Apakah Yang Sebenarnya Berlaku Di Pra-Sekolah / Tadika?

Farah Waheda Wahid
0
APAKAH SEBENARNYA YANG BERLAKU DI PRASEKOLAH ATAU TADIKA

Salah satu soalan kunci kepada ibu bapa yang sedang memilih pra-sekolah ataupun tadika untuk anak-anak masing-masing adalah apakah yang sebenarnya berlaku di pra-sekolah / tadika? Walaupun perincian tentang apa yang berlaku tersebut adalah berbeza dari satu sekolah ke satu sekolah yang lain, apa yang Farah kongsikan di dalam entri pada kali ini adalah bagaimana jadual harian distruktur secara tipikal di kebanyakan pra-sekolah/tadika.

Bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan apabila ibu bapa sangat ingin tahu apakah yang bakal berlaku apabila anak-anak mereka memasuki pra-sekolah ataupun tadika. Itu perkara biasa. Farah dulu pun sebelum Firash memasuki Little Caliph teruja juga nak tahu apa yang bakal dilakukan di sekolah. The general idea was fun, play and learn. Ada ramai kawan… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Bila dah memulakan alam persekolahan tadika ni, kira-kira macam ala-ala bolehlah Farah nak kongsi serba sedikit, terangkan serba-sedikit apakah aktiviti dan juga pembelajaran yang Firash terlibat sepanjang hari. It’s a big move going to pre-school for the first time, tapi sebenarnya kan… lebih banyak yang ibu bapa dan anak-anak tahu serta faham mengenai pra-sekolah ataumpun tadika adalah bonus kepada ibu bapa dan anak-anak untuk menyesuaikan diri dengan pengalaman baru ini.

Sesi Free Play

Sesi free play akan berlangsung selama lebih kurang satu jam ataupun lebih. Yang mana sesi free play ini melibatkan pilihan aktiviti yang disediakan oleh guru-guru. Dengan kondisi fokus sekejap-sekejap yang ada pada anak kecil, ada beberapa jenis permainan yang akan dilakukan ketika sesi free play. Secara tipikal, aktiviti-aktiviti yang terlibat boleh jadi:
  • Aktiviti membaca.
  • Bermain bersama tanah liat.
  • Melukis.
  • Melakukan kolaj.
  • Mewarna.
  • Melakukan puzzle.
  • Bermain blok atau LEGO.

Berkongsi Cerita dan Menyanyi

Kanak-kanak kecil sememangnya gemarkan cerita dan pada masa-masa tertentu ketika sesi bercerita mereka yang suka bercerita. Winking smile iyaaa…memang ya… sebab Firash ni sejak-sejak masuk ke tadika, dah pandai nak bercerita. Tapi ceritanya berkisarkan cerita Thomas and Friends lah yang dia reka pun. Jadilah… Itu pun dah syukur Alhamdulillah dah tu. Sambil-sambil cerita tu, macam cerita Hindustan… ada sesi nyanyi-nyanyi yang mana anak-anak kecil akan turut mengikuti nyanyian tersebut.

Permainan Fizikal

Permainan fizikal adalah penting juga dan akan terdapat beberapa jenis permainan fizikal yang diterapkan di dalam sesi pembelajaran di pra-sekolah mahupun tadika. Fungsinya adalah untuk meningkatkan key skills anak-anak kecil secara fizikal dan sosial. Sebagai contoh, imbangan anak-anak kecil, koordinasi, bermain dengan rakan-rakan yang lain dan kebolehan untuk mengambil giliran dengan kanak-kanak lain. Permainan fizikal mungkin boleh di lakukan di dalam ataupun di luar bangunan dan mungkin akan melibatkan penggunaan peralatan seperti climbing frame, trampoline, tunnel ataupun slide.

Masa Makan Atau Snek

Sampai satu point masa, selepas melakukan pelbagai aktiviti akan ada waktu untuk makan atau snek di mana anak-anak kecil akan rehat dan makan makanan atau snek yang sihat seperti buah.

Aktiviti Lain

Sambil-sambil tu, akan terdapat aktiviti-aktiviti lain yang dilakukan secara bulanan ataupun tahunan bergantung kepada takwim sekolah.

Waktu Solat / Mengaji / Hafazan

Jika  ibu bapa menghantar anak-anak ke islamic pre-schools or kindergarten. Akan ditekankan waktu solat, mengaji dan juga hafazan. Yang bukan islamic pre-school or kindergarten pun sama juga. Ada juga. Bukanlah Farah kata tak ada.

Melihatkan apa yang sebenarnya terjadi di pra-sekolah ataupun tadika membuatkan ibu bapa rasa kagum bila mana pra-sekolah atau tadika manage to fit into the time when children attend walaupun anak-anak kecil sebenarnya dalam kondisi short-attention spans, the activities are broken down into manageable chunks of time. With such variety on offer, you can be sure that your children are learning all kinds of new skills and abilities and are building up their knowledge step by step.

Suasana pra-sekolah atau tadika sebenarnya adalah peluang terbaik di mana kanak-kanak berinteraksi dengan rakan-rakan sebaya dan berkawan. Ia juga adalah good grounding for going to ‘real’ school apabila mereka semakin membesar.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !