Sambutan Hari Wanita Sedunia STELLAVINGZE

Farah Waheda Wahid
0
SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (1)

Selama kinilah kan? Selama kini… belum pernah sekali pun nak sambut-sambut Hari Wanita ataupun Hari Wanita Sedunia. Send a kiss. Kalau ada pun, sekadar wish di status yang dimuatnaikkan di laman Facebook sahaja. Selebihnya, nama nak menghadiri mana-mana majlis, nama nak diraikan dengan dinner khas bagi menyambut Hari Wanita, jujurnya memang tak pernah! Alih-alih, tahun 2017 ni, ada rezeki nak merasa special sedikit bila dapat undangan untuk sama-sama meraikan wanita seluruh dunia dengan Sambutan Hari Wanita Sedunia Stellavingze di Bangsar, Kuala Lumpur.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (2)

Tiba-tiba rasa bertuah betul jadi wanita! Ada hari khas untuk menyambut dan memperingati jasa dan usaha kaum wanita di dalam pelbagai aspek kehidupan. Tangan yang menghayun buaian mampu menggoncang dunia ok? and behind every successful man is a woman! Kena ingat tu tau… Terima kasihlah Stellavingze di atas inisiatif untuk menganjurkan Hari Wanita Sedunia dan di atas kesudian untuk menjemput diri ini untuk turut serta pada acara yang berlangsung pada hari Rabu, 8 Mac 2017.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (11)

Untuk pengetahuan anda, Stellavingze adalah sebuah badan organisasi yang membantu wanita seluruh dunia untuk mengecapi kebahagiaan. Stellavingze International mengambil pendekatan untuk menganjurkan sebuah majlis makan malam untuk mengumpulkan wanita Malaysia yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan kemakmuran negara.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (10)

Mereka-mereka yang dimaksudkan adalah Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail - Pengerusi Yayasan Suara Wanita (YASNITA), Datin Azizan Bt. Hj Shariff – Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga – Parlimen Lembah Pantai, Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref – Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang dan Ms. Wee Siew Ling – Pengarah Urusan Stellavingze International. Apa kata wanita-wanita besi tersebut?

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (5)

Wanita adalah unik kerana wanita mampu untuk mencorak modal insan yang cemerlang. Tan Sri Datin Paduka Seri Hajah Zaleha Binti Ismail mengulas mengenai bagaimana beliau mampu membentuk sorang anak kecil yang bercita-cita tinggi dan menyokong cita-citanya tercapai. Beliau berkata, hanya wanita sahaja yang mampu memikul tanggungjawab sedemikian; melahir, membesarkan, mendidik dan juga memberi sokongan. Tambahan beliau lagi wanita dilahirkan dengan minda yang unik dan mampu melakukan beberapa tugasan pada satu masa. Tidak seperti zaman yang lalu, wanita pada masa kini mempunyai pendidikan dan kuasa untuk mengubah dunia. Seorang wanita yang berpendidikan mampu menjadi influencer dan contoh akhlak serta budi yang baik. Pentingnya bagi seorang wanita untuk mempunyai prinsip dan integriti serta bijak membahagikan waktu dalam kepimpinan keluarga mahupun organisasi. Tan Sri Datin Paduka Hajah Zaleha Binti Ismail, mengakhiri ucapan dengan pesanan bagi kaum wanita untuk sentiasa menjaga kesihatan dan menimba ilmu, mengimbangi kesihatan fizikal, mental dan emosi kerana itulah aset wanita yang paling berharga.

Datin Azizan Bt Hj Shariff, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga, Parlimen Lembah Pantai

Sebagai Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga – Parlimen Lembah Pantai, Datin Azizan menekankan kepentingan memiliki prinsip, ikhlas di dalam menjalankan tanggungjawab dan wanita perlu mengutamakan keluarga. Wanita yang meninggalkan kerjaya dan menjadi suri rumah harus mempunyai kemahiran dan bijak berniaga untuk menambah pendapatan keluarga. Bagi wanita yang bekerjaya pula, beliau menasihatakan untuk sekali-sekala mengadakan sebuah majlis atau jamuan untuk mengeratkan silaturahim bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Beliau juga berpesan agar wanita sentiasa bersabar, mempunyai iman yang teguh dan menjaga kesihatan.

Datin Noor Faezah Binti Mohd Ashref, Naib Presiden Yayasan Wanita Cemerlang

Datin Noor Faezah memulakan forum dengan berpendapat bahawa wanita adalah hebat! Kerana tugas dan tanggungjawab beliau begitu banyak kepada keluarga, kerjaya dan masyarakat. Beliau menambah bahawasanya, wanita yang hebat mampu berdiri teguh, menyokong insan lain, memberi didikan dan memberi motivasi khususnya bagi insan-insan yang tidak bernasib baik. Beliau juga berpendapat wanita mampu menjadi pemimpin yang cemerlang hanya dengan memimpin dengan penuh kasih sayang yang mana ianya akan meningkatkan motivasi pekerja dan pengikut mereka. Mengulas tentang aktiviti Yayasan Wanita Cemerlang, beliau berkata bahawa insan yang memerlukan amat sukar untuk dicari dan justeru itu tugas kita sebagai wanita dan rakyat yang bertanggungjawab perlu menemui mereka dalam kumpulan seperti persatuan dan sukarelawan untuk memastikan kadar kemiskinan negara kekal rendah. Akhir kata, beliau berkata bahawa wanita mempunyai lumrah dan sifat yang lembut dan berkasih sayang, berusaha bersungguh-sungguh dan kuat untuk menghadapi cabaran.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (4)

Ms Wee Siew Ling yang bertindak sebagai Pengarah Urusan Stellavingze International berkata, bagi seorang ibu yang bekerja seperti beliau, kekangan masa adalah sesuatu yang sering dihadapi. Beliau perlu bijak untuk mengendalikan keluarga, kerjaya dan masa untuk diri sendiri dan selalunya beliau sering mengorbankan diri sendiri. Namun begitu, beliau berkata, adalah tidak mustahil segala tanggungjawab dapat dilaksanakan sekiranya wanita pandai membahagikan masa. Beliau memetik formula Datuk Stella Chin, Pengasas Stellavingze International – Kebahagiaan wanita bersamaan dengan (+) kasih sayang / cinta, (-) kebencian / kemarahan, (x) kesyukuran, (÷) umpatan/gosip. Beliau berpandukan formula tersebut selama 13 tahun karier beliau berlangsung dan mendapati diri beliau adalah lebih bahagia. Beliau juga menggunakan kesempatan tersebut untuk mengajak wanita untuk menyertai Stellavingze International, dan menemukan kebahagiaan dalam kehidupan yang seimbang. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan berkata bahawasanya wanita itu adalah umpama air yang mudah membiasakan diri di dalam apa-apa keadaan sekali pun, namun begitu jangan sekali-kali mencabar mereka kerana lautan yang tenang juga bakal membawa tsunami.

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (2)

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (1)

SAMBUTAN HARI WANITA SEDUNIA STELLAVINGZE (3)

Serba sedikit mengenai Stellavingze International – Ianya diasaskan oleh Datuk Stella Chin yang juga merupakan seorang usahawan wanita tempatan yang telah membawa syarikat miliknya dan suaminya menerusi pasaran global. Beliau telah memenangi pelbagai anugerah berprestij seperti Anugerah Keusahawanan Stevie Awards Women in Business dan juga The International Diamond Prize for Excellence Quality (EQSR). Beliau juga merupakan seorang ibu, isteri dan anak yang amat penyayang. Oleh kerana beliau melihat kecenderungan wanita untuk melupakan cita-cita dan menjadi suri rumah atau mengejar cita-cita dan mengabaikan keluarga di rumah, beliau telah mencipta sebuah formula kebahagiaan wanita dan mengasaskan Stellavingze International. Fungsi Stellavingze International adalah untuk mendidik wanita untuk menemukan titik keseimbangan dalam kehidupan dan memulakan sebuah kehidupan yang lebih bahagia.

Stellavingze Smart Star

Ianya adalah bagi peningkatan nilai kewanitaan di mana objektifnya adalah bagi membantu wanita di dalam menguruskan diri, kerjaya, perkahwinan, keluarga, anak-anak serta mempunyai kehidupan yang seimbang dan indah. Kursus 90 hari Stellavingze Smart Star terdiri daripada kelas imej, kesihatan dan kecantikan, pembentukan minda dan rohani, pengurusan rumah tangga, interaksi bersama anak dan formula kehidupan yang seimbang dan indah. Setelah menamatkan kursus 90 hari Stellavingze Smart Star, majlis meraikan Stellavingze Smart Star akan diadakan dan akan terlahirlah seorang wanita yang lebih bahagia.

Kelayakan bagi kursus Stellavingze Smart Star adalah mempunyai Diploma atau Ijazah serta pengalaman selama 2 tahun ke atas sama ada wanita berkahwin mahupun bujang. Syarat-syarat kemasukan adalah bersedia untuk meningkatkan nilai kewanitaan dan jati diri sebagai wanita, perlu menjadi ahli Stellavingze International.

Stellavingze Guiding Star

Ianya adalah bagi melahirkan usahawan wanita yang berkredibiliti dengan objektif untuk memberi peluang kepada wanita mencipta keupayaan menjana pendapatan, mengecapi transformasi dalam kejayaan, membina asas yang kukuh dan menuju ke arah kehidupan yang lebih berjaya, mentransformasikan bakat kepimpinan wanita dan membantu orang lain untuk berjaya. Bagi Stellavingze Guiding Star pihak Stellavingze International menyediakan kursus pengurusan, pembentangan dan kelas untuk memperbaharui imej dalam membantu wantia untuk membina asas perniagaan yang kukuh, penyelesaian perniagaan yang sesuai dengan permintaan pasaran dan juga menyediakan rakan niaga dengan operasi yang mudah dan tenaga kerja.

Kursus dan latihan yang ditawarkan adalah seperti kelas imej perniagaan, latihan skil perniagaan, kursus eksklusif home party MELILEA, latihan professional kesihatan dan kecantikan, kelas pengurusan perniagaan dan kelas kualiti kepimpinan. Kelayakan penyertaan pula adalah mempunyai ijazah serta pengalaman bekerja di dalam bidang korporat selama setahun atau lebih. Umur di antara 25 sehingga 60 tahun.

Untuk Maklumat Lanjut:

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !