Anak GENIUS? Sila Periksa Tanda-Tanda Ini!

Farah Waheda Wahid
1
ANAK GENIUS_SILA PERIKSA TANDA-TANDA INI!

GENIUS? Geniuskah anak-anak kita? Bagaimana nak tahu sama ada anak-anak kita berpotensi untuk dikategorikan sebagai genius? Tidaklah mengharapkan yang anak tu mesti-mesti jadi genius! Akan tetapi, tak salah rasanya memeriksa atau menyelidik sama ada anak sendiri berpotensi kan? Kena kenali potensi anak barulah boleh aturkan strategi bagaimana perjalanan perkembangan yang bakal dilalui olehnya… Bukan sekadar pakat pandang dan biarkan semata sebegitu sahaja. Tugas ibu bapa kan? Kena juga melihat kecenderungan anak-anak, lihat weightage mereka di mana dan bentuk mereka berdasarkan kepada kecenderungan mereka. Smile. Sedangkan nak hamil dan melahirkan bukan satu proses yang mudah, inikan lagi membentuk anak-anak untuk menjadi manusia kan? There’s no shortcut to it… More or less you’ve gotta do the work and work for it… Sebab tu ada pepatah, kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya kan? Anak genius? Sila periksa tanda-tanda ini!

Sepertimana yang dikongsikan oleh artikel yang dimuatnaikkan di SINI, potensi sama ada seorang anak itu membesar sebagai anak yang bijak sebenarnya boleh dilihat sejak usia 2 tahun lagi. Kebiasaannya kanak-kanak ini akan menunjukkan beberapa tanda yang boleh dijadikan panduan kepada ibu bapa.

Anak genius adalah anak yang mempunyai kemampuan melebihi kanak-kanak lain seusianya. Untuk memastikan lagi tahap kecerdasan anak, anda sebenarnya boleh membawa anak untuk melakukan ujian IQ apabila dia berusia tiga tahun. Anak yang memiliki IQ 130 atau lebih dikategorikan sebagai anak genius. Namun, walaupun tinggi tahap kecerdasan anak, dia tetap perlu mendapat rangsangan dan bimbingan untuk mengoptimumkan kebolehannya. 

Di mana nak lakukan ujian IQ untuk anak-anak berusia 3 tahun? Farah tambah sedikit informasi untuk pengetahuan umum kita bersama. Setahu Farah lah kan? Setahu Farah setakat ini di Malaysia, ujian IQ untuk anak-anak di bawah usia 5 tahun boleh dilakukan melalui Ujian Saringan Atas Talian PCIS (PERMATA Children Intelligence Scale) melalui laman web di SINI. Tapi ada tarikh-tarikh yang tertentu yang akan diumumkan bila ujian IQ ni dibuka. Program ini adalah merupakan kerjasama di antara NCDRC, UPSI | Bahagian PERMATA | Pusat PERMATA Pintar dan ia dibukan untuk kanak-kanak yang berusia di antara 2-4 tahun sahaja.

Sebagai permulaan, ibu bapa boleh mengetahui potensi anak-anak ketika mereka berusia di antara dua sehingga empat tahun. Di antara tanda-tanda umum yang dimiliki oleh kanak-kanak genius adalah seperti berikut:

Cepat Belajar

Contohnya dia boleh menyusun permainan puzzle dengan cepat dan tepat melebihi kemampuan yang dilakukan oleh kanak-kanak lain seusianya.

Daya Ingatan Yang Kuat

Mempunyai daya ingatan yang kuat. Dia boleh mengingati ayat yang baru sekali didengari ketika ibu bapa atau sesiapa sahaja membacakan dia buku.

Kosa Kata Dan Ayat Lengkap

Menguasai kosa kata dan membuat ayat lengkap melebihi kanak-kanak seusianya.

Aktiviti Penyelesaian Masalah Melibatkan Angka

Suka membuat aktiviti menyelesaikan masalah terutama berkaitan angka.

Rasa Ingin Tahu

Mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi dan selalu bertanya soalan yang tidak diduga daripada kanak-kanak seusianya.

Tahap Humor Yang Tinggi

Mempunyai tahap humor yang tinggi ketika memberi tindakbalas pada sesuatu atau telatahnya yang boleh membuatkan orang sekeliling ketawa kerana kelucuannya.

Daya Imaginasi Tinggi

Mempunyai daya imaginasi yang tinggi.

Fokus

Mempunyai jarak waktu fokus yang lebih lama berbanding kanak-kanak seusianya.

Yang tak ada tanda-tanda ni, janganlah nak rasa rendah diri ataupun fikir anak tu memang tak ada potensi. Salah tu! Sebagai ibu bapa kita seharusnya perlu membantu anak-anak untuk terus merangsang otak mereka mencapai tahap optimal dalam penguasaan pembelajaran supaya anak-anak berpotensi menjadi anak yang cemerlang dan ceria tanpa tekanan ok?

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !