Cara Didik Anak KOMITED SOLAT!

Farah Waheda Wahid
2
CARA DIDIK ANAK KOMITED SOLAT!

Impian seorang ibu, sudah semestinya ingin anaknya membesar dengan solid foundation di dalam agama Allah SWT. Siapa yang tak sejuk perut kan? Bila anak meletakkan Allah di tempat yang pertama di dalam kehidupan mereka dan menjadikan perintah Allah top priority pada mereka. Solat itu tiang agama. “Hal pertama yang diwajibkan oleh Allah SWT atas umatku adalah solat lima waktu, hal pertama yang diangkat dari amalan-amalan mereka adalah solat lima waktu, dan hal pertama yang dipertanyakan kepada mereka adalah solat lima waktu.” [Kanzul ‘Ummal, jilid 7, hadis 18859]. Solat adalah salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Allah. Jika diberikan pendedahan awal sejak kecil, ia akan menjadi sebati dalam diri. Kalau boleh, memang kita semua sebagai ibu bapa mahukan anak-anak kita komited dengan solat kan? Apakah cara didik anak komited solat?

Mungkin, apa yang dikongsikan oleh artikel di SINI akan memberikan penjelasan tugasan kita sebagai ibu bapa jika mahukan anak-anak kita komited solat. Bukan sekadar untuk anda, tetapi juga untuk panduan serta peringatan bagi diri Farah sendiri sebagai seorang ibu.

Dengar Azan

Apabila tiba waktu solat, biarkan anak mendengar azan di televisyen ataupun radio. Ajarkan cara menyahut azan. Ajari mereka berhenti berbual. Anda perlu memberi isyarat supaya senyap semasa azan. Bagi Farah, Farah ada memuat turun aplikasi Muslim Pro dan setiap kali masuk waktu memang azan akan kedengaran secara automatik. Sengaja Farah muat turun pada tablet anak bujang tu. Secara tak langsung bila setiap kali azan berkumandang dia akan berhenti menonton kartun ataupun apa-apa sahaja aktiviti yang dilakukan dengan tablet. Smile. Didik cara halus kaedahnya.

Doa Selepas Azan

Sebagai ibu bapa, anda akan mengetuai untuk membaca doa selepas azan. Ajarkan anak untuk ikut dan meng-amin-kan doa. Jadiakan ia amalan setiap hari. Juga boleh dipraktikkan di rumah atau di dalam kereta. Bila dah biasa, bila dah jadi rutin, In Shaa Allah, anak akan ikut kan?

Cara Wudhu’

Ibu bapa akan menunjukkan cara  wudhu’. Semak juga cara bagaimana anak mengambil wuduk. Jangan lupa tampal, langkah demi langkah bergambar di bilik air supaya mudah mereka mengikutinya. Selepas habis sahaja, azan suruh mereka mengambil wuduk. Lakukan secara konsisten setiap hari. Wuduk adalah cara pertama untuk mendidik anak solat. Wuduk yang sempurna menjadikan solat lebih sempurna.
 

Didik Solat

Setiap kali solat, ajak anak solat dengan cara berjemaah. Ia dilakukan setiap kali waktu solat.
 

Dengarkan Bacaan Dalam Solat

Untuk permulaan, semasa solat, anda digalakkan kuatkan sedikit bacaan dalam solat supaya dapat mendengar dan mengikutinya. Secara tidak langsung, anak akan menghafal bacaan dan surah-surah lazim. – Ya.. sekarang ini, sejak dia touch usia 3 tahun, sememangnya setiap kali Farah solat dia akan duduk di sebelah Farah. Dia perhati, dia cuba untuk memahami dan ada masanya dia ikut. Farah juga telah mula menguatkan sedikit bacaan solat supaya dapat didengari oleh dia dan apa yang Farah perasan, sekarang dia sudah mula secara perlahan-lahan mengikuti bacaan Farah tersebut.
 

Bacaan Doa

Selepas wirid, anak turut bersama-sama membaca doa. Jika boleh bacakan doa dalam Bahasa Melayu. Selitkan doa menjadi anak yang baik, rajin solat, rajin belajar dan menghormati ibu bapa. Juga sebutkan nama setiap anak dan biarkan mereka mendengar doa itu kepada Allah. Cara ini mampu melembutkan hati mereka.
 

Bacaan Wirid

Selepas solat, galakkan kanak-kanak supaya membaca wirid. Lama-kelamaan kanak-kanak turut hafal jika diperdengarkan wirid yang sama.
 

Salam

Bersalaman selepas solat, cara ini dapat merapatkan ikatan antara anda dan anak.
 

Surau atau Masjid

Ibu bapa boleh selalu membawa anak ke masjid atau surau, supaya anak  dapat praktis dan melihat bagaimana orang lain solat mengikut imam.
 
Bagi Firash, dia sedang di dalam proses memahami dan mengikuti. In Shaa Allah, mudah-mudahan dengan berkat izin Allah SWT, by the age of 4 or 4 plus, he would be able to perform his solat. Amin. Dengan berganding bahu dengan pihak tadika iaitu Little Caliphs, sama-sama Mommy dan Little Caliphs bekerja ke arah objektif Firash to solat seawal yang mungkin… In Shaa Allah… Amin. Moga-moga segalanya dipermudahkan dan semoga Iman Firash komited untuk solat. Smile

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Good sharing Farah..
    Akak memang selalu kuat sedikit bacaan dlm solat..
    Alhamdulillah dalam umur 3 tahun mereka dah hafal bacaan dalam solat..
    Mula2 akak biarkan saja cara mereka solat..
    tapi mereka mengikut setiap bacaan solat akak tu..
    bila umur 5 tahun sedikit2 akak betul cara kan solat mereka..
    Alhamdulillah senang mereka solat skrg.

    ReplyDelete
  2. Nice sharing... anak2 seusia Firash memang jenis pemerhati...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !