5 Lokasi Berkelah Anak Perlu Diawasi

Farah Waheda Wahid
1
5 LOKASI BERKELAH ANAK PERLU DIAWASI

Cadang-cadang tu ada, nak bawa si anak bujang berkelah – tapi belum lagi… Open-mouthed smileNot now! Masih banyak perkara yang perlu diselesaikan dan di dalam proses pada masa dan ketika ini. Tunggulah nanti bila dah lapang-lapang, segalanya dah selesai nanti… In Shaa Allah, jika ada kesempatan, ruang dan waktu akan cuba pertimbangkan nak bawa dia berkelah. Cumanya sebelum nak pergi berkelah tu, bagus juga kalau ingat-ingatkan diri sendiri tentang lokasi-lokasi di mana anak betul-betul perlu diawasi. To those yang bercadang nak bawa anak-anak berkelah di dalam waktu-waktu terdekat atau pada bila-bila masa yang bersesuaian, bolehlah turut sama baca artikel Farah kali ini tentang 5 lokasi berkelah anak perlu diawasi.

Artikel ini, adalah hasil pembacaan semasa Farah dari pautan di SINI. Penting untuk ambil tahu, sebab antara aktiviti kegemaran kanak-kanak adalah termasuk kawasan-kawasan yang berair untuk berkelah. Seronok tu seronok juga, selfie sana selfie sini… dalam bergembira berkelah kita tidak sedar sebenarnya ada bahaya yang menanti. Ikuti panduan selamat agar perkelahan menjadi percutian yang menyeronokkan bukan sebaliknya.

Sungai

  • Berikan pengawasan semaksimum yang boleh oleh keluarga atau orang yang lebih dewasa. Pengawasan sepanjang aktiviti dijalankan sama ada mandi atau bersuka ria di pinggir sungai. 
  • Memastikan jarak tempat istirehat keluarga tidak terlalu jauh dari lokasi anak-anak bermain. Langkah ini penting bagi memberikan bantuan kecemasan yang cepat jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
  • Membawa peralatan dan barang keperluan yang mencukupi termasuk pelampung, floating, makanan dan minuman, ubat-ubatan dan semua yang diperlukan.

Laut

  • Agihkan tugas pengawasan secara sistematik supaya tidak timbul isu kelekaan atau kecuaian dalam pengawasan anak-anak. Pengagihan tugas dan peranan yang dimainkan menghindari berlakunya lepas tangan atau saling menyalahkan antara satu sama lain jika kejadian yang tidak diingini berlaku.
  • Usah pandang ringan kepada tahap kedalaman air laut. Meskipun nampak seperti tidak dalam, maka harus berhati-hati dan tidak terlalu berani mencuba. Pemantauan orang dewasa dan mereka yang pandai berenang adalah penting.
  • Lokasi perkelahan santai keluarga haruslah lebih dekat dengan pantai supaya aktiviti anak-anak masih boleh dilihat dari jarak yang dekat.

Kolam Renang

  • Pengawasan oleh orang dewasa dan yang pandai berenang sepanjang aktiviti berlangsung terutamanya kepada anak-anak kecil atau yang tidak pandai berenang. Pengawasan tanpa batasan meskipun di tempat yang tidak dalam kerana bahaya ada di mana-mana.
  • Pastikan anak-anak memakai pakaian renang yang bersesuaian dan mematuhi ciri-ciri keselamatan kerana jika pakaian tidak sesuai, kemalangan dalam kolam juga akan berlaku dan mengakibatkan lemas dan sebagainya. Pakaian dan kelengkapan renang perlu disediakan.
  • Pastikan kolam renang tersebut lengkap dengan pengawal keselamatan atau bantu mula/kecemasan (safe guard) bagi memberi bantuan kecemasan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Taman Tema Air

  • Membuat kajian atau pembacaan tentang taman tema air tersebut dari segi kebersihan, keselamatan dan juga kesesakan. Jika ia diragui tentang kebersihan, maka elakkanlah dari mengunjungi tempat berkenaan kerana ada kes kencing tikus atau virus dijangkiti di taman tema air.
  • Memberi arahan keselamatan yang jelas kepada ahli keluarga terutamanya anak-anak sebelum mengunjungi tempat berkenaan.
  • Usah ambil mudah jika anak-anak ingin mencuba permainan yang ada di taman tema. Pastikan ia selaras dengan usia dan kemampuannya. Seboleh-bolehnya, teman anak-anak dalam apa jua aktiviti yang ingin dilakukan.

Tasik Buatan

  • Sensitif dan peka dengan tahap kedalaman tasik terutamanya risiko pasir jerlus yang membahayakan. Maka pemantauan juga asas yang paling penting.
  • Usah terlalu leka dengan aktiviti orang dewasa, tetapi sebaiknya sentiasa memerhatikan anak-anak sepanjang masa.
  • Mencari informasi secukupnya tentang tempat yang ingin dikunjungi. Informasi yang diperlukan meliputi hal keselamatan, kebersihan, kemudahan asas dan lokasi yang tidak terlalu jauh daripada kemudahan awam. Jika berlaku kemalangan maka bantuan adalah mudah untuk diperolehi.

Yang pastinya, jika ke tempat yang sebegini memang seelok-eloknya kena sangat berhati-hati dan sentiasa alert dengan persekitaran. Jangan leka, jangan lepa. Semoga bermanfaat untuk semua yang membaca. Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kan.. sangat risau bila anak2 didedahkan dengan tempat air bertakung nih.. semoga lebih ramai ibu ayah yang alert dengan keselamatan dan tak pandang ringan isu isu keselamatan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !