Yuhuuu! Cerita mengenai VEET Sensitive Touch kembali lagi! Bahagian kedua mengenai VEET Sensitive Touch di Bubblynotes.Com. Bukan apa, tak syoklah cerita sekerat jalan kan? Cerita tentang Majlis Pelancaran VEET Sensitive Touch , tapi tidak menyentuh tentang produk secara terperinci. Tak lengkap! Bila tak lengkap, Farah yang rasa tak berapa nak seronok dan seolah-olah tidak melengkapkan apa yang sepatutnya dilengkapkan. Lebih molek kan? Kalau kita pukul habis cerita dengan jelas mengenai VEET Sensitive Touch ini. Iklan memang ada, tapi iklan tu sekadar tunjuk produk jer lah kan? Bukan ada penjelasan secara terperinci… Nahhh… baca entri ini sampai habis dan hadamkan perincian serta fungsi VEET Sensitive Touch. Khas untuk anda tau, Farah gigih menaip entri ni… Muahahaha… .
Ada yang dah beli ke? He he he… …Saja tanya…Manalah tahu kan? Kot-kot ada yang sememangnya tak boleh tunggu dan selepas itu terus pergi dapatkan VEET Sensitive Touch? Who knows kan? Yang sememangnya so into beauty dan juga menitikberatkan kebersihan, kekemasan dan penampilan yang bagus, gila tak nak dapatkan electric trimmer terkini di pasaran? Haruslah nak kan? Jika dulunya VEET terkenal dengan Hair Removal Cream, kini VEET semakin melangkah seiringan wanita-wanita moden dengan electric trimmer yang dinamakan sebagai VEET Sensitive Touch. Yang istimewanya? DIJAMIN SELAMAT TANPA LUKA! Tidaklah seperti pisau pencukur yang lain kan?
Sepertimana yang Farah maklumkan sebelum ini, di dalam entri yang lepas tentang majlis yang berlangsung di Talent Lounge, Damansara Perdana, VEET Sensitive Touch direka khusus untuk membersihkan kawasan-kawasan peribadi seseorang individu dan juga untuk kening. Pencukur yang mesra kulit untuk kawasan peribadi anda…Haaa…gittew kan? Khusus untuk kegunaan bagi aktiviti merapikan kening, bahagian bawah lengan iaitu ketiak dan juga garisan bikini. Apa jer yang didatangkan di dalam kit VEET Sensitive Touch.
Ini bukan cuba mempengaruhi anda, akan tetapi… VEET Sensitive Touch adalah satu peralatan atau kelengkapan yang sangat berbaloi-baloi untuk dilaburkan demi kecantikan serta kekemasan diri anda!
Kenapa Farah Katakan Ianya Berbaloi?
Tolong baca alasan Farah supaya anda faham:
Tidak Menyakitkan
Tolonglah percaya yang apabila anda menggunakan VEET Sensitive Touch ini, sikit pun anda tak akan rasa kesakitan. Tak sakit! Ianya tidak seperti wax ataupun thread. Tak rasa apa pun yang benarnya…
Sesuai Untuk Travelling
Kalau anda kaki travel…Sekejap melompat ke sana, sekejap melompat ke sini… Ha ha ha… sesuai sangat berjodoh dengan VEET Sensitive Touch. Mudah dibawa ke mana-mana sahaja disebabkan oleh saiznya yang kecil. Tak makan banyak space pun dalam beg anda. Hanya sebahagian kecil jer.
Mudah Digunakan
Lupakan sahaja cara tradisional untuk perapian kawasan peribadi dan juga kening anda. VEET Sensitive Touch adalah senang digunakan serta menyenangkan hidup! Kemas pun kemas, bersih pun bersih dan tak ada setitik darah pun yang menitis dengan VEET Sensitive Touch.
VEET Sensitive Touch Beauty Styler
VEET Sensative Touch Untuk Perapian Kening Yang Terbaik!
Bagi mereka-mereka yang dibenarkan untuk mencukur kening… Anda boleh merapikan kening dengan sangat mudah dan pantas. Tak perlu risau kalau-kalau tercukur semua ya?
Langkah 1: Perapian – untuk mendapatkan panjang kening yang diingini sila rapikan kening anda! Gunakan mata pencukur yang kecil dan tambahkan sikat. Letakkan VEET Sensitive Touch di kening anda dan gerakkan ia ke arah bertentangan dengan susunan bulu kening.
Langkah 2: Bentukkan untuk kontur bulu kening yang terbaik, bukakan sikat dan gunakan mata pencukur high-precision. Sentuhkan kepada kulit yang berkenaan secara perlahan dan gerakkan.
VEET Sensitive Touch Untuk Perapian Kawasan Peribadi Anda!
Kawasan peribadi mana? Sendiri-sendiri faham ya? Untuk yang ini, gunakan mata pencukur yang lebih besar.
Bebas Luka
Tak payah nak takut aihhh…Memang takkan luka…Dah berkali-kali Farah ulang dalam entri ni… Maka dah tentu-tentu ia adalah berbentuk satu jaminan kepada anda… Ahaksss…
VEET Sensitive Touch Untuk Rerambut Halus Di Sekitar Bibir
Ada masalah dengan kawasan sekitar bibir anda? Gunakan VEET Sensitive Touch!
VEET Sensitive Touch Untuk Sideburns Yang Lebih Kemas!
Bolehlah kemas-kemaskan sideburns anda ya?
Harga Pasaran VEET Sensitive Touch
Guardian: RM 98.98
Watson: RM 99.00
Lazada Malaysia: RM 119.00
Untuk Maklumat Lanjut Mengenai VEET Sensitive Touch:
Huhu..bgus2.. Bila cerita ni, cerita sampai habis..penerangan detail ttg veet ni..
ReplyDelete