Home » , , , , , , » TODDLER, PRESCHOOLER Menggigit? Itu Adalah Ekspresi Emosi Negatif

TODDLER, PRESCHOOLER Menggigit? Itu Adalah Ekspresi Emosi Negatif

TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF

Haaa…gigit, gigit selagi boleh gigit Iman Firash… Open-mouthed smile… Sejak akhir-akhir ni, gemar sangat menggigit bila rasa tidak berpuas hati! Kalau nasib baik, tudunglah jadi mangsa gigitan… Kalau kurang bernasib baik, anggota tubuh badan yang mana-mana dia sempat capai untuk gigitlah jadi mangsa. Berbekas? Ha ha ha… Open-mouthed smile Tak usah cakaplah kan? Memanglah kalau dah penuh gigi atas bawah tu, bila gigit tak berbekas tu tak sah! Toddler, preschooler menggigit? Siapa yang mengalami pengalaman atau masalah yang hampir serupa? Nak tau tak? Yang sebenarnya itu adalah ekspresi emosi negatif.

Setahu Mommy-lah Firash kan? Biasanya yang gigit menggigit ni, adalah bayi-bayi yang sedang nak tumbuh gigi disebabkan oleh gusi yang gatal. Tapi di dalam hal toddler, preschooler… bukan sebab gusi rasa gatal tu oiii! Itu adalah disebabkan oleh kepelbagaian emosi negatif yang perlu diluahkan oleh mereka. Yang jadi mangsa? Nenek, teacher dan juga Mommy. Selalu terjadi kepada Mommy bila dia tidak berpuas hati atau marah, jika Mommy tegah dia dari melakukan sesuatu. Hu hu hu…

TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 2

Contohnya mudah sahaja… (berdasarkan pengalaman baru 2 hari…Open-mouthed smile… Hari Selasa malam Rabu, Farah ke Sri Gombak untuk tournament futsal yang melibatkan kakitangan yang bekerja di syarikat Farah bekerja dengan rakan niaga mereka. Itulah pertama kali Iman Firash jejak dan masuk ke dalam gelanggang futsal. Pertama kali juga ke gelanggang futsal yang terletak di Sri Gombak tersebut. Sesampai sahaja di gelanggang yang telah ditempah khas untuk acara pada malam tersebut… Mata anak bujang Farah dah mula bersinar-sinar… Hot smile… Dan semestinya perasaan teruja, gembira dan seronok itu telah terbit… Tak sabar-sabar minta dilepaskan…

Farah lepaskan seketika dan biarkan dia sesuka suki hati mengelecek bola futsal. Memang gembira sangat nampak gayanya. Sambil-sambil tu Farah buatlah kerja-kerja yang patut Farah lakukan dan dalam masa yang sama kerling-kerling kelibat serta aktiviti dia. Bukan apa, open space macam tu kan? Walaupun berjaring…orang ramai masa tu… Memang kena perhati dan tak boleh leka. Pesan pada diri sendiri jangan sesekali terlepas pandang! Beri dia masa seketika jer…seketika, selepas tu dah mula kena keluarkan dia dari gelanggang futsal. Sebab tournament dah nak bermula.

Seperti yang dijangka… meronta-ronta dia tidak mahu keluar dari gelanggang futsal tersebut. Hu hu hu… Crying face… Firash oh Firash… please lahhh… Uncle-uncle dan atuk-atuk nak main futsal Firash oiiii… Budak kecik kena keluar tak boleh berlegar-legar dalam gelanggang….Bahaya! Disebabkan rasa tidak puas hati dan kecewa serta marah… makanya… hujung shawl Mommy jadi mangsa sampai basah! Ha ha ha… Open-mouthed smile ini memang tak boleh nak ber-Ariani sangat ni wehhh! Tak boleh ber-Fareeda sangat! Tak boleh ber-Naelofar sangat! Sia-sia jer shawl boleh rosak… Muahahaha… Open-mouthed smile

TODDLER, PRESCHOOLER MENGGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 3

TODDLER, PRESCHOOLER - MENGIGIT ITU ADALAH EKSPRESI EMOSI NEGATIF 3

>> Bayi Suka Menggigit??? Cara Mengatasi & Mengendalikan…<<  Kenapa Agaknya Anak Suka Menggigit? Jika melihat kanak-kanak kecil menggigit, ia adalah perkara biasa. Tidak kira sama ada dia menggigit kawan sebaya ataupun sesuatu objek, menggigit seolah-olah satu tabiat wajib bagi kanak-kanak berusia setahun sehingga tiga tahun. Kadang kala, jika anak kita yang menjadi mangsa gigitan kanak-kanak lain, rasa hendak marah sahaja tetapi apalah yang difahami oleh si anak kecil itu. Namun, mengapa ibu bapanya membiarkan anak menggigit sesuka hati.

Bagi anak kecil, menggigit adalah salah satu ekspresi emosi untuk melepaskan kemarahan, kegeraman atau rasa kecewa. Apatah lagi jika anak kecil memerlukan perhatian, penat, cemburu kepada adik dan sebagainya. Kanak-kanak yang belum boleh bertutur mencara cara tersendiri untuk mengekspresikan emosinya termasuk mengigit. Dalam kes ni, Iman Firash, Farah akui masih belum boleh bertutur dengan lancar sepenuhnya dan masih lagi building up his words structures. Jadi, menggigit adalah cara dia untuk menyalurkan emosi negatif. Menggigit lebih kerap terjadi dalam kalangan kanak-kanak lelaki. Semakin kemahiran bahasanya berkembang, kecenderungan menggigit akan turut berkurangan.

Apa Nak Buat? Bila Dah Ada Penyakit Suka Menggigit Sebegini?

Gigih tak gigih Mommy Firash buat research? Demi semata-mata nak hentikan tabiat menggigit sejak kebelakangan ni… godek punya godek punya godek, terjumpa satu artikel yang dijadikan sebagai rujukan dari SINI
 

Suasana Ceria:

Wujudkan persekitaran yang ceria supaya tiada sebab yang boleh mencetuskan kemarahan si kecil. Amboiii sangat nih! Kecik-kecik dah pandai nak marah ek? Open-mouthed smile

Rehat Yang Cukup:

Pastikan dia cukup tidur dan kenyang sebelum bermain di luar.

Beri Tumpuan:

Sewaktu bermain, ibu bapa perlu memberi tumpuan kepada si kecil supaya tidak berasa dirinya dipinggirkan. Terutamanya jika dia telah memiliki adik baru.

Ajar Luahkan Perasaan:

Beri dorongan untuk membantu anak kecil meluahkan perasaannya. Ajar cara bagaimana untuk menyampaikan keinginan atau rasa tidak puas hati melalui ucapan.

Beritahu Perbuatan Itu Salah:

Ajarkan mereka bahawa tindakan meluahkan perasaan marah dengan cara menggigit adalah salah dan akan menyakiti orang lain.

Buatkan Aktiviti Alih Kemarahan:

Alihkan kemarahannya dengan melakukan aktiviti lain seperti bermain dengan haiwan peliharaan, menari, mewarna atau bermain di padang permainan.

Bantu Mangsa Gigitan:

Jika si kecil menggigit segera beri perhatian kepada mangsa yang digigit. Tenangkan mangsa terlebih dahulu apatah lagi jika dia anak orang lain.

Bertegas Dengan Anak:

Tegur dengan tenang tetapi tegas dengan mengatakan kepada anak, “Jangan gigit” atau “Sakit bila gigit”.

Jangan Berleter:

Gunalah ayat ringkas supaya si kecil mudah memahami apa yang kita sebagai ibu bapa ingin sampaikan kepadanya.

Pandangan peribadi Farah… ya betul tiada salahnya apa yang disampaikan oleh artikel yang berkenaan…Cuma secara realitinya…Apa yang disenaraikan tidak applicable untuk semua keadaan. Betul tak? Macam dalam kes Iman Firash di padang futsal tempoh hari… Memanglah tak Farah ikut kehendak dia walaupun dia tidak puas hati… Muahahaha… Open-mouthed smile tiba-tiba jadi autokratik pula Farah… Tapi haruslah… kena ajar dia no means no juga… Gigit sampai basah, asalkan senyap di tepi padang futsal… Berlangsung kira-kira lebih kurang 10 minit macam tu… Selepas itu… Alihkan perhatian kepada air sejuk…. Senyaplah dia… Open-mouthed smile… Tapi itu tak bermakna dah dapat solusi kepada tabiat menggigit… Masih mencari cara yang paling efektif supaya tabiat menggigit itu dapat dihilangkan… Tak berleter tapi cuba fahamkan dia, itu bukan perkara yang sepatutnya dia buat….

*Kesian teacher tau Firash… Asal tak puas hati jer… nak gigit teacher… gigit tudung teacher… habis basah tudung teacher… Janganlah Firash nanti rosak tudung teacher tu… Mommy kena hadiahkan teacher tudung baru kot? Sebab anak manja Mommy ni suka mengiggit? Smile with tongue out

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel TODDLER, PRESCHOOLER Menggigit? Itu Adalah Ekspresi Emosi Negatif, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 23, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. Dh umur brapa umur anak farah ni.. Bleh jadikan panduan utk jie..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia