dettol telah menjadi jenama antiseptik yang dipercayai sejak tahun 1932 dan adalah jenama antiseptik terkemuka di dunia serta juara yang dipercayai dalam penjagaan kesihatan keluarga. Produk Dettol mempunyai piawaian yang tinggi untuk membunuh kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar kesihatan untuk keupayaannya dalam mengekalkan keluarga yang sihat. Jenama ini kekal kontemporari menerusi pelancaran produk baharu dan menawarkan pelbagai kategori produk yang boleh membantu melindungi kita daripada kuman. Ini termasuk gel mandian, sabun, sanitasi tangan, pencuci tangan dan tisu basah anti-bakteria. Dettol merupakan jenama yangdipercayai di kalangan ibu-ibu untuk melindungi ahli keluarganya sepanjang hari.
 
Mengenai Air Wick
Air Wick mula menawarkan produk wangian rumah pada tahun 1943 di Amerika Syarikat. Jenama tersebut kemudiannya berkembang pada tahun 1953 sehinggalah ke Eropah, Kanada, dan Australia. Kini, produk Air Wick boleh didapati di lebih daripada 60 buah negara termasuklah Malaysia. Jenama tersebut menawarkan pelbagai jenis wangian rumah, termasuklah wangian secara elektrik, semburan automatik, semburan segera, gel aroma, dan banyak lagi. Wangian rumahnya juga merangkumi pelbagai jenis, dari wangian bunga hinggalah ke wangian segar, lavender, sitrus dan banyak lagi. Air Wick memastikan rumah anda sentiasa segar, wangi, serta melambangkan personaliti tuan rumah.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !