Sebab-Sebab LUKA CAESAREAN BOLEH TERBUKA!

Farah Waheda Wahid
0
SEBAB-SEBAB LUKA CAESAREAN BOLEH TERBUKA
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google

Topik ni memang menarik! Sebab… Farah sendiri pernah melihat insiden luka caesarean jiran lama Farah sewaktu menetap di AU3, Keramat. Sewaktu tu Farah sedang belajar di Sekolah Menengah. Jika dikenang-kenang kembali memang seriau oooo! Nak nak lagi awak sendiri pun melalui kaedah bersalin secara caesarean kan? Mau tidaknya jadi concern sangat dengan topik ni? Muahahaha… Open-mouthed smile. Haruslah kena ambil tahu kan? Kebetulan pula Farah terbaca artikel yang berkaitan… terus laju jer nak memanjangkan maklumat kepada anda-anda-anda semua yang sudi nak singgah dan meluangkan masa membaca entri Farah di Bubblynotes.Com. Agak-agak andalah ya… apakah sebab-sebab luka caesarean boleh terbuka?

Berdasarkan informasi yang Farah dapati dari artikel yang dimuatnaikkan melalui pautan di SINI, kebiasaannya luka pembedahan caesarean akan sembuh dalam masa seminggu apabila kulit pada bahagian luar bercantum. Walaupun sudah bercantum, ia masih berpotensi untuk meretas sekiranya tidak dijaga dengan baik. Sekarang ni pakai klip lah… apa lah… Macam Farah dulu lagilah… pakai spray jer yang Farah ingat… sejukkk jer rasa spray tu ok? Open-mouthed smile. Saja nak exaggerate lebih kan? Tapi betullah! Ini berdasarkan pengalaman sendiri tau. Luka pembedahan terbuka semula adalah sesuatu yang amat ditakuti ibu-ibu yang melahirkan secara caesarean kerana ianya tentu-tentulah menyakitkan dan mendedahkannya kepada jangkitan kuman. Yang buat Farah tambah seriau adalah bila mana gynae Farah pesan, kalau luka pembedahan caesarean tu terbuka, nak klip ke? spray ke? Tak ada pakai bius ya? Hang tanggunglah waktu tu…. Crying face Huwaaa, ngeri oiii, jika dibayang-bayangkan…ngilu pun hado.

Kes jahitan pembedahan caesarean meretas semula tidak banyak berlaku. Nisbah kes adalah kira-kira 1:100 dalam kelahiran caesarean. Namun, bagi ibu yang pernah melahirkan secara pembedahan caesarean risiko luka pembedahan meretas adalah tinggi. Lazimnya jahitan pada luka pembedahan caesarean terbuka semula akibat pelbagai faktor. Ambil perhatian ya dan tingkatkan cara penjagaan. Apabila luka pembedahan sembuh segera tanpa jangkitan, risiko untuknya terbuka semula dapat dikurangkan. Antara faktor yang meningkatkan risiko jahitan luka pembedahan caesarean terbuka semula adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

1. Jangkitan kuman pada dalam luka. Ia selalunya disebabkan oleh kuman yang berasal dari kulit kita sendiri atau dipanggil komensal. Risiko infeksi luka pembedahan yang disebabkan oleh komensal ialah 1%.

2. Pembedahan caesarean yang dilakukan secara kecemasan (ELCS).

3. Ibu yang mengalami obesiti kerana ketebalan tisu lemak dan kulit melambatkan proses penyembuhan kerana lipatan kulit yang menyebabkan kawasan luka sentiasa lembap atau berpeluh menjadi media yang sesuai untuk pembiakan kuman.

4.Ibu yang mengalami anemia atau kekurangan darah yang menyebabkan kekurangan oksigen kepada tisu yang sedang aktif semasa proses penyembuhan.

5.Kurang mengamalkan kebersihan diri seperti tidak mandi selepas pembedahan dan tidak membersihkan kulit sekitar luka pembedahan. Ini menyebabkan bahagian luka berpeluh dan berdaki.
 
6.Pemakanan berpantang yang terlalu ketat tanpa mengambil makanan seimbang selepas pembedahan dengan hanya makan nasi dan ikan tanpa sayur dan buah-buahan.
 
7.Kurang minum air selepas bersalin semasa berpantang menyebabkan badan mengalami dehidrasi dan melambatkan luka sembuh.
 
8.Pergerakan melibatkan regangan seperti menjemur pakaian atau pergerakan yang meningkatkan tekanan dalam abdomen seperti meneran yang kuat bila sembelit, mengangkat barang berat dan batuk yang lama.
 
9.Tindakan menyapu atau meletakkan minyak di atas luka pembedahan. Minyak tersebut  boleh menjadi medium untuk pertumbuhan bakteria.
 
Macam kes jiran Farah dulu tu, tak boleh buat apa dah, terpaksa telefon ambulans untuk datang ambil dan bawa ke hospital. Awas, sekiranya anda mendapati luka pembedahan anda meretas atau terbuka semula! Sesegera mungkin dapatkan rawatan di hospital (sebaik-baiknya adalah di hospital di mana anda dibedah) atau klinik berhampiran.

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !