Home » , , , , , , , » AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI!

AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI!

Kredit: Sumber dari Google

AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI! ALONG atau AH LONG - you named it... Tapi ini tentang kes pinjaman tidak wujud! Sakit tak hati kau? Bila kau tidak ambil sebarang pinjaman kewangan dari ALONG atau AH LONG, selepas tu tiba-tiba kau dipaksa membayar sejumlah besar wang? Bukan setakat sikit-sikit...tapi beribu-riban! Katanya, kau ada dua pilihan sama ada kau bayar atau kau akan menghadapi kesusahan di kemudian hari. Itu ugutan kan? Baru jer tahu tentang perkara ini... Kalau anda-lah di dalam situasi yang digambarkan ini apakah yang akan anda lakukan? Tak pasal-pasal memaksa diri bayar atau buat tak reti dengan gaya seolah-olah berani mati dengan tidak membuat bayaran langsung? 

Tak pasal-pasal kepala jadi semak dengan masalah yang tidak diundang kan? Hidup yang sudah cukup dengan pelbagai isu dan masalah, bertambah pula dengan isu atau masalah yang tidak dipinta. Farah panggil ini adalah scammer yang menyusahkan hidup orang lain! Modus operandi pula boleh jadi pelbagai. Licik tau diaorang ni.

SCAM ALERT! Sindiket pinjaman AH LONG atau ALONG merupakan sindiket  PINJAMAN TIDAK WUJUD. Ianya bukan sahaja memberi janji kosong tetapi akan memanipulasi mangsa untuk membuat bayaran kepada mereka sebagai bayaran proses pinjaman sebelum menghilangkan diri atau terus-menerus menekan anda untuk membayar.

Modus operandi yang digunakan hampir sama dengan pinjaman AH LONG atau ALONG. Namun cara urusan dijalankan berlainan kerana dalam kes AH LONG atau ALONG, suspek dan mangsa menjalankan urusan secara bersemuka, manakala kes PINJAMAN TIDAK WUJUD, mangsa dan suspek hanya berhubung melalui telefon. Tak kisahlah panggilan telefon, sms mahupun mesej di What's App.

MODUS OPERANDI SATU 

Sindiket mengedarkan brochure dan kad nama dalam menawarkan pinjaman wang di peti pos rumah dan diletakkan di cermin kereta atau pemegang pembuka kereta. Bila mangsa tengok, mangsa yang mengalami masalah kewangan dan berminat untuk membuat pinjaman akan berurusan dengan sindiket menggunakan telefon. Sindiket pula, ambil peluang keemasan ini untuk memperdayakan mangsa dengan mengatakan pinjaman dipohon diluluskan tanpa melihat sebarang dokumen. Wah wah wah...semudah itu sahaja uolsss...Setelah diluluskan mangsa diarahkan untuk mendepositkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu sebagai wang proses. Setelah wang proses dimasukkan, sindiket gagal dihubungi. Lesap!


MODUS OPERANDI DUA


Sindiket menawarkan pinjaman wang melalui laman web yang mangsa Google. Pada hemat si mangsa, apa yang ada di Google, bila si peminjam wang berlesen (katanya) berani up laman web, ini agak meyakinkan ni... Sebabnya, kalau tidak berlesen dan berdaftar di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) takkanlah mereka sewenang-wenangnya berani nak up laman web mereka untuk tujuan pengiklanan kan? Tawaran menarik! Kelulusan cepat! Itu janjinya... Kalau tak boleh keluar berjumpa pun tak mengapa, mereka boleh datang jumpa. Bagi yang sememangnya ada masalah untuk berurusan sewaktu bekerja, memang sukalah kaedah macam ni kan? Kemudian, bila jumpa, serah dokumen segala bagai... janji bulan bintang dan cerita macam-macam. Mangsa pula di dalam situasi harapan semakin kabur dan jalan yang gelap mula percaya dan serahkan semua dokumen yang diminta untuk memproses pinjaman. 

Sadisnya, mereka yang licik ini akan memberitahu mangsa... disebabkan belum pernah meminjam, mangsa perlu melakukan pembayaran sebagai bukti rekod pembayaran cantik dan ikut masa. Gittew... Selepas ada bukti rekod pembayaran mengikut masa, barulah pinjaman yang lebih besar untuk bayaran ansuran bulanan boleh diluluskan. Mangsa pun percaya... Mereka masukkan RM 100.00 ke dalam akaun mangsa dan beri tempoh pembayaran sehingga lima hari di mana mangsa perlu memasukkan kembali ke akaun yang diberikan oleh mereka sebanyak RM 1,000.00. Bila mangsa dah bayar, mereka akan kata ada masalah sedikit. Mereka akan masukkan sebanyak RM 200.00 dan mangsa perlu membayar sebanyak RM 1,100.00 di dalam tempoh selama 5 hari. Dah up sikit dah tu...

Farah ada terbaca, bila mangsa ambil keputusan untuk tidak meminjam dan membatalkan permohonan lain pula jadinya ceritanya. Bila mangsa memberitahu pada mereka niat di hati mangsa, mereka kata ada caj sebab nak membatalkan permohonan. Mangsa perlu masukkan sebanyak RM 1,500.00. Kemudiannya bila mangsa masukkan sebanyak RM 1,500.00 dengan harapan masalah selesai! Jadi lain...mereka akan beritahu mangsa sistem sangkut RM beberapa ratus lagi, kena top up lagi...Mangsa ni pula disebabkan takut sesuatu yang tidak diingini berlaku pergilah bodoh-bodoh masukkan jumlah yang mereka minta. Mereka akan ulang-ulang kata dalam sistem sangkut, dalam sistem sangkut... Bha ha ha... Kemain kau kan? Pindahan wang atas talian dan pindahan wang melalui mesin deposit tunai, mana mungkin jumlah tak muncul di penyata akaun secara atas talian. Tipu! Ni betul-betul tipu! Melainkan kalau duit sangkut pada mesin deposit tunai lah kan?

Ayatnya? Kalau you tak ada bayar I tak tau ooo, kalau lain hari you susah atau ada masalah... Amboiii ugut! Tapi don't underestimate their actions ya?

MODUS OPERANDI KETIGA


Mangsa yang tidak pernah membuat sebarang pinjaman, tidak pernah menandatangi sebarang pinjaman, tiba-tiba didatangi oleh sekumpulan manusia yang claim ada pinjaman di atas nama mangsa. Ini kes kad pengenalan kena gadai dengan siapa-siapa-siapa lah ni kan? Orang dok buat naya! Kad pengenalan tu memang macam-macam orang boleh buat oiii! Ataupun bagi sedikit maklumat tentang diri sendiri secara terbuka di mana-mana media sosial atau mana-mana tempat pun boleh jadi. Salinan kad pengenalan pun orang boleh buat ok? Don't play play ok? Sejuta kali mangsa kata, tak pernah buat pinjaman, sejuta kali juga mereka akan desak mangsa membayar.

Lepas tu diikuti dengan pelbagai jenis cakap-cakap...kalau you tak ada bayar, lain hari you susah atau ada masalah itu you punya pasal! You ada pinjam ka, you tak ada pinjam ka, itu bukan kita punya masalah...Kita ikut sistem saja ma! Dalam sistem ada rekod you pinjam. Sistem-nya mana? Kenapa tak tunjuk penyata ke apa kan? Nama pun entah dari celah bedah mana datang...bukannya bank, bank tu dah tentulah ada penyata pinjaman ya tak? 

Yang peliknya, dia boleh tahu kau kerja mana, no. telefon kau, segala bagai maklumat diri kau, kau tinggal mana tu semualah...Bahaya kan? Gila arrr! Scary! Sangat scary! Macam tak selamat pun ada rasanya kan?

Nasihat Polis


1. Sentiasa berwaspada apabila membuat sebarang urusan pinjaman dengan individu, institusi kewangan atau agensi pemberi pinjam wang (PPW).

2. Jangan mudah terpengaruh dengan iklan yang diedarkan seperti brochure, kad nama dan poster berkenaan pinjaman wang.

3. Membuat pinjaman dengan institusi kewangan dan agensi PPW yang berlesen.

4. Sebarang urusan pinjaman diuruskan sendiri dengan hadir ke syarikat PPW atau institusi kewangan yang terlibat.

5. Elakkan menggunakan orang tengah atau ejen untuk urusan pinjaman. 

Lepas tu kan? Tolonglah laporkan segera ke balai polis yang berhampiran. Dua jenis laporan ya? Covering report dan juga case report. The next time mereka hubungi anda minta bayaran... Beritahu mereka yang anda telah laporkan perkara ini kepada pihak polis. Simpan no telefon bilik gerakan dan balai polis terdekat dengan anda dan simpan no telefon ASP atau Sarjan yang menguruskan kes yang telah anda laporkan.

*MODUS OPERANDI KETIGA tu memang sangat menyakitkan hati kan bila baca? Sebab orang lain gunakan maklumat dan kad pengenalan kita. Haihhh... Semoga bermanfaat untuk semua... 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel AH LONG Halimunan, Pinjaman Tidak Wujud - HATI-HATI! , diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, March 8, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. panjang nak pahamkan ni..tapi kalau cerita pasal along ni..jangan main-main...bahaya kan


    -Kisahsidairy-

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia