GULA-GULA SYABU | Jangan Beli Sebarang Jajan!

Farah Waheda Wahid
1
GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (1)
Kredit: Gambar diubahsuai dari sumber dari Google 

Farah tak kata yang Farah ni bagus atau perfect serba-serbi mahupun berlagak konon bagus, tetapi… bila melibatkan jajan anak ni, Farah akui yang Farah sememangnya agak cerewet dan sememangnya sangat-sangat memilih di dalam melayan kerenah anak berusia 3 tahun 3 bulan yang seorang itu. Bukan nak menunjuk-nunjuk  membelikan anak jajan yang berjenama terkenal dan yang keluar di iklan televisyen semata. Yang keluar di iklan televisyen tu pun kena tapi juga kalau nak diikut-ikutkan sebenarnya. Tapi nilah sebabnya… nilah sebabnya… zaman sekarang ni, wujud macam-macam jajan dengan jenama yang tidak dikenali. Gula-gula syabu… tolonglah jangan beli sebarang jajan untuk anak-anak atau benarkan anak-anak menghabiskan duit belanja sekolah semata-mata membeli jajan yang tidak diketahui asal-usulnya seperti gula-gula syabu ini!

Jahat! Jahat sangat orang yang datang dengan idea untuk produce jajan sebegini kemudian pasarkan kepada golongan sasaran yang tak tak tahu apa-apa seperti kanak-kanak! Kanak-kanak kan? Apalah yang mereka tahu? Jajan adalah jajan bagi mereka. Nampak jajan memang seronoklah mereka dan sukalah mereka. Di bawah pemantau ibu bapa mungkinlah boleh dikawal, mungkinlah…maksud Farah di depan mata ibu bapa, di belakang ibu bapa memang tak terkawal lah kan? Contohnya macam di sekolah, terdaya ke para guru nak memantau setiap seorang anak-anak murid ? Ada beratus-ratus, beribu-ribu anak murid oiii!

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (2)

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (3)

GULA-GULA SYABU_JANGAN BELI SEBARANG JAJAN!  (1)
Kredit: Gambar dari Harian Metro

Perhati-perhatilah kalau anak-anak kita semua beli jajan sepertimana yang dipaparkan di dalam gambar di atas. Menurut sumber di SINI:
Kuantan: Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pahang menumpaskan sindiket pengedaran gula-gula getah serta serbuk minuman mengandungi dadah jenis syabu dan menahan lima suspek lelaki di sekitar daerah ini, kelmarin.

Ketua JSJN Pahang Superintendan Lam Thiam Huat berkata, dalam serbuan pertama jam 3.30 petang di rumah di Taman Maju Jaya, di sini, pihaknya menahan dua lelaki berusia 28 dan 32 tahun.

“Hasil pemeriksaan menemui 24 paket gula-gula getah serta 16 paket serbuk dipercayai mengandungi syabu. Serbuan juga merampas 81.7 gram ketamin, 8.9 gram syabu, 290 pil eramin 5, 185 pil ekstasi serta menyita dua kereta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Beliau berkata, soal siasat kemudian membawa kepada penahanan tiga lagi lelaki berusia 15 hingga 27 tahun di hadapan medan selera di Jalan Gambut di sini, dipercayai terbabit dengan sindiket pengedaran dadah berkenaan.
Lam berkata, siasatan awal mendapati gula-gula getah dan serbuk minuman itu untuk dijual di sekitar pusat hiburan di daerah ini sebelum ditumpaskan.
Benda-benda macam ni terkadang berada di luar kawalan kita sebagai ibu bapa, tapi tu lah…macam mana pun, memang kena alert dengan berita semasa yang seumpama ini supaya kita tahu apa yang berlaku di luar sana dan kita kena cepat-cepat ambil tahu (ha ha ha… Open-mouthed smilepractice jadi penyibuk sekejap)… untuk kebaikan anak-anak juga kan?

Langkah-Langkah Yang Boleh Dilakukan Oleh Ibu Bapa Bagi Mengawal Anak-Anak Dari Membeli Jajan Sembarangan

  • Untuk anak-anak di bawah umur persekolahan rendah seperti tadika dan ke bawah, ibu bapa bertindak sebagai agen yang mengawal pembelian jajan yang sembarangan. Ibu bapa perlu memantau dan meneliti setiap jajan yang dibelikan untuk anak-anak masing-masing. Apa tu orang kata? Jangan main sauk jer belikan itu ini untuk anak-anak. Smile.
  • Untuk anak-anak di umur persekolahan sekolah rendah dan menengah, beri pesanan kepada anak-anak supaya tidak membeli sembarangan jajan dan beritahu mereka akan kes semasa sepertimana kes gula-gula syabu ini serta tunjukkan kepada mereka bahawasanya mereka tidak dibenarkan berbelanja jajan sebegini. Beri peringatan berulang kali. Tawakal dan berdoa supaya anak-anak mendengar kata-kata kita sebagai ibu bapa serta ingat segala peraturan atau larangan mengenai pembelian jajan.
  • Latih anak-anak sedari kecil untuk tidak membiasakan diri membeli jajan sembarangan dan biasakan mereka dengan peraturan hanya sesetengah jajan sahaja yang dibenarkan.
Itu setakat yang dapat Farah fikirkan, akan tetapi perkara ni subjektif  kepada anak-anak sebenarnya. Memang risau. There are things that we could control and there are things that we can’t control. Ya tak? Bila dah lepas dari pandangan kita tu, diakui memang mencabar dan agak merisaukan. Tapi apa pun, sama-sama kita berdoa agar anak-anak kita tidak terjebak membeli dan memakan atau meminum jajan seumpama ini. Kredit Farah berikan kepada rakan sepejabat kerana alert-kan kami di dalam group What’s App pejabat tempoh hari untuk kes gula-gula syabu ini. Diharapkan pihak polis akan giat memperkasakan operasi untuk membanteras pemasaran gula-gula syabu dan seumpamanya yang memudaratkan secara berleluasa.

*Yang memandu bas sekolah, van sekolah tu pun… kalau boleh janganlah jual jajan sembarangan di dalam bas ataupun van masing-masing ya tak? Hu hu hu…risau kami sebagai ibu bapa ni ha…

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bkn la...ni masuk kosmo ...polis Rampas pelbagai jenis dadah termasuk syabu..k..ectasy n eramin 5 dbungkus dalam pek menyerupai gula-gula getah...ni berita bln mac xsilap

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !