Ibu-Ibu! TIPS KESELAMATAN Jika Keluar Bersendirian Dengan Anak-Anak

Farah Waheda Wahid
0
IBU-IBU! TIPS KESELAMATAN JIKA KELUAR BERSENDIRIAN DENGAN ANAK-ANAK

Ini memang kisah dan pengalaman Farah lah ni. Keluar secara bersendirian dengan anak kebanyakan pada masanya. Send a kiss. Keluar dengan suami lain ceritanya, keluar bersendirian dengan anak tanpa ditemani suami pun lain ceritanya. Jika keluar dengan suami tu, bab keselamatan tu, In Shaa Allah, terjamin sebab ada suami untuk menjaga serta melindungi isteri serta anak-anak kan? Akan tetapi, bila dah terpaksa keluar bersendirian atas sebab-sebab yang memaksa serta memerlukan, memang banyak perkara yang perlu diambilkira serta dipertimbangkan dan diperhatikan. Alhamdulillah – lah, sepanjang hampir 4 tahun usia Firash, setakat ini, masih controllable jika keluar bersendirian dengan Firash. Dia pun nampaknya faham yang Mommy menggendalikan dia seorang diri ketika perlu keluar bersendirian tanpa kehadiran Ba Bah. Ibu-ibu! Tips keselamatan jika keluar bersendirian dengan anak-anak di dalam entri kali ini adalah sangat-sangat-sangat perlu diberi perhatian pada sesiapa yang terlibat di dalam situasi ini ya?

Jangan Kongsi Status / Lokasi

Kalau sesiapa perasanlah… sejak-sejak beberapa ketika ataupun semenjak dari mula dulu, Farah memang tidak pernah berkongsi status / lokasi Farah dan Firash jika kami sedang menuju atau berada di mana-mana lokasi. Memang sangat berat dan sangat susah untuk Farah kongsikan. Perkara ni sememangnya Farah dah alert and aware sedari lahirnya Firash. Bagi Farah, tak ada kepentingan pun nak kongsi status atau lokasi Farah di mana semata-mata nak up di media sosial dan menarik perhatian ramai. Hua hua hua… Open-mouthed smile Tapi, dalam hati tu tipulah kalau kata tak ada keinginan juga kan? Muahaha… Haruslah ada… Open-mouthed smile. Semua tu, kalau naklah, kalau nak Farah akan muatnaikkan atau kemaskini status selepas segalanya selesai. Dah balik rumah, dah baring-baring semua bagai, dah rehat, dah mandi, dah makan… Baru Farah muatnaik dan kemaskini status.

Choppp!!! Kecuali kalau ianya melibatkan tugasan blog. Kalau Farah menghadiri mana-mana acara atau majlis. Yang tu, memang Farah akui, Farah akan kongsikan lokasi sesekali berdasarkan keperluan. Untuk pergerakan Farah dan Firash, jika ada, kebanyakannya secara umum dan tidak spesifik.

Hantar Mesej / What’s App Pada Suami

Ate…Dah katanya ada suami, kenalah teman kaborkan pada suami ya tak? Mike pun mesti buat benda yang sama kan? Sebelum keluar, hantar What’s App pada suami untuk maklumkan, minta izin. Penting tu, suami tahu ke mana pergerakan isteri. Katalah jadi apa-apa, tahulah suami nak bertindak macam mana. Ini kalau tak ada klu, masak dibuatnya kalau apa-apa terjadi ya tak? Eloklah bawa-bawa maklumkan dan minta izin dari suami kalau nak ke mana-mana tanpa mereka. Biarlah dia bosan ke apa… yang penting kita kena beritahu juga suami. He he he… Winking smile… Tabah Ba Bah Firash baca mesej atau What’s App Mommy Firash selama hampir 5 tahun usia perkahwinan kami ni ha… Ahaksss… Asal nak keluar jer mesej, asal nak keluar jer What’s App… Smile with tongue out

Ambil Duit Siap-Siap

Kira duit, siap-sediakan duit. Jadi tak perlulah nak kelam kabut berperang dengan anak-anak ketika nak keluar duit. Sebagai langkah privasi dan keselamatan juga ni. Bahayalah… Berselirat dengan anak-anak dan nak keluarkan duit dari ATM. Farah yang ada Firash sorang pun, terasa berselirat sebab kita nak tekan dia nak tekan juga. Lepas tu orang dah ramai beratur kat belakang segala bagai. Yang cepat boleh jadi lambat. Tak nak serabut dengan semua ni, eloklah Farah bawak-bawak cucuk kad dan keluarkan duit dari mesin ATM tu sebelum keluar bersendirian dengan Firash. Dah senang…Tak payah nak rasa macam huru-hara sangat. Itu sorang tu? Kalau anak lebih dari sorang? Sibuk kita nak mencucuk di mesin ATM, ada yang berlari-larian ke sana ke mari, tak reti duduk diam. Risau ooo… Bagi Farahlah… Sebab zaman sekarang ramai orang jahat… Kita tak boleh nak jangka apa yang akan jadi…Tak nak ambil risiko. Lantaklah orang nak panggil Farah paranoid ke apa kan? Tapi keselamatan tu lagi penting.

Jelaskan Undang-Undang Kepada Anak-Anak

Sewaktu bayi dan fasa toddler dulu, memang tak pernah jelaskan ada undang-undang tu, undang-undang ni. Ha ha ha… Open-mouthed smile…Sikit-sikit tu adalah, tapi not that firm. Tapi bila dah masuk tahap preschooler sekarang ni. Memang kena dan wajib kena ada undang-undang kalau nak keluar ke mana-mana. Memandangkan dah pandai memberi pandangan maut (non-verbal communication) bila nak minta sesuatu yang boleh mencairkan habis hati Mommy… Makanya nak tak nak terpaksa wujudkan undang-undang.

Terutama-tamanya bila pergi ke lubuk permainan. Anak-anak kecil kalau nampak permainan kan selalunya tak pernah kata tak nak. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Bagi nak memastikan keadaan terkawal, selalunya dalam kes Firash, jika sesuatu harga tu terlalu mahal atau tidak berbaloi, Farah akan cuba cari alternatif lain untuk menggantikan permintaan dia ataupun, jika harganya tidak mahal dan mampu beli… Instead of, ambil dua tiga, Farah cuma beri kebenaran untuk beli satu sahaja! Tak lebih dari itu. Ok? Buat tak layan? Setakat ni, jujur, belum lagi tiba saat buat tak layan dengan permintaan anak…Hu hu hu… Tak cukup kuat untuk menghampakan permintaan anak. Cumanya, tak adalah diturutkan apa sahaja kehendak dia. Jika tak mampu, gantikan dengan yang mampu jer. Yang ada-ada jer.

Yang ada-ada tu pun bukan sebab nak muakan anak. Tapi sebab tak nak menghampakan dan beri rewards pada si anak bujang kecil tu jika dia behave, jika dia rajin belajar – main psikologi sikit. Bagi bakar sikit semangat dan bagi dia happy sikit. Winking smile. Cara nak kawal agar bajet tak burst. “Firash, Mommy bawa RM 50.00 sahaja… Kita tak boleh belanja banyak-banyak, nanti Mommy nak isi minyak, Firash nak makan lagi…”…Ha ha ha…Open-mouthed smile… Alhamdulillah, dia fahamlah setakat ni…Ekekeke… Nampak macam kejam, tapi yang bagusnya dia faham!

Sentiasa Bersedia

Bila kita membawa seorang kanak-kanak aktif, riang dan ceria yang suka berlari ke sana ke mari atau secara tiba-tiba senang jer dia tantrum tanpa tahu sebab… Wakakaka… Open-mouthed smile makanya kena sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Selalunya, sebelum keluar pastikan perut mereka sudah cukup kenyang, sudah cukup tidur, mood elok, kemudian ada makanan sebagai umpan untuk anak-anak duduk diam di dalam kereta. Tak kisah sama ada perjalanan pendek mahupun panjang.

Tempat Letak Kereta Berhampiran Atau Tempat Letak Kereta Khas Pemandu Wanita

Kalau boleh, kalau boleh cari tempat letak kereta yang berhampiran dengan pintu masuk, tempat letak kereta yang teduh seperti di bawah basement atau di bawah atap atau di bawah pokok yang rendang. He he he… Open-mouthed smile. Kalau kita sendiri tak kisah. Tapi bila ada anak kecil, kesianlah mereka. Kalau panas nanti, merah padam muka. Kalau hujan pula, sekurang-kurangnya selamat dari terkena air hujan anak-anak tu. Kalau ada tempat letak kereta khas untuk pemandu wanita lagi bagus. Sesetengah tempat memang ada menyediakan kemudahan sebegini.

Aturkan Buddy System Untuk Anak-Anak

Kitakan biasa dengan latihan kebakaran? Ada satu jenis latihan di dalam latihan kebakaran yang mana kita perlu berikan nama pasangan kita --- buddy system. Fungsinya jika berlaku kebakaran, kita harus berlari turun ke tempat lapang dan cari di mana buddy kita berada. Selalunya orang yang bekerja satu bahagianlah supaya senang nanti nak cari. Kalau anak-anak ramai, anak-anak dah besar. Latih anak-anak dengan buddy system ni.

Jangan Lepasi Batas Masa

Dah namanya keluar sendirian tanpa suami. Kena faham-faham sendiri sajalah. Bukan tiket sesuka suki hati nak merewang dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Walaupun mungkin ada sesetengah orang yang suka. Pergi cepat balik cepat. Tetapkan had masa, jangan lebih dari sejam ke? sejam setengah ke? dua jam ke? Ini termasuk perkiraan nak makan sekali ya? Bukan apa, awal-awal anak-anak biasanya akan teruja sebab dapat berjalan, kemudian semakin lama semakin tenaga mereka akan berkurangan. Haaaa…kalau sudah melebihi fasa sejam, mulalah merengek, tantrum, segala bagai. Bermula sudah episod drama sangat! Jadi untuk mengelakkan berlakunya kejadian sebegini, Farah kebiasaannya memang tak akan berada di luar lebih dari sejam setengah atau lebih dari had masa untuk tujuan keluar tu. Keluar rumah, tau dah fokus nak buat apa, beli apa, ke mana. Tak ada makna masa nak keluar, masa memandu, masa tu baru nak fikir ke mana arah tuju dan apa tujuan keluar. Jangan fefeeling yang kau masih single mingle.

Bukan mudah untuk keluar sendirian dengan anak-anak kecil. He he he… Open-mouthed smile Sewaktu Firash masih bayi, memang Farah sangat-sangat jarang keluar dan banyak fokus pada bonding time di rumah sahaja. Jika ada acara yang melibatkan blog pun, tak pernah bawa dia dan selalunya memang kena tinggal jer lah dia, kecuali acara-acara yang bersesuaian. Itupun setelah dia mencapai usia hampir setahun kot? Yang penting kan… diri kita harus sentiasa positif dan tidak terlalu bergantung kepada suami. Sedikit pun Farah tak rasa hebat, tetapi sangat bersyukur kerana pengalaman ini banyak mematangkan diri sendiri. Sesekali tu adalah juga mengadu domba pada suami. Ha ha ha… Open-mouthed smile Biasalah tu kan?

Itu jer yang Farah nak kongsikan dan perkongsian ni pun setelah Farah cuba kolaborasikan dengan artikel yang sempat Farah baca di SINI. Buat ibu-ibu di luar sana, perkasakan diri dan jangan takut untuk berubah! Ecewahhh! Suami sibuk dan terpaksa keluar sendirian bukan halangan untuk kita keluar rumah untuk sesuatu keperluan kan? Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !