Kaedah TIME-OUT Untuk Kendalikan Rasa Marah / Tantrum Anak

Farah Waheda Wahid
1
KAEDAH TIME-OUT UNTUK KENDALI RASA MARAH_TANTRUM ANAK
Jadi ibu bapa ni, dah tentu-tentu kita pernah merasakan emosi negatif seperti perasaan marah dan sedih. Anak-anak pun sama, mereka juga boleh merasakan emosi negatif juga. Cuma bezanya, anak-anak tidaklah seperti orang dewasa yang lebih bijak mengatur serta mengawal emosi negatif. Kebiasaannya, anak-anak akan mengamuk untuk mengekspresikan emosi negatif mereka. Mereka berteriak, menendang dan memukul sehinggakan menjadi amat-amat mencabar bagi kita sebagai ibu bapa untuk mengendalikan mereka. Keadaan sebegini kita namakan sebagai temper tantrum atau selalunya disebut dengan ringkas tantrum sahaja. Jika diturutkan keinginan bagi mengelakkan mereka tantrum secara berterusan, itu bermakna seolah-olah kita sebagai ibu bapa memberikan signal kepada anak bahawa mereka boleh mendapatkan apa yang dihajati dengan marah! Sedangkan marah sepatutnya dikendalikan. Nak tahu? Kena baca entri Kaedah TIME-OUT Untuk Kendalikan Rasa Marah / Tantrum Anak ini sehingga ke penghujungnya. Winking smile.

Ada sebuah talkshow di Indonesia mengenai Kaedah TIME-OUT Untuk Kendalikan Rasa Marah / Tantrum Anak. Menurut talkshow yang sempat Farah tonton melalui saluran YouTube tersebut, TIME-OUT adalah merupakan cara untuk mengendalikan marah dan menghentikan perilaku buruk anak dengan memberikan anak-anak kesempatan untuk menenangkan diri dan berfikir kembali ke atas perbuatan yang dilakukannya. Kenapa Farah seakan sebegitu berminat dengan talkshow yang membahaskan mengenai Kaedah TIME-OUT Untuk Kendalikan Rasa Marah / Tantrum Anak ini? Tentu ada sebab kan? Haruslah…

Secara jujurnya, pengalaman sebagai seorang ibu, Farah akui, Firash tidak terlepas dari tantrum. Ketika ini, saat ini… tantrum Firash agak membimbangkan Farah di mana apabila sesuatu yang tidak berkenan di hati, apabila berlaku sesuatu yang mencuit perasaan dia, membuatkan dia rasa marah mahupun keinginannya tidak dipenuhi, dia akan mula membaling barang-barang yang ada di sekitarnya, memukul sesiapa yang berhampiran. Ini yang kita tak nak dan ini yang perlu Farah hentikan dengan serta-merta sebolehnya. Keadaan ini bukan sekadar berlaku apabila di rumah atau bersama ahli keluarga, akan tetapi masalah ini juga berlaku di tadika. Teacher jadi mangsa balingan barang dan juga pukul dia. Sebagai itu, sudah tentu kita tidak mahu anak kita berkeadaan begini selamanya, dan itulah tugas ibu untuk menghentikan tabiat buruk ini dengan kadar segera mungkin. Sebelum ada anak-anak orang lain yang  menjadi mangsa kecederaan akibat balingan barang apabila dia marah…maka seeloknya Farah atasi dulu.

Berbalik kepada talkshow tersebut, mengendalikan marah adalah sesuatu perkara yang seharusnya diajarkan. Jika tidak, berkemungkinan anak-anak akan mengalami kesulitan mengendalikan emosi sehingga mereka menjadi dewasa kelak. Sewaktu anak marah sebenarnya ia adalah merupakan moment di mana ibu bapa sepatutnya mendidik anak untuk mengendalikan emosi mereka. Cumanya, ketika anak sedang marah, kebiasaannya emosi anak-anak akan semakin menjadi-jadi. Kadang-kadang boleh jadi panik kan? Bila anak sudah mula tantrum tak terkawal? Open-mouthed smile Ha ha ha…

Sewaktu emosi anak sedang mendidih-didih, selalunya ibu bapa akan berusaha untuk menasihati anak-anak. Sedangkan, hakikatnya, sewaktu tantrum otak anak sedang aktif. Ini mengakibatkan nasihat tidak akan didengar. Tengah marah oiii… mana nak dengar… Orang dewasa pun kalau tengah marah, kita cakap apa pun masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Emosi sedang memuncak. Ada juga ibu bapa bila dah marah tu sebab anak tantrum akan gunakan perkataan yang menyakiti perasaan anak. Tanpa disedari anak dilabel sebagai nakal dan degil.

Kaedah TIME-OUT

TIME-OUT bukanlah merupakan hukuman. TIME-OUT adalah merupakan senjata terakhir untuk menghadapi perilaku buruk anak jika setelah dinasihati tidak makan sama. Mempraktikkan TIME-OUT adalah salah satu kaedah keibubapaan yang harus dilakukan di waktu yang tepat. Tapi! Pointing upTIME-OUT tidak boleh terlalu sering digunakan. Ingat ya, yang TIME-OUT ini adalah merupakan jalan terakhir. TIME-OUT digunakan untuk mengatasi emosi berlebihan dan perilaku buruk yang benar-benar merugikan. Sebagai ibu bapa, kita harus memahami tindakan yang mana satu yang boleh diatasi dengan TIME-OUT dan yang mana yang tidak boleh. Jangan sehingga tersalah ya?

Contohnya, anak malas belajar. Perilaku ini tidak bersesuaian untuk diatasi dengan TIME-OUT. Malas belajar ni adalah sesuatu yang dapat diatasi dengan memberikan motivasi dan pujian kepada anak-anak, serta mengambil tahu punca yang dihadapi oleh anak sehinggakan mereka enggan belajar. Jika ibu bapa menggunakan kaedah TIME-OUT ke atas masalah malas belajar anak-anak, anak-anak boleh jadi demotivated dan mendapat pemahaman yang salah iaitu belajar bukan disebabkan untuk mencari ilmu tetapi sebaliknya mereka ingin mengelakkan di – TIME-OUT.

Secara praktikalnya, waktu TIME-OUT adalah di mana anak diarahkan untuk duduk bersendirian di tempat yang telah ditentukan oleh ibu bapa. Anak diharapkan dapat menenangkan diri dan meredakan emosi mereka. Sebelum melakukan TIME-OUT beritahu anak dulu apa itu TIME-OUT. Kalau perlu, sebagai ibu bapa kita boleh berikan contoh terlebih dahulu kepada anak-anak. Misalnya, saat kita marah atau kecewa dengan tindakan atau perilaku anak-anak, kita boleh memberitahu mereka yang kita ingin bersendirian sambil berkata, “Firash, Mommy needs a TIME-OUT”. Open-mouthed smileHa ha ha… memang kena anak bujang ni sikit hari lagi ni, biar dia faham. Ya, dengan cara macam ni In Shaa Allah, anak akan faham apa itu TIME-OUT.

TIME-OUT bukan hukuman ya. Sekali lagi Farah beritahu ni. TIME-OUT adalah satu cara untuk membantu anak mengendalikan emosi mereka. Sewaktu melakukan TIME-OUT pada anak, syaratnya ibu bapa perlu berkomunikasi tanpa emosi dan jangan banyak cakap untuk berusaha menasihati anak-anak. Paling mudah, kalau dah tiga kali beri peringatan pada anak, tetapi tidak diendahkan, kali keempat adalah untuk melakukan TIME-OUT. Beritahu pada anak berapa lama dia perlu melakukan TIME-OUT. Tempoh berapa lama TIME-OUT ni adalah perlu bersesuaian dengan usia anak-anak. Ibu bapa perlu konsisten. Kalau-kalaulah anak-anak berusaha nak tinggalkan tempat TIME-OUT sebelum waktu yang telah dipersetujui, bawa anak-anak kembali ke tempatnya.

Sekiranya, TIME-OUT dilakukan adalah disebabkan oleh rasa marah berlebihan pada anak, selepas selesai TIME-OUT ajak anak berbincang secara diplomatik. Berempatilah kepada anak, dengarkan kisah anak tadi kenapa marah sampai macam tu sekali. Bantu anak untuk mengeluarkan rasa kekesalan supaya dia lega. Tapi! Pointing upkalau anak dilakukan TIME-OUT disebabkan oleh perilaku buruk mereka, ajak mereka beraktiviti semula tanpa perlu mengungkit tingkah laku buruk mereka.

Bukan pada anak sahaja ya? Pada orang dewasa pun boleh sebab TIME-OUT adalah untuk meredakan emosi negatif. Pernah dengar tak? Suami kalau marah sangat pada isteri, keadaan panas, keluar dari rumah seketika untuk meredakan keadaan? Haaaa…macam nilah juga konsepnya. Orang dewasa boleh mengalihkan tenaga dari emosi negatif untuk perkara lain, contohnya dengan membersihkan rumah ataupun berjalan kaki. Winking smile

Sebenarnya, kaedah ni memang Farah dah lakukan sejak beberapa ketika dan nampaknya semakin lama semakin ada perubahan dan Firash pun dah mula mellow down … Boleh nampak yang dia sudah mula faham mengenai TIME-OUT dan bagaimana dia diasingkan di satu sudut untuk beberapa ketika sebelum kembali ceria seperti biasa. Bukan bertindak kejam pada anak tetapi nak mendidik ya tak? Sampai bila nak biarkan? Sayang tu tetap sayang…Sebab sayanglah kita mendidik anak kan supaya mereka tidak berperilaku yang agak tidak disenangi serta buruk… Masih di dalam proses untuk menghilangkan tabiat membaling dan memukul dia apabila dia berasa tidak puas hati. Farah percaya kepada approach sebegini berbanding menjadi raksasa gorgon… Vampire bat. Cuma tingkat kesabaran memang betul-betul perlu tinggi dengan pendekatan sebegini… Belajar untuk diamkan dan tidak pedulikan ketika dia tantrum dan asingkan dia di satu sudut. Pendekatan ini adalah merupakan salah satu personal touch kepada anak dan melalui pengalaman sendiri ia menunjukkan hasil sedikit demi sedikit.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !