Sindrom TALL POPPY

Farah Waheda Wahid
2
SINDROM TALL POPPY

Manusia zaman sekarang makin pelik-pelik… Jika sesuatu yang berlaku di luar negara dan tidak pernah berlaku di Malaysia, tetapi kini jangan terkejut jika apa yang tidak pernah berlaku di negara kita akan berlaku juga akhirnya. Salah satunya sindrom Tall Poppy. Paling jelas, paling nyata kisah remaja bernama Natasha Qisty Mohd Ridzuan yang memperoleh keputusan cemerlang 9A+ di dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2016 (SPM 2016) yang menerima kecaman yang agak hebat dari segelintir netizen disebabkan oleh penampilannya.

SINDROM TALL POPPY 2

Sampaikan beliau dikatakan telah menutup akaun media sosialnya kerana menjadi mangsa pembuli siber. Menurut satu artikel melalui pautan di SINI yang mana artikel asalnya adalah oleh Noor Afidah Abu Bakar, Certified Positive Parenting Educator (Parent Practice UK), terdapat dua isu di dalam kisah Natasha Qisty. Dua isu yang dimaksudkan tersebut adalah sindrom Tall Poppy dan juga sindrom buli siber (cyber bullying).

Apa Itu Sindrom Tall Poppy?

Sindrom Tall Poppy (STP) ini bukan hanya melibatkan orang Melayu sahaja. Sindrom ini juga dikenali sebagai the politics of envy. Ia berkaitan dengan psikologi dan tingkah laku manusia yang tidak boleh melihat orang berdiri lebih tinggi daripada mereka dan tidak senang melihat adanya tall poppies. Orang yang berjaya akan diperlekehkan dan dibuli dengan kecaman-kecaman yang tidak berasas dan tiada kena mengena dengan kejayaan yang mereka capai.

Terdapat satu artikel melalui pautan INI mendedahkan bahawa terdapat pelajar di Australia yang dibuli secara fizikal dan verbal sehingga mengalami gangguan mental dan emosi yang berpanjangan. Adalah juga menjadi lumrah apabila dua tall poppies dibanding-bandingkan oleh penghidap sindrom untuk membuktikan kebenaran hujah mereka yang tidak tercapai dek akal itu.

Apa Masalah Penghidap Sindrom Tall Poppy?

Menurut kajian yang dibuat di Flinders University of South Australia dan diterbitkan oleh Australian Journal of Pscychology pada tahun 1989, mereka yang mengalami STP ini terdiri daripada mereka yang tidak meletakkan prioriti yang tinggi kepada aspek kejayaan tersebut.

Bila dikaitkan dengan kisah Natasha Qisty, orang-orang atau mereka-mereka yang membuli Natasha Qisty adalah merupakan orang yang tidak menjadikan kejayaan akademik sebagai prioriti mereka sebelum ini.

Dalam kajian tersebut juga didapati STP ini kebanyakannya dihadapi oleh mereka yang mempunyai percaya diri (self esteem) yang rendah. Mereka merasa inferior. Kepercayaan diri yang rendah boleh berlaku apabila kayu ukur yang digunakan untuk mengukur kelebihan seseorang adalah terlampau sempit.

Ianya bermula apabila orang dewasa hanya memfokuskan pada kelemahan anak dan menghukum kelemahan tanpa mempunyai inisiatif dan keinginan untuk melihat pada kelebihan seseorang anak itu. Individu yang terbabit akan membesar sebagai seorang yang meneruskan tradisi yang sama.

Mereka mencapai kepuasan dengan merendah-rendahkan orang lain supaya tall poppy ini berdiri sama rendah dengan mereka. Kelakuan yang sebehini akan mengurangkan kekecewaan mereka dengan diri mereka sendiri. Mereka lebih merasa puas jika dapat menyebarkannya kepada orang lain – di alam siber yang public. Sedih bukan? Smile

Mereka yang mempunyai percaya diri yang tinggi dan yakin dengan kelebihan yang dimiliki selalunya terhindar dari menghidap STP ini.

Untuk diri kita sendiri:

1. Latih diri kita sebagai seorang dewasa untuk melihat kelebihan yang dimiliki oleh seseorang anak dan pelajar supaya mereka juga berupaya untuk melihat kelebihan dan kejayaan orang lain tanpa iri. Allah SWT tu Maha Adil, setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing. Cari kelebihan tersebut, raikan kelebihan tersebut dan gunakan kelebihan tersebut bagi membantu mereka mengatasi apa sahaja kelemahan yang mungkin mereka miliki kerana manusia itu sifatnya tidak sempurna. Jangan menggunakan kelemahan seseorang anak untuk menidakkan kelebihan mereka.

2. Latihlah anak-anak untuk mengagumi dan meraikan kelebihan rakan-rakan dan percaya bahawa mereka juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.

3. Bimbinglah anak-anak supaya menajdi seorang yang berhemah dan bertanggungjawab di alam siber.

Jadi, selepas ini, manalah tau kan? Jika ada salah seorang di antara kita melihat buli siber berlaku terhadap mereka-mereka yang berjaya dan boleh dikatakan berjaya di dalam bidang masing-masing seperti kisah Natasha Qisty, makanya taulah kita kan? Bahawa ini adalah merupakan sindrom tall poppy. Ya tak? Tapi sebenarnya di sekeliling kita banyak jer yang ada sindrom tall poppy ni, tak perlu tengok jauh-jauh, yang dekat-dekat kita pun ramai jer… Dalam sedar tak sedar, sengaja tak sengaja memang ramai yang ada sindrom tall poppy ni. Tinggal kita nak kisah tak kisah jer… Betul tak? Winking smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. mcmn lah masyarakat kita nak maju kan kalau bersikap mcm ni....

    ReplyDelete
  2. Ohh first time hearing about this Tall Poppy thing.. biasalah org2 cetek akal tak senang tgk kejayaan org lain

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !