Home » , , , , » Hati-Hati Dengan BATU Macam Ini!

Hati-Hati Dengan BATU Macam Ini!

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (2)

Batu bukan sebarang batu! Nampak jer macam batu biasa atas jalan tu kan? Terkadang kita terpaksa melalui kawasan berbatu sebegini di sesetengah kawasan… Terutama untuk kawasan-kawasan yang sedang di dalam projek pembinaan ataupun kawasan taman perumahan baru. Kita ingat tak ada apa-apa lah kan? Sebab elok jer kenderaan lain lalu-lalang macam tak ada apa-apa yang akan merisikokan kondisi tayar. Akan tetapi! Ha ha ha… Open-mouthed smile disebabkan confident level yang tinggi tu… Adalah kesan dan akibatnya yang telah berlaku kepada tayar kenderaan yang Farah pandu. Hati-hati dengan batu macam ini!

Ya…tolonglah hati-hati… Sebabnya pagi Isnin, ketika nak hantar anak bujang ke tadika tiba-tiba didapati tayar kereta Auto bahagian belakang sebelah pemandu dah kempis! Alamakkk! Bakal lewat-lah ni! Hu hu hu… Terpaksa telefon teacher dia, mohon bantuan untuk ambil Firash dari rumah. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Nasib baik rumah dengan tadika sejengkal cuma… Bolehlah buat muka tebal untuk mohon bantuan teacher dia ambil dia dari rumah. Dah tu? Darurat… takkan semata kerana tayar kempis Firash tak ke tadika pula? Terima kasih teacher sebab sudi hulurkan bantuan ambil Firash dari rumah. Winking smile.

Selepas selesaikan Firash… tiba masa untuk selesaikan kes tayar kempis. Memang nampak dari keadaan parkir tu tayar tu ada batu dan memang Farah dah agak sebab batu tu lah tayar jadi kempis. Gantikan tayar dengan tayar kecemasan dan terus menuju ke bengkel. Hua hua hua…

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (3)

Dalam kepala dah congak-congak dah… Ini tak ada main tampal-tampal lagi tayar bocor lagi dah ni… Sah-sah memang kena ganti tayar baru… Masa ni lah kan? Crying face huwaaa… Tapi itulah hakikatnya… Memang tak boleh nak elak lagi. Things that you ought to know that will happen when you owning a 4 wheel…Kan? Memang kena bersedia jer dengan sebarang kemungkinan. Walaupun sah-sah kena ganti tayar, tiba-tiba kau jadi teruja nak tengok sebesar manakah batu yang mengakibatkan tayar kempis teruk tu… Ha ha ha… Open-mouthed smile

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (4)

Kau tengok? Dia tembus sampai ke bahagian dalam tayar macam tu! Tajam tak tajam batu ni? Bahayalah haiii kalau terpaksa lalu kawasan-kawasan berbatu sebegini… Memang nak tak nak kena redha jer kena tukar tayar… Tampal tak boleh ni oiii!

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (5)

Disebabkan tayar tu dah bocor, kau tak sedar, kau jalan juga nak sampaikan ke rumah… Akhirnya nampak tak? Dah makan tepi tayar dah…. 200% sila buang tayar yang satu ini… Kan dah cakap tadi kan? Smile with tongue out. Batunya pula…mak aiii… boleh tahan tajam dan besar…

HATI-HATI DENGAN BATU MACAM INI! (1)

Kalau boleh elakkan jalan-jalan berbatu sebegini silalah elakkan ya? Sebab nanti tak pasal-pasal anda kena ganti tayar pula… Hu hu hu…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Hati-Hati Dengan BATU Macam Ini!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Tuesday, March 7, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Perghhhhh dahsyat betul batu tu. tak pepasal kena tukar tayar baru.
    Saya paling takut kalau jadi perkara macamni.
    dah la tak ingat dah cara nak tukar tayar spare sendiri haha.

    ReplyDelete
  2. Dalam betul tusukan batu tu.. Tajam tengoknye... Pergghhh...memang kita yg ada kenderaan kene bersedia sedikit kewangan utk perkara2 mcm ni la.. perkara tidak diingini... Kene ade simpanan sikit.. Kalau tak,, jawabnye tak berjalan lah kete..

    ReplyDelete
  3. Wow...Bahaya tu..Will be more alert on next time. Thanks for sharing. =)

    ReplyDelete
  4. Kadang tak boleh elak sebab itu jalan paling mudah kan? Kecil je batunya tapi kesannya besar sungguh

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY