Cara CUCI KERAK KEPALA BAYI Baru Lahir

Farah Waheda Wahid
5
CARA CUCI KERAK KEPALA BAYI BARU LAHIR

Cara cuci kerak kepala bayi baru lahir… Tiba-tiba terimbau pula sewaktu kelahiran cahaya mata sulung dan pertama Farah… Sewaktu tu, memang ambil masa setelah beberapa hari juga untuk mencukur kepala dia agar botak dan tumbuh rambut baru… Smile… Masih Farah ingat, jelas kelihatan terdapat kerak kepala dan ianya agak boleh dikatakan banyak juga. Masa mula-mula tu, tak faham, tak tau lagi… Risau juga… Ada yang tak kena ke? Al-maklumlah pengalaman kali pertama katakan… Manalah nak biasa dengan perkara-perkara sebegini… Apa yang berlaku ini adalah masalah cradle cap atau kerak di kepala yang sangat mudah berlaku kepada bayi baru lahir. Kerak di kepala ni keadaannya akan kelihatan seperti kulit mengelupas, kulit kering, kelemumur, kulit menebal, berminyak, kepingan kulit keras berwarna coklat atau kekuningan.

Apa yang Farah nak kongsi adalah, berdasarkan pembacaan terkini Farah melalui artikel yang telah dikongsikan melalui sumber di SINI, kerak di kepala berlaku kerana masih ada lagi kandungan hormon ibu dalam badan bayi. Keadaan ini tidak berbahaya kepada bayi dan ia biasanya berlaku pada beberapa bulan pertama selepas kelahiran. Walaupun boleh hilang dengan sendirinya tetapi lebih baik sekiranya ibu bersihkan kerak kepala tersebut kerana ia bukan sahaja mengganggu kecomelan dan kebersihan tetapi juga membuatkan bayi gatal dan tidak selesa serta mengganggu pertumbuhan rambut yang sihat.

Sekiranya rambut dan kulit kepala bersih maka masalah kerak kepala sukar akan muncul. Untuk yang baru bergelar ibu, pastikan anda mencuci dengan betul rambut bayi. Jika bayi anda ada tanda-tanda kemunculan kerak kepala, lakukan rawatan seperti yang disyorkan oleh artikel berkenaan seperti yang tertera di bawah: 

1. Gunakan produk khas bagi mengatasi dan mencegah kerak kepala bayi.

2. Sapukan minyak bayi pada kulit kepala yang berkerak sambil urut perlahan-lahan. Biarkan kira-kira semalaman supaya kerak menjadi lembut dan mudah dibersihkan. Sebaiknya lakukan ketika bayi sedang tidur.

3. Sikat rambut bayi menggunakan sikat rambut khas yang halus sambil mengeluarkan kerak kepala yang menggelupas. Lakukan perlahan-lahan dan berhati-hati.

4. Cuci rambut dan kulit kepala bayi dengan syampu khas untuk bayi, bilas bersih dengan air hangat. Bilas sampai bersih.

5. Jika masih ada kerak di kepala, ulang langkah tersebut keesokkan harinya.

Namun hati-hati dengan risiko jangkitan ketika anda melakukan rawatan kerak kepala bayi. Jangan keruk secara paksa kerak di kepala bayi kerana bimbang boleh melukakan kepala seterusnya menyebabkan jangkitan kuman. Jangan kopek kerak kepala yang telah kering apatah lagi dilakukan dengan jari tangan anda kerana boleh melukakan kulit kepala bayi, serta menimbulkan risiko jangkitan.
 
Jika terdapat tanda-tanda jangkitan seperti timbul ruam-ruam merah, bawa bayi berjumpa doktor. Doktor mungkin akan menyarankan anda menggunting rambut di bahagian kulit kepala tersebut, dan memberinya krim antibiotik.
 
Haaaa…. kannn? Sebab tulah kena botak ok? Apa pun… memang akan ambil masa yang lama berdasarkan pengalaman Farah. Tak perlu nak rush sehingga memudaratkan bayi anda… Secara perlahan-lahan selesaikan dan In Shaa Allah…Lama kelamaan akan hilang juga… Smile… Jadi to new parents jangan risau sangat… Cuma lakukan secara konsisten sepertimana yang telah disarankan.

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. lama tak singgah sini...sis dulu pun guna minyak bayi ni...btw gud info farah

    ReplyDelete
  2. gambar Firash ke tu kak Farah? comelll!

    ada typo la kak Farah on first paragraph hehe cahaya mata la kak hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah Humaira tak de kerak kepala,tapi bila cukur tak licn habis dia tak mo diam hahahah so bertakuk2 jadinya hhahahaha

    ReplyDelete
  4. Ingat lagi anak sulung saya dulu kepalanya berkerak jugak. Tapi masa tu saya guna santan, sama ja penggunaannya dengan minyak bayi. Cuma masa tu berpantang kat kampung, kita ikut cara orang tuan, hehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !