Minum Teh Dan Makan Bersama AERIL ZAFREL Di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya

Farah Waheda Wahid
4
MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (2)

Memandangkan mata masih lagi segar bugar dan tidak ada tanda-tanda untuk melelapkan mata dan hanyut di alam mimpi, mehlah sini… Farah nak membebel “sekejap” tentang minum teh dan makan bersama Aeril Zafrel di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya petang Sabtu semalam. Walaupun ramai yang dah lena dan sedap tarik selimut, tapi tak kisahlah… cerita tetap cerita… kalau tak ada yang membaca sekarang, mungkin esok lusa ada yang membaca ya tak?  Smile with tongue out

Sebenarnya entri ini adalah entri kesinambungan dari entri Farah yang lepas di SINI. Hari tu Farah mengajak awak, awak dan awak… hari ni Farah nak bercerita apa kisahnya sepetang di CAFAEYEN, IOI City Mall, Putrajaya… Sajaaa… kongsi-kongsi cerita dengan anda… Boleh kan?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (12)

Sepertimana yang telah dijadualkan oleh pihak penganjur, tepat pukul 3.00 petang, kami sekeluarga dah berlegar di dalam IOI City Mall, Putrajaya. Berlegar sebab mencari di manakah lokasi CAFAEYEN ni di dalam IOI City Mall, Putrajaya. Al-maklumlah, Farah ni tinggal nun jauh dari IOI City Mall, Putrajaya. Masuk kali ni baru kali kedua Farah jejakkan kaki ke IOI City Mall, Putrajaya rasanya. Muahahaha… Open-mouthed smile… Ehhh…entah…Ke kali ketiga sebenarnya? Rasanya macam pernah jejak… Mungkin dejavu lah tu kot? Untuk apa? Untuk acara kemunculan istimewa Aeril Zafrel di CAFAEYEN lah! Kalau dah sebut acara tu, itu bermaksud, Farah memenuhi undangan atau jemputan dari pihak PR lah kan? Kalau saja-saja tu, tak taulah pula.

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (3)

Tak lama selepas kami sampai, sedang-sedang elok Aeril Zafrel pun sampai… Kemunculan istimewa Aeril Zafrel adalah bagi sesi bersama peminatlah motifnya dan juga bagi mempromosikan CAFAEYEN yang beroperasi di IOI City Mall, Putrajaya. Psssttt…peminat-peminat Aeril Zafrel ada yang nak tanya bagaimana Aeril Zafrel di hadapan mata berbanding di kaca televisyen atau layar perak ke? He he he… Open-mouthed smile…. Senang jer jawapannya… Macam mana anda lihat di kaca televisyen atau layar perak, macam tulah dia secara berdepan. Simple!

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (4)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (5)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (6)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (7)

Crowd? Memang toksah cakaplah… Open-mouthed smile…. Bila selebriti turun padang, kau faham-faham jerlah… Memang berkerumun jerlah manusia di CAFAEYEN tu. Sangat sesak! Sangat sangat sangat sesak! Semua yang meminati Aeril Zafrel memang berpusu-pusu menerjah CAFAEYEN. Sehinggakan, terpaksalah mengalah kannn? Muahahaha… Open-mouthed smile… Walaupun Farah turun padang sebagai blogger, perlu buat kerja… Tapi, berilah laluan kepada para peminat Aeril Zafrel. Lagipun, bukan pertama kali berdepan dengan selebriti… Bukan nak riak ya? Cumanya, Farah pernah terlibat di dalam bidang pengurusan acara dan pernah berurusan dengan agak ramai selebriti juga… Jadi, tak adalah rasa nak berebut-rebut bila berhadapan dengan selebriti. Ngeh ngeh ngeh… Chill sudah… Lagipun kena dok sedar diri sebab awak tu mak budak, bawa budak kecil.. nanti sibuk sama mengejar Aeril Zafrel… dah tak pasal-pasal nanti timbul pula isu lain… Hishhh…minta simpang…

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (15)

Bagilah ruang dan peluang kepada public untuk mengerumuni Aeril Zafrel dan membeli signature tea khas yang served by Aeril Zafrel. Bagi mereka ruang dan peluang untuk beramah mesra dengan Aeril Zafrel dan juga selfie sebarang satu dua. Kannn? Sementara tu? Sementara tu, we just enjoy the evening in our own ways… Lagipun nak duduk dalam CAFAEYEN dan pesan makanan (walaupun pada waktu dan ketika itu memang perut lapar berkeriut…ramai sangat manusia yang ambush…)… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tak mengapalah, bagilah keadaan reda sedikit ya tak?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (8)

Biar crowd dapatkan signature tea seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas dan sementara itu? Kami?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (17)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (13)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (10)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (14)

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (18)

Orang sibuk bersesak-sesak nak kejarkan Aeril Zafrel, kami pula sibuk bergambar ikut suka hati kami di hadapan CAFAEYEN di kawasan yang agak kurang sesak. Bila turun padang untuk acara-acara sebegini yang melibatkan kerja-kerja Farah sebagai blogger, adalah penting juga bagi Farah seorang mommy blogger untuk mempertimbangkan keselesaan anak bujang Farah ni haaa… Iman Firash bukan boleh tempat yang crowded sangat. Dia tak suka dan dia akan mudah tantrum…. Sebelum dia tantrum… elok sangatlah Farah selesakan dia…

Tapi kannn? Sempat jugalah mencelah ber-selfie dengan Aeril Zafrel… Kenang-kenangan…

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (9)


Posisi kena betul wehhh! Seorang isteri seseorang, seorang lagi suami seseorang… Ha ha ha… Winking smile. Apabila crowd sudah mula tenang dan bersurai dan Aeril Zafrel pun dah nak berangkat pulang… Barulah kami sekeluarga masuk ke dalam CAFAEYEN kerana baru ada meja kosong. Masa ni, barulah boleh nak pesan makanan ke? minuman ke? dengan keadaan yang lebih tenang dan tidak bersesak-sesak….

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (11)

Perkara pertama adalah air please air… Dahaga kakak tau? Al-maklumlah anak seorang yang aktif… Muahahaha… Open-mouthed smile… Dahlah berdiri lama tak duduk-duduk… Memanglah… jawabnya air yang dicari terlebih dahulu…. Pesanan kami adalah CHA-O-LEMON (COLD) – Harga RM 8.90 dan juga ROSELLE WATER ICE – Harga RM 5.90. Adoiii leganya dapat basahkan tekak sementara menanti makanan yang dipesan sampai. Iman Firash pula, sibuklah dengan hal dia, dapat ice water kan? Memang sukalah dia… Minum, main air…

Ha now, bila makanan dah sampai, barulah kita tiba ke bahagian makanan yang ditawarkan di CAFAEYEN… Farah kongsi serba-sedikit menu yang kami pesan semalam ya?

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (19)
Harga: RM 14.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (20)
Harga: RM 14.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (21)
Harga: RM 38.90

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (1)
Harga: RM 10.90

Lawannya tentulah NASI PUTIH ya tak? NASI PUTIH semangkuk adalah RM 2.00. Portion pula adalah di dalam bentuk hidangan untuk 2 orang atau lebih. Tak ada masalah nak kongsi hidangan ke apa. Percayalah apa yang Farah beritahu ni… pasti kenyang! Dijamin kenyang! Tapi kalau tak kenyang bagi anda tu… Nampaknya kena pesan lebih sedikitlah kan?

Pertama kali merasa… memang Farah dapat rasakan mereka di CAFAEYEN sememangnya adalah pakar masakan asli Thailand… Bila masuk jer ke dalam mulut, memang betul-betul mengimbau kenangan di Thailand dulu oiiii… Bilalah nak bercuti di Thailand lagi agaknya ek? Ehhh… tersimpang pula cerita. Memang licin! Total damage for the day adalah RM 112.60 bagi hidangan sebegini. Tapi kenyangnya memang berbaloi. Terus masuk dalam senarai restoran yang boleh singgah lagi kalau turun ke IOI City Mall, Putrajaya pada masa akan datang. Amboiii…bunyi macam nak berlegar-legar dalam tu lagi jer dengan Iman Firash? Wakakakaka… Open-mouthed smile

Alhamdulillah…akhirnya kenyang… Sewaktu menaip entri ni, tiba-tiba bila tengok gambar makanan, terasa lapar kembali. Rasa masakan hidangan di CAFAEYEN ni, tak nak tipulah kan? Tapi memang benar-benar memukau derrr! Terasa-rasa pula dalam mulut ni keenakkan hidangan CAFAEYEN.

MINUM TEH DAN MAKAN BERSAMA AERIL ZAFREL DI CAFAEYEN, IOI CITY MALL, PUTRAJAYA (16)

Gendang-gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati… Dah selesai menghabiskan hidangan yang dipesan… Makanya, kita pun beransurlah pulang… Ngeee… Open-mouthed smile… Komen ringkas? Puas hati makan di CAFAEYEN. Kalau anda ke IOI City Mall, Putrajaya jangan lupa singgah ke CAFAEYEN tau! Anda harus cuba sebab masakan CAFAEYEN marvellous. Hua hua hua… Terima kasih daun keladi kepada pihak PR kerana telah sudi menjemput Farah sekeluarga ke acara ini.

Rating: Star Star Star Star

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah bestnyaa ... btw CCL jelez tengok sia fara selfie dgn aeril ..huhuuu

    ReplyDelete
  2. Kan...sesak kan.. LeYa pun terpaksa repeat dtg lagi utk makan keesokkannya.. Janji hari tuh just penuhi undangan dari PR...hehehe

    ReplyDelete
  3. wah, syoknye, selfi with aeril zafrel...ensem! ;-))

    ReplyDelete
  4. Adududududu. Sedappppnya air dia tuh kakk. Pakkal je jauh.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !