TIPS Hamil Lanjut Usia

TIPS HAMIL LANJUT USIA

Disclaimer awal – topik entri pada kali ni tiada kena mengena dengan puan empunya blog ya? Send a kiss… kalau ya pun nak dikategorikan sebagai hamil lanjut usia… kena tunggu lagi setahun dua kot? Itu baru boleh dikatakan sebagai hamil lanjut usia bila umur dah melepasi had 35 tahun. Itupun kalau ya kalau. Kalau tidak, tidaklah… Tips hamil lanjut usia walau tidak melalui paras umur yang boleh dikategorikan sebagai hamil lanjut usia, naklah kongsi serba sedikit. Rasanya tak pernah cerita tentang perkara ni lagi di Bubblynotes.Com kan? Jika usia anda pada saat ini sudah memasuki angka di atas 35 tahun dan anda sedang berkira-kira untuk memiliki bayi mahupun menambah stok anak, ketahuilah bahawasanya masih ramai wanita di luar sana tu yang memutuskan untuk menunda kehamilan dan melahirkan anak di peringkat usia di antara 30 hingga 40-an.

Ramai yang sok sek sok sek mengatakan bila hamil lanjut usia ni berisiko tetapi ramai jer ibu hamil lanjut usia yang dapat melahirkan anak tanpa masalah kan? Dah terbukti pun. Selebriti tanah air seperti Didie Alias dan Rozita Che Wan pun hamil selepas usia mereka melepasi paras 35 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat kedua-dua  ibu dan anak. Betul tak? Ya, memang betul, risiko hamil di usia lanjut itu lebih tinggi daripada wanita di bawah 30-an tetapi jika anda yakin dan memahami akan segala risiko, makanya anda wajib melakukan tindakan pencegahan dari awal supaya kehamilan berjalan dengan lancar dan bayi yang dilahirkan selamat serta sihat.

Kenali Risiko Hamil Lanjut Usia

Jika usia anda melebihi paras usia 35 tahun, maka:
  • Anda mungkin mengalami masalah sukar untuk hamil. Pada awal 30-an, telur anda cenderung untuk berkurangan kualitinya dan anda mungkin akan berovulasi lebih jarang daripada umur anda sebelum 30-an.
  • Bayi anda akan berisiko lebih tinggi mengalami kelainan kromosom, seperti Down Syndrome.
  • Anda akan mengalami keguguran dengan possibility yang lebih besar.
  • Anda berada pada risiko lebih tinggi terkena diabetes gestational.
  • Anda berkemungkinan besar hamilkan bayi kembar. Bila anda lebih berusia, perubahan hormon dapat menyebabkan anda melepaskan lebih dari satu telur setiap kali anda berovulasi.
  • Berisiko lebih besar untuk mengalami komplikasi kehamilan dan berkemungkinan besar berpotensi untuk melahirkan bayi melalui kaedah caesarean.

Tips Hamil Lanjut Usia


Mendapatkan Konsultansi Doktor Sakit Puan Sebelum Memutuskan Untuk Hamil

Ini adalah merupakan satu cara yang terbaik untuk kehamilan yang sihat di atas usia 30 tahun. Seorang doktor pakar sakit puan dapat membantu untuk menentukan adakah tubuh anda sihat segala bagai untuk mengharungi kehamilan dan menjawab setiap pertanyaan yang mungkin anda ada di kotak pemikiran dan menjadi hamil pada usia anda yang sudah berada di paras atas 30-an.

Makan Diet Yang Seimbang

Wanita hamil, terutama wanita dengan kehamilan berisiko, harus makan makanan yang kaya dengan folat, kalsium, zat besi dan protein. Tambahan diet dengan mengambil vitamin prenatal sebelum anda hamil dan terus dikonsumsi sepanjang kehamilan anda.

Menjaga Berat Badan Sihat

Pastikan anda berada di dalam kondisi fizikal yang baik sebelum anda mencuba untuk hamil. Wanita yang mengalami obesiti (indeks massa tubuh 30 atau lebih tinggi) mungkin memiliki waktu yang lebih sukar untuk hamil. Wanita yang lebih berumur dan mengalami obesiti lebih berisiko dengan diabetes gestational. Idealkan berat badan, diet dan bersenam.

Pelajari Tentang Ujian Pra Kehamilan

Ujian diagnostik seperti amniosentesis dan chorionic sampling membaca kromosom bayi anda dan menentukan sama ada bayi anda berisiko memiliki kelainan kromosom. Akan tetapi, ujian sebegini mempunyai risiko kemungkinan akan mengakibatkan keguguran.

Elakkan Zat Berbahaya

Tak boleh minum alkohol (dah tentu lah kan?), memakan ubat-ubatan tertentu, merokok serta duduk di ruangan yang penuh dengan asap rokok. Sebagai seorang wanita hamil di atas usia 35 tahun, anda perlu sentiasa alert dengan persekitaran anda supaya racun yang tidak sepatutnya tidak memasuki tubuh anda. Dapatkan khidmat nasihat doktor, apa yang boleh dimakan, ubat apa? Ni penting ni.

Jauhi Tekanan

Menjauhkan diri dari tekanan dan membiasakan diri dengan gaya hidup yang sihat akan meningkatkan peluang anda untuk memiliki kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko kehamilan lanjut usia. Boleh lakukan senaman ringan, yoga dan bersantai.

Perkongsian ni adalah setelah Farah merujuk kepada artikel di SINI. Simple jer bagi Farah… semuanya atas kuasa Allah SWT….Kun Fa Ya Kun… Ramai jer yang telah hamil pada usia atas 35 tahun dan ramai juga telah melahirkan bayi-bayi yang sihat-sihat dan comel-comel… Mana ada kehamilan yang tak perlu dijaga? Semua perlu dijaga kan? Tak kisah ler yang di usia 20-an ke? 30-an ke? Melepasi paras usia 35 tahun ke? Semua ibu-ibu hamil kena jaga kesihatan diri, jaga diri dan jaga kandungan baik-baik kan? Ini cuma sekadar perkongsian yang mungkin bermanfaat dan baik untuk anda sahaja semata. Juga untuk pengetahuan kita semua bersama.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel TIPS Hamil Lanjut Usia, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 21, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY