Home » , , , , , , , , » Bila Anak Sudah Mula Minta Keluar Dengan Kawan

Bila Anak Sudah Mula Minta Keluar Dengan Kawan

BILA ANAK SUDAH MULA MINTA KELUAR DENGAN KAWAN

Bukan sekarang tetapi perkara ini pasti akan berlaku akan datang apabila anak bujang itu meningkat remaja. Biasalah… anak-anak zaman sekarang… Macam kita masa zaman-zaman remaja dulu kan? Kalau Farah mengaku yang Farah tak pernah keluar dengan kawan sewaktu di bangku sekolah dulu, memang sah-sah tipu. Ha ha ha… Open-mouthed smile pernah jer! Selepas habis waktu sekolah, keluar ke Starhill, Bukit Bintang. Selepas habis waktu sekolah, sebelum balik singgah Central Market, Kuala Lumpur, singgah pusat membeli-belah Kotaraya, Kuala Lumpur, singgah Metrojaya, Kuala Lumpur. Tapi tu semua dengan keizinan Atuk Firash sudah semestinya. Sebelum balik memang singgah pejabat Atuk Firash dulu. Al-maklumlah, sekolah awak ni dulu atas Bukit Nanas, menapak jalan turun ke bawah nak balik … jumpa pejabat Atuk Firash dulu. Singgah-singgah tu semua diizinkan dan diketahui serta bertujuan. Bukan suka-suka merewang macam tu sahaja. He he he… Smile. Kalau nak bersuka-ria hari selain dari hari sekolah. Contohnya hari Sabtu. Macam tulah… bila anak sudah mula minta keluar dengan kawan kan?

Anak-anak, bila dah masuk alam remaja, kebiasaannya mereka lebih seronok berada di keliling kawan-kawan. Ini memang hakikat yang mana mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang. Diakui, pengaruh rakan sebaya sesungguhnya cukup hebat! Kalau tersalah pilih kawan, tidak mustahil pelbagai masalah mungkin akan timbul pada masa akan datang. Boleh katalah, dulu, kita bercakap tentang dulu ya? Dulu jika dibandingkan dengan cabaran yang ada pada zaman sekarang, tidak berapa nak jadi masalah sangat (tetap ada masalah juga dan tetap perlu pantau juga) untuk ibu bapa membenarkan anak-anak keluar bersama kawan-kawan. Sekarang ni pula memandangkan kadar jenayah yang tinggi, orang jahat yang terlalu ramai dan masalah sosial lain, terdapat banyak risiko apabila ibu bapa terlalu mudah membenarkan anak-anak kelaur bersantai dengan kawan-kawan.

Bukanlah kata nak sekat anak-anak tu. Sedangkan kita dulu pun tak suka disekat dan sedangkan kita dulu pun ibu bapa boleh pertimbangkan permintaan nak keluar dengan kawan-kawan. Takkan bila tiba masa anak kita nak terlalu menyekat dan itu tak boleh ini tak boleh? Nanti, memberontak pula si anak. Dah jadi masalah lain! Makanya, sebagai langkah utama, bila anak sudah mula berani meminta izin untuk keluar dengan kawan-kawan, ibu bapa punya tugas baru. He he he… Open-mouthed smile. Bila sekali dah mula minta izin, akan jadi berkali-kali. Itu biasa kan? Winking smile. We’ve played their games before…been there, done that, wear the t-shirt and burned it! Betul tak?

Sebagai cadangan… lakukan perkara-perkara yang disenaraikan di bawah untuk memastikan anak-anak tidak terlalu bebas dan faham makna pelepasan yang diberikan.

Tetapkan Waktu / Curfew

Kenapa tak boleh ada curfew pula? Ha ha ha… Open-mouthed smile Siaplah Firash ada curfew nanti… Mana boleh Firash tak ada curfew? Mommy pun ada curfew tau dulu! Sebaiknya berikan tempoh waktu yang diizinkan untuk melakukan aktiviti bersama kawan-kawan. Umpamanya jam 10.00 pagi hingga 2.00 petang. Kegagalan ibu bapa menetapkan waktu, akan menjadikannya “tiket” kebebasan untuk anak-anak pulang lewat malam.

Mommy Firash ni dulu, kalau dah pukul 6.00 petang masih tak balik… hati dah mula gundah-gulana dan risau dah. Dah tak fokus dah nak buat apa pun dengan kawan-kawan. Asyik ingat rumah jer. Kau lambat sikit, walaupun sampai pukul 7.00 petang tepat… Memang mengundanglah… Bukan tak pernah kena. Pernahhh… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Walaupun sebenarnya bas yang lambat.

Hantar / Jemput

Sebaiknya, ibu bapa sendiri yang hantar atau jemput anak-anak ke tempat perjumpaan mereka. Jadi ibu bapa tahu ke mana destinasi dan lokasi anak-anak.

Kenali Rakan-Rakannya

Ini juga sangat penting. Cubalah kenali rakan anak-anak dengan sebaiknya. Tahu siapa ibu bapa mereka, tempat tinggal mereka dan kalau boleh ibu bapa turut mesra dengan ibu bapa sahabat anak-anak.

Berpesan-Pesan

Jangan pernah lelah untuk memberikan nasihat kepada anak-anak untuk bijak memilih teman. Begitu juga, ibu bapa jangan malu untuk memberikan nasihat kepada kawan-kawannya juga. Cara ini diharapkan agar mereka faham tujuan berkawan itu agar dapat membawa kepada kebaikan.

Jangan Benarkan Bermalam

Seelok-eloknyalah… jangan mula memberikan kebenaran untuk anak bermalam di rumah kawannya. Sebaiknya cubalah kawal agar setiap malam anak-anak sentiasa berada di rumah. Jangan jadikan ini penyebab hubungan kekeluargaan semakin renggang, bilamana waktu siang dan malam ibu bapa dan anak tidak bersua muka. Bagi kebenaran bermalam ni, macam ibarat bagi muka juga ni. Sesekali tu mungkin boleh dipertimbangkan, tapi kalau boleh tak payahlah sebab macam yang Farah katakan, bila dah mula sekali, nanti berkali-kali. Hu hu hu…Nanti jadi “tiket” pula untuk anak-anak fikir ibu bapa tak kisah kalau mereka tak balik.

Macam tulah kan? Siapa kata semakin anak membesar itu semakin melegakan…Semakin banyak nak fikir kan? Waktu kecil macam ni, waktu sekolah rendah macam ni, waktu sekolah menengah pula macam tu… Meningkat usia, meningkat cabarannya lagi… Keibubapaan bukanlah semudah menyebut dan menulis ABC kan? Winking smile. Macam tulah yang ibu bapa kita semua lalui.

Sumber: http://www.keluarga.my/famili/bila-anak-perempuan-minta-keluar-dengan-kawan-ini-yang-perlu-ibu-buat-1.653264

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bila Anak Sudah Mula Minta Keluar Dengan Kawan, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, April 18, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia