10 Rahsia Seorang Ibu!

Farah Waheda Wahid
6
10 RAHSIA SEORANG IBU!

Tagline cliche-nya: “Bila kau dah jadi mak esok, kau taulah bagaimana rasanya…Belum jadi mak tak rasa lagi…” Smile… Memang tagline ini jerlah yang dok terngiang-ngiang di gegendang telinga ni ha pada waktu-waktu tertentu. Memang ayat tu menusuk dalam kalbu ok? Perasaan seorang ibu ini, apa yang seorang ibu lalui ini bukannya satu perkara yang mudah untuk ditafsirkan ataupun diekspresikan. Dia macam ibarat kau kena rasa dulu baru kau tau macam mana perasaannya jadi seorang ibu, apa yang seorang ibu lalui. Mengaku bukan ilham artikel asli dari Farah sendiri tetapi tertarik dengan artikel yang dikongsikan melalui pautan di SINI mengenai 10 rahsia seorang ibu! Apakah rahsianya? Meh sini rapat-rapat untuk semak senarai yang disediakan satu persatu. Betul ke tak?

Anak-Anak Selalu Membuatkan Seorang Ibu Menangis

Betul! Seorang ibu menangis bila dia tahu dia hamil. Seorang ibu menangis ketika melahirkan anak. Seorang ibu menangis ketika pertama kali memegang anak mereka. Seorang ibu menangis kegembiraan. Seorang ibu menangis ketakutan. Seorang ibu menangis sebab bimbang. Seorang ibu menangis sebab dia sayangkan anaknya. Seorang ibu tahu semua kesakitan anaknya, tanpa anak sedar.

Seorang Ibu Mahu Makanan Terakhir Dalam Pinggan Itu

Tapi bila seorang ibu melihat anak kesayangannya yang teruja ingin makan makanan itu, dia beralah. Dia beralah melihatkan mata anak galak kegembiraan. Seorang ibu tahu anak akan lebih gembira jika anak kenyang.

Semuanya Sakit…

Bila anak tarik rambut ibu, sakit. Bila anak rentap badan ibu dengan kuku tajam anak, sakit. Bila anak gigit ketika minum susu badan, sakit. Bila anak tendang ibu dalam perut, sakit. Seluruh tubuh badan seorang ibu akan sentiasa sakit demi anak.

Seorang Ibu Sentiasa Takut

Ketika tahu diri hamil, seorang ibu akan lakukan apa saja untuk lindungi anak di dalam kandungan. Selepas anak lahir, seorang ibu adalah orang yang paling risau bila ada orang lain yang ingin pegang anak mereka. Seorang ibu rasa, tiada tempat yang lebih selamat melainkan dengan dirinya. Seorang ibu takut bila anak mula berjalan. Seorang ibu tidak tidur menunggu anak balik rumah. Seorang ibu bangun pagi untuk hantar anak ke sekolah. Seorang ibu akan bersedia di mana-mana untuk sambut anak jika anak jatuh.

Seorang Ibu Menjaga Anak Lebih Dari Sembilan Bulan

Selepas bersalin, seorang ibu yang mendukung anak sambil mencuci pinggan. Seorang ibu dukung anak sambil makan. Seorang ibu peluk anak sambil tidur. Tangan ibu tak pernah penat, walaupun hakikatnya pinggangnya sakit. Tapi seorang ibu tetap akan berada dekat dengan anak. Dia tidak mahu jauh dari anaknya.

Seorang Ibu Tahu Dia Tidak Sempurna

Seorang ibu tahu bahawa dia adalah pengkritik paling teruk. Seorang ibu tahu semua kelemahan dia. Sampai sekarang seorang ibu masih salahkan dirinya atas semua perkara. Tapi seorang ibu adalah seorang manusia biasa. Seorang ibu buat kesilapan. Semua ibu pasti berharap bahawasa mereka boleh memutar waktu untuk membetulkan mana-mana kesilapan ketika membesarkan anak-anak masing-masing. Jadi, beri seorang ibu kasih sayang yang sepatutnya. Seorang ibu telah lakukan yang terbaik untuk anak.

Seorang Ibu Sentiasa Tengok Anak Tidur

Memang ada sesetengah malam, seorang ibu berharap anak akan tidur dan tidak berjaga hingga pukul 3 pagi. Tetapi selepas anak tidur, seorang ibu akan memandang tanpa henti. Anak yang dia lahirkan ini… anak dia. Segala penat lelah seorang ibu sudah hilang bila dia lihat anak.

Hati Retak Melihat Anak Menangis

Tiada kesedihan yang paling teruk melainkan melihat air mata tumpah dari anak sendiri. Seorang ibu menangis bila lihat anak menangis! Seorang ibu akan melakukan apa saja untuk buat anak berhenti menangis. Walaupun hatinya retak…

Anak Keutamaan Seorang Ibu

Seorang ibu tak makan, tidur atau mandi demi anak. Anak keutamaan seorang ibu di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. Seorang ibu takkan pernah tolak permintaan anak. Seorang ibu bangun setiap hari demi anak, anak kesayangan dia.

Seorang Ibu Sanggup Buat Semua Benda Sekali Lagi Demi Anak

Susah sebenarnya ingin menjadi seorang ibu. Semua ibu akan pernah menangis sedih, cuba pelbagai perkara, gagal dan berjaya. Tapi, walau pelbagai kesakitan dan kepedihan yang harus seorang ibu lalui, seorang ibu sanggup buat ini semua seberapa banyak yang dia mampu! Sebab dia tahu anak-anak ini bernilai…
 
Jadi semua, sayangilah insan yang bernama ibu ini selagi mereka ada. Mereka telah berkorban pelbagai perkara demi anda – anak tercinta. Sekurang-kurangnya, balaslah kasih sayang yang telah mereka taburkan pada anda dari dulu hingga kini. Tiada orang yang dapat menggantikan tempat seorang insan bernama ibu.
 
KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA, KASIH AYAH SEPANJANG MASA!

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tq sharing farah. mmg smuanya benar belaka ;)

    ReplyDelete
  2. fae akan rasa semua tu nanti ^^

    ReplyDelete
  3. kannn bila dah jadi mak baru tahu apa rasa seorang makkk. huhu. takut pulak nak kawen hehehe

    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. anaka keutamaan seorang ibu.. betul tu.. teringat masa kenduri, kak ipar ajak pi shopping.. ada makcik kata tinggal je baby kat situ sebab tgh tidur.. OOOO.. tidakk.. rasa huru hara jiwa nanti kalau anak takde depan mata

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !