CERAGEM Rawatan Katil Urut Ajaib!

Farah Waheda Wahid
3
CERAGEM RAWATAN KATIL URUT AJAIB!

CERAGEM, Rawatan Katil Urut Ajaib! Ajaib sangat ke katil urut ni? Sampaikan ramai sangat yang memperkatakan mengenai CERAGEM sejak kebelakangan ni? Mungkin bukan dari sekeliling anda, tetapi sampai ke halwa telinga Farah dari perkhabaran yang diterima dari boss sendiri dan juga hasil pembacaan testimoni dari perkongsian di blog-blog yang ada sebelum ini. Gigih Farah mencari jawapan mengenai CERAGEM ni tau… Sebabnya, boss beritahu, dia pergi mendapatkan rawatan di CERAGEM pada hari Sabtu yang lalu, kemudiannya bila dia swing kayu golf pada hari Ahad, pukulannya kuat semacam. Ha ha ha… Open-mouthed smile, itu yang jadi berminat nak tahu tu… Sebab kalau ok, nak juga bawa Mama Farah pergi mendapatkan rawatan di CERAGEM.

Yang paling menarik dikatakan rawatan di CERAGEM adalah PERCUMA! Ya PERCUMA! Sesiapa yang pergi ke pusat rawatan CERAGEM akan mendapat rawatan secara PERCUMA! Memang boleh dikatakan ramai orang yang telah dan masih on-going ke pusat rawatan CERAGEM untuk mendapatkan rawatan bagi penyakit masing-masing. Cumanya, jika ada sesiapa yang berminat nak membeli katil urut ajaib CERAGEM tu, sepertimana yang disampaikan melalui penceritaan boss Farah, harganya adalah di dalam belasan ribu Ringgit Malaysia. Mahal oiii! Ha ha ha… Smile with tongue out… memang tak mampulah Farah nak membeli kan? Tapi Farah percaya, ada yang berkemampuan yang telah membeli katil urut ajaib CERAGEM tu! Why not kan? Untuk kesihatan… Tak rugi rasanya membeli untuk sesuatu yang mendatangkan kebaikan.

Apa Itu CERAGEM?

CERAGEM adalah produk kesihatan keluarga dengan menggunakan perpaduan ilmu kesihatan Timur dan Barat, yang bekerja secara ilmiah melalui tulang belakang dengan menggunakan prinsip tekan, urut, sinar kehangatan dan kiropraktik (chiropractic).

Bagaimana Cara Kerja Produk CERAGEM?

Cara kerja CERAGEM berpusat pada tulang belakang, di mana seperti yang kita ketahui bahawa tulang belakang adalah sumber kehidupan kita dan merupakan pusat susunan saraf dan pembuluh darah, sehingga saat efektif untuk mengatasi berbagai jenis masalah kesihatan.

Latar Belakang CERAGEM

CERAGEM diasaskan pada tahun 1998, CERAGEM adalah perusahaan produk kesihatan keluarga yang terkemuka di dunia yang berasal dari Korea Selatan. Mulai memasuki pasaran antarabangsa iaitu Amerika Syarikat pada bulan Oktober 1999. Sehingga kini CERAGEM telah ada di lebih 70 buah negara dan telah memiliki sekitar 3,000 pusat yang tersebar di merata dunia. CERAGEM menawarkan anda untuk mencuba produk mereka secara PERCUMA tanpa dikenakan sebarang bayarang di setiap pusat yang ada di seluruh dunia. Strategi pemasaran CERAGEM memang unik dengan sistem layanannya yang ramah.

PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KATIL URUT AJAIB CERAGEM 3

Ini untuk pengetahuan umum kita semua ya? Titik perubatan CERAGEM.
PENYEMBUH PELBAGAI PENYAKIT KATIL URUT AJAIB CERAGEM 4

Menarik tak? Menarik pada Farah… Sebab sesuatu yang baru bagi Farah dan sekiranya ia benar-benar seperti apa yang dikatakan… Nak juga rasanya mencuba untuk diri sendiri dan terutamanya ibu bapa Farah… Ada yang dah pergi ke pusat rawatan CERAGEM ke? Bolehlah kongsi-kongsi pengalaman anda sendiri kan? Dan di bawah adalah senarai pusat rawatan CERAGEM yang sempat Farah kumpulkan untuk dikongsikan bersama:

CERAGEM Petaling Jaya
+603- 7877 6260

CERAGEM MALAYSIA Sdn. Bhd. Kuala Lumpur
+603- 6252 7107

CERAGEM Shah Alam
+603- 5541 6669

CERAGEM Puchong Centre
+603- 8062 6001

Ini setakat yang sempat Farah kumpulkan, tetapi sebenarnya seluruh Malaysia ada pusat rawatan CERAGEM ni… Anda hanya perlu buka laman enjin carian Google dan kemudian taipkan perkataan CERAGEM ataupun pusat rawatan CERAGEM. In Shaa Allah…pasti jumpa.

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Cik azue dah pernah cuba, lebih dari 10 sesi rasanya. Memang seronok guna, cuma, tak larat nak tunggu turn. Ramai orang..dan satu lagi..malas nak pergi sebab dia campur lelaki perempuan. Tak der separator gitu.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum
    Mula-mula mmg x percaya bahawa ada katil yg boleh sembuhkan penyakit tulang belakang. Macam2 cara yg dibuat termasuk beli pkaian dalam bernilai ribu2 semata mata utk sembuhkan sakit.
    Tetapi setelah menggunakan katil ni di cawangan klang (berhampiran dgn tempat tinggal) syukur alhamdulillah. Memang benar katil ni dpt mnyembuhkan selagi kita konsisten menggunakan dan berpantang. ( jangan minum air sejuk). Bersenam juga dpt membantu utk sembuhkan penyakit lebih cpt. Mengikut pengalaman menghadiri sesi rawatan bukan sahaja dpt sembuhkan tulang belakang tetapi juga penyakit2 lain. Syukur kerana masih diberi kesempatan oleh Allah utk hidup sihat.
    Alhamdulillah

    ReplyDelete
  3. Salam
    sya baru cuba nampak positif
    pengidap kolonkanser3
    tak nak p operat lah
    doakan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !