Alhamdulillah… Ba Bah Dah 38 Tahun!

ALHAMDULILLAH... BA BAH DAH 38 TAHUN!

Mana pernah? Sekalipun belum pernah lupa ingatan ke atas tarikh-tarikh penting orang-orang kesayangan di sekeliling Farah. Smile. Semalam 28 April adalah hari ulangtahun kelahiran Ba Bah Firash yang ke 38 tahun. Alhamdulillah… Ba Bah Dah 38 Tahun! Winking smile. Lagi 2 tahun dah nak masuk 40 tahun dah Ba Bah oiii…. Jangan nak kejar sangat life begins at forty ek? Nyah-Nyah. 38 tahun tapi masih steady dan masih maintain penampilan diri. Iyalah, Ba Bah Firash memang jaga serba-serbi… Cuma kebelakangan ni mungkin sibuk dengan urusan Emergency Response Plan (ERP) disebabkan banyak sangat paip pecah dan kawasan tak ada air di merata Petaling Jaya dan juga Selangor ni ha. Makanya, mungkin sudah jarang turun ke gimnasium agaknya. Ermmm… tapi mungkin ada kot? Sambil-sambil ERP tu, sambil-sambil singgah gimnasium seketika?

Disebabkan kesibukan semasa Ba Bah Firash pada tahun 2017 ini, disebabkan itu, tiada sebarang acara makan-makan lagi sempena menyambut ulangtahun kelahiran Ba Bah Firash pada kali ini. Kalau ikutkan memang tradisi kami setiap kali ada ulangtahun kelahiran akan ada sedikit acara makan-makan. Tak kisahlah makan apa sekalipun. Murah ke? Mahal ke? Janji ingatan dan sambutan kecil secara sederhana itu adalah yang dilakukan sepanjang 4 tahun usia perkahwinan. Cuma di tahun ke-5 ini, tak ada rezeki nak adakan acara makan-makan. Hormati kesibukan suami mencari nafkah buat keluarga begitu. Smile.

Yang sempatnya, cumalah berjumpa sekejap untuk berikan hadiah kecil yang tidak seberapa untuk suami. Itu pun agak terkejar-kejar mencari ruang waktu untuk berjumpa seketika. Jenuh juga kami nak arrange timing semata-mata nak beri hadiah hari lahir tu. Ahaksss… Open-mouthed smile sebenarnya nak jumpa bukan sebab hadiah sangat pun! Yang penting, tak lama sekejap mesti kena jumpa juga pada hari lahir dia. Ucapan dah bagi awal-awal…Nyanyi lagu Happy Birthday pun dah awal-awal. Tapi tak boleh tidak, mesti nak jumpa juga. Itu yang penting.

Dah dapat jumpa tu, walaupun sekejap jer. Itu dah kira ok sangat dah tu bagi Farah. Farah tak minta lebih pun. Itupun Farah dah bersyukur. Alhamdulillah… Hopefully Ba Bah Firash sukalah dengan hadiah kecil dari Mommy Firash untuk tahun ini. Setakat tu jer kemampuan Mommy Firash pada tahun ini.

ALHAMDULILLAH... BA BAH DAH 38 TAHUN! (2)

Pembalut hadiah pun pakai pembalut hadiah yang customize melalui free gift wrapper software online yang Farah Google. Hu hu hu… Ya ampun Ba Bah… Tu jer Mommy mampu. Tapi oklah kan kira tu kan? Winking smile Lain dari yang lain pembalutnya dari tahun-tahun sebelumnya kan? Ini namanya pembalut bajet. Riben pun riben bajet. Hu hu hu… Gigihlah membalut di pejabat sewaktu waktu rehat makan tengah hari. Demimu suami. Ecewah… Nyah-Nyah.

Isinya apa? Ermmm… hadiah yang tak seberapa pun… cuma dua botol minyak wangi kegemaran Farah, yang Farah suka bau dan Farah suka. Farah suka? Ha ah… Tapi harap-harapnya Ba Bah Firash sukalah juga minyak wangi dari kedua-dua jenama itu. Itu taste Mommy Firash tu.

ALHAMDULILLAH... BA BAH DAH 38 TAHUN! (3)

Minyak wangi dua botol 0.7 FL OZ ataupun 20 ml jer… Tak mampu nak beli yang 100 ml ke atas. Hu hu hu…. Tapi ini sememangnya koleksi wangian antara yang Farah suka baunya. Farah pun tak tau kenapa… Ha ha ha… Open-mouthed smile. Dari dulu sampai sekarang suka sangat bagi hadiah minyak wangi pada Ba Bah Firash. Sampaikan tak payah balut pun tak apa, sebab kalau balut pun, dia dah boleh agak dah apa isi dalam. Sajalah nak balut kononnya kan?

Apa-apa pun… didoakan agar Ba Bah Firash sentiasa diberikan kesihatan tubuh badan luar dalam, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberkati serta dirahmati oleh Allah SWT dan berjaya serta bahagia di dunia juga akhirat. Selamat ulangtahun kelahiran yang ke-38 buat Ba Bah Firash dari Mommy Firash dan juga Firash. Red heart.

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Alhamdulillah… Ba Bah Dah 38 Tahun!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, April 29, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. happy birthday untuk suami kak farah ^^ semoga Allah sentiasa melindungi keluarga kak farah. Aamiin..

    ReplyDelete
  2. Wahhh...Wangi sokmo la ba bah firash lepas ni..ekekek

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah... happy birthday utk hubby.. semoga sentiasa sihat, bertambah rezeki dan ceria sekeluarga... aamiin :)

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah..semakin panjang usia suami farah..suka dia dapat hadiah dari farah
    JanjiKita

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia