Jomlah Semak Sekali Lagi Kalau-Kalau Benar Firash Adalah Hiperaktif!

Farah Waheda Wahid
2
{"total_effects_time":0,"total_draw_time":0,"total_effects_actions":0,"uid":"17E61B8E-9365-428E-ABEF-2E7E5A1A4825_1493363588322","tools_used":{"crop":0,"perspective":0,"shape_crop":0,"stretch":0,"free_crop":0,"resize":0,"adjust":0,"clone":0,"selection":0,"flip_rotate":0,"tilt_shift":0,"enhance":0,"curves":0,"motion":0},"layers_used":0,"effects_tried":0,"sources":["229228877025212"],"brushes_used":0,"contains_fte_sticker":true,"subsource":"done_button","photos_added":0,"effects_applied":0,"total_draw_actions":0,"height":1182,"total_editor_time":80,"width":886,"origin":"gallery","total_editor_actions":{"text":0,"shape_mask":0,"border":0,"square_fit":0,"lensflare":0,"clipart":0,"frame":0,"callout":0,"mask":0}}

Ini bukanlah nak menidakkan hakikat ataupun kenyataan. Ini juga bukanlah bermaksud yang Farah tidak boleh terima bila individu lain mempunyai tanggapan ataupun presumption yang Firash adalah di bawah kategori kanak-kanak hiperaktif. Untuk pengetahuan, Firash bukannya tidak pernah dirujuk kepada doktor pakar kanak-kanak untuk memastikan sama ada dia benar-benar kanak-kanak hiperaktif ataupun sekadar aktif. Kanak-kanak hiperaktif adalah kanak-kanak yang mengalami satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat. Kebanyakan anak kecil yang mengalami masalah ini hanya dirujuk kepada pakar selepas usia enam hingga sembilan tahun. Ini kerana, bukan mudah untuk diagnosis anak itu hiperaktif ya? Daripada mata kasar, kanak-kanak hiperaktif sama seperti rakan-rakan seusia yang lain. Diagnosis doktor terhadap Firash, dia bukan hiperaktif tetapi seorang kanak-kanak yang ceria, aktif dan sihat. Smile. Tapi demi nak memuaskan hati, jomlah semak sekali lagi kalau-kalau benar Firash adalah hiperaktif!

Terjumpa artikel INI dan terasa berkenan di hati nak berkongsi apa yang dikatakan oleh artikel ini di Bubblynotes.Com. Saja nak buat checklist sendiri… Saja nak semak… Mari kita lihat apa yang dikatakan mengenai kanak-kanak hiperaktif dan apakah komen dari Farah sebagai seorang ibu yang kerap menghabiskan masa bersama Firash.

Ciri-Ciri Kanak-Kanak Hiperaktif


Fokus Tidak Lebih Dari 5 Minit

Contohnya adalah ketika anak sedang bermain dengan kereta mainan, kemudiannya datang rakan sebaya membawa bola, anak hiperaktif terus mengubah fokus perhatiannya kepada bola tersebut.

Komen Farah:

Firash adalah seorang yang fokus dengan apa yang dia lakukan berdasarkan kepada minat dia. Jika dia minatkan sesuatu, sebagai contoh keretapi, datanglah bola ke? apa ke? Perhatian dia tetap kepada keretapi. Kebiasaannya dia akan sudahkan apa yang dia lakukan sehingga dia berpuas hati. Fokus dia satu, jika keretapi hanya keretapi. Kalau kita panggil dia untuk tonton rancangan kegemaran dia di televisyen bersama kita pun, belum tentu dia akan datang. Sekalipun dia datang, dia hanya tonton untuk selama beberapa minit pada babak yang menarik perhatian dia dan kemudiannya dia akan kembali meneruskan tumpuan kepada aktiviti yang sedang dia lakukan.

Memiliki Sikap Membantah Atau Tidak Mahu Dinasihati

Akan marah dan memberontak jika anda melarangnya berlari ke sana ke mari, naik turun tangga tanpa henti. Biarpun diberi nasihat, tetap tidak menerimanya.

Komen Farah:

Sejujurnya pada mata kasar, jika dilarang dia akan memberontak atau marah. Sebaliknya, Firash ada pendekatannya yang tersendiri. Jika kena caranya, jika kena gayanya, dia mahu mengikut kata dan mahu mendengar nasihat. Bukan sekali, bukan dua kali… Mommy dia, nenek dia dan Ba Bah dia sendiri pernah melalui situasi sebegini berkali-kali. Personal touch nak kena gaya noksss… Firash ni jika kita berkasar dengan dia, mati hidup balik pun memang dia takkan nak dengar apa yang kau larang, apa yang kau nasihat. Kena cakap baik-baik, kena approach dia baik-baik dan kena pandai tarik perhatian dia. Marah dan tinggikan suara kepada dia adalah sesuatu yang tidak membantu. Nak marah tu boleh, tapi marah tu adalah lebih kepada tegas. Dia adalah jenis yang kau tak boleh berkasar dengan dia. Sebab dia jenis, jika kau kasar, dia kasar. Ahaksss… Open-mouthed smile Sebiji macam mak dia juga ni! Dah nama pun genetik!

Tingkah Laku Anak Hiperaktif Bersifat Perosak

Misalnya kanak-kanak yang normal bermain LEGO akan menyelesaikannya dengan baik sehingga LEGO tersebut tersusun rapi. Sebaliknya anak hiperaktif bukan menyelesaikan malah menghancurkan mainan LEGO yang sudah tersusun rapi. Kecenderungan untuk menghancurkan barang-barang yang ada di rumah seperti pasu dan barang-barang kaca lain juga besar.

Komen Farah:

Setakat dah 3 tahun 6 bulan ni, belum pernah lagi pasu pecah ataupun barang-barang rumah rosak disebabkan kegiatan hamukan Firash. Terlanggar dan tidak sengaja retakkan tv console tu ada. Itu Farah mengaku. Tapi kalau sengaja untuk menghancurkan, itu belum pernah lagi. Baling-baling barang atau barang permainan tu, pernah… Tipulah kata tak pernah. Itu bila dia rasa tak puas hati akan sesuatu ataupun bila dia diprovokasi. Itu adalah Firash. Farah yakin ada juga kanak-kanak lain di luar sana yang sebegitu. Tapi kalau nak selidik dari bab bermain LEGO atau sebarang permainan. Dia sangat cermat dan rapi di dalam menyusun sesuatu itu. Dia akan pastikan sesuatu itu akan mengikut spesifikasi dia dan bila dah selesai dia akan sibuk suruh orang puji dia. Ha ha ha… Open-mouthed smile

Anak Yang Hiperaktif Tidak Menunjukkan Sikap Keletihan

Sepanjang hari akan selalu bergerak ke sana ke sini seperti melompat, berlari, berguling dan sebagainya. Tanpa hala tujuan. Jika anak yang normal aktif, ketika naik di kerusi akan mempunyai tujuan seperti ingin mengambil mainan atau bermain sebagai Superman. Anak hiperaktif melakukannya tanpa tujuan. Dia hanya akan naik dan akan turun daripada kerusi tanpa hala tuju.

Komen Farah:

Bila dia panjat sofa dan dia nak terjun tiruk, itu dia mengikut apa yang dilakukan oleh watak kartun di televisyen. Tak pernah lagi, tak tau pangkal tak tau hujung dia main terjun tiruk macam tu jer. Jarang sekali dia nak memanjat dan kebiasaannya kalau dia memanjat adalah tu yang diikutnya. Dia kalau dah penat? Tak kira mana, sendiri surrender sendiri tidur. Hu hu hu…

Jadi? Smile… tentulah Farah percaya kepada diagnosi doktor pakar kanak-kanak yang dia cuma kanak-kanak normal yang aktif. Tu jer… Aktif dia di tahap atau fasa sedang membuas atau melasak. Kanak-kanak lelaki, dah tu baru jer berusia 3 tahun. Biasalah tu kan? Asalkan dia tidak mencederakan diri dia itu sudah cukup baik! Itu pun dah datangkan kelegaan pada Mommy dia ni ha… Cumanya, sekiranya anak-anak lain yang diluar sana mempunyai ciri-ciri anak hiperaktif, jangan risau, In Shaa Allah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Berdasarkan artikel yang sama, terdapat 5 aktiviti yang boleh dilakukan untuk anak-anak hiperaktif.

5 Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Untuk Anak-Anak Hiperaktif

Ya sememangnya bukan mudah untuk mengendalikan anak yang hiperaktif. Sikap anak-anak sebegini memerlukan kesabaran dan keprihatinan untuk memberikan tumpuan kepadanya. Berikut adalah beberapa aktiviti yang boleh menjadi panduan.

Berolahraga

Libatkan anak anda dengan salah satu sukan seperti bola sepak atau berenang. Pada umumnya, anak-akan gemar berenang kerana kegiatan ini dilakukan di dalam air yang akan membuatnya gembira. Namun pasti kan anda memberikannya kelengkapan yang tepat untuknya.
 

Bermain

Oleh sebab anak hiperaktif ini tidak boleh duduk diam dan suka berjalan berlari ke sana ke sini dan menyentuh barang-barang yang akan membuat rumah menjadi bersepah. Apa kata anda mengajak mereka bermain di luar seperti taman bermain.
 

Seni Dan Kraf

Ajak anak anda membuat aktiviti seni ataupun kraf. Ia termasuklah bermain drum atau membuat origami yang melibatkan kertas pelbagai warna. Anak akan kelihatan sibuk semasa melakukan aktiviti ini.
 

Kelas Menari

Belajar menari bukan hanya terbatas untuk anak perempuan saja, anak lelaki juga boleh mengikuti kelas tarian. Kelas menari boleh menjadi saluran yang baik untuk mengasah bakat yang dimilikinya. Menari akan meningkatkan postur tubuh dan membantu membakar kalori dalam tubuh dan akan membuat mereka tidur dengan cepat.
 

Latihan Fizikal

Anak-anak yang hiperaktif cenderung memiliki tenaga yang lebih banyak berbanding anak normal lain. Oleh itu, tidak salah sekiranya anak anda terlibat dalam kumpulan bermain atau playgroup. Kegiatan seperti ini dapat mengajar keterampilan bersosial dengan rakan-rakan sebayanya dan bermain secara berkumpulan.
 
Tak salah rasanya sebagai ibu bapa kita perhatikan anak-anak kita dan lakukan diagnosis kedua disamping diagnosis doktor pakar kanak-kanak. Semuanya adalah untuk kebaikan anak-anak kita sendiri kan?

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hehe...nice sharing...doa yang baik-baik untuk Firash...Nak tau anak bermasalah senang je,kalau rasa mencabar sangat nak handle anak tu means ada lah terselit masalah kat anak tu...ni pengalaman saya la..

    ReplyDelete
  2. nice sharing farah...setiap ibu bapa pasti akan alert untuk mengenal pasti anak amsing-masing..
    JanjiKita

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !