TIPS! Tangani ANAK SUKA MENJERIT…

Farah Waheda Wahid
3
TIPS  TANGANI ANAK SUKA MENJERIT

Muahahaha… Open-mouthed smile… Anak siapalah ni kan? Gemar sangat menjerit! Sekali dia menjerit, boleh bergegar gegendang telinga ni oiii! Desibel dan frekuensi yang amat tinggi! Gamaknya masa Mommy dia mengandung dulu Mommy dia gemar menjerit ke apa ni? Smile with tongue out Biarlah rahsia… Ha ha ha… Takkan nak cerita pula kan? kan? kan? Sendiri-sendiri tahu sudah… Tapi tulah, memang gemar sangat menjerit anak bujang ni ha… Tapi, bukanlah bermakna menjerit dia tu sentiasa melambangkan tantrum atau amukan… Menjerit Iman Firash boleh diklasifikasikan pelbagai genre… Kalau dia seronok, kalau dia gembira, kalau dia teruja pun dia boleh menjerit juga… Hu hu hu… Cumanya… Kalau menjerit senantiasa tu, memang boleh jadi bingit telinga oiii…. Habis tu? Nak elak telinga jadi bingit dengan jeritan dia? Nak buat apa? Nak kasi senyap? Hu hu hu… Siapa nak tau? Kalau nak tau kena habiskan pembacaan entri Tips! Tangani ANAK SUKA MENJERIT… ini…

Kita belajarlah sama-sama demi nak kurang-kurangkan anak-anak kecil kita yang suka menjerit tu… Farah pun belajar ni haaa…Belajar dari artikel yang Farah sempat baca di SINI.Cumanya sebelum berkongsi tips untuk tangani anak yang suka menjerit tu… Kita sebagai ibu bapa kenalah fahamkan diri kita ni haaa… Kenapalah si comel si comel kita tu suka sangat menjerit…Sikit-sikit menjerit…Sikit-sikit menjerit… (Seronoknya jadi budak kecik! Boleh buat apa sahaja sesuka hati… Orang nak marah pun boleh jadi tak jadi! Sebab comel sangat! Ataupun kalau marah pun, sekejap jer, tak ada lama-lama kan? Ekekekeke….Smile with tongue out)

Mengapa Anak Anda Menjerit?

Tolong hadamkan betul-betul ya? Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan anak-anak kecil suka menjerit. Mungkin ini disebabkan oleh anak anda seseorang yang sangat bertenaga dan baru sahaja sedar akan kuasa suaranya. Bunyi suaranya yang bergema membawa keterujaan bagi dirinya.

Lagi satu? Haaa…ini jaga-jaga ya? Boleh digunakan sebagai senjata nak mendominasikan ibu bapa… Smile with tongue out… Anak-anak kecil ni, semakin besar semakin panjang akal… Ada jer cara mereka kalau mereka nak tarik perhatian ibu bapa kan? Anak kecil juga sedar yang jeritan mereka mampu menarik perhatian ibu bapa. Bagi sesetengah kanak-kanak, ia adalah satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian. Makanya, konklusinya, mereka akan menggunakan senjata menjerit itu jika mereka ingin mendapatkan perhatian ibu bapa atau mendapatkan apa yang diinginkan.

Light bulb Tips! Tangani Anak Suka Menjerit?

  • Elak daripada menjerit kembali : Dengan menjerit kembali kepada anak anda tidak akan meredakan keadaan. Ia hanya akan menambahkan masalah kerana dengan menjerit kembali, ia akan memberikan idea kepadanya bahawa pertandingan menjerit sedang berlangsung dan jeritan paling kuat adalah pemenang.
  • Perlahankan suara anda : Apabila anda bercakap dengan nada suara yang perlahan, butiran perkataan anda akan tenggelam dalam jeritan si kecil. Perkara ini akan membuat si kecil memperlahankan nada suaranya juga. Bisikkan kepadanya bahawa jeritannya membuatkan anda sakit kepala dan anda boleh mendengar suaranya walaupun dia bercakap tanpa menjerit.
  • Cari tempat mesra keluarga: Anak menjerit di kawasan sempit ataupun di majlis boleh menyebabkan anda malu. Bawalah si manja ke tempat yang bising dan mesra keluarga untuk mengelakkan daripada mengganggu orang lain.
  • Buat perancangan mengikut keselesaannya: Ikut keperluan pemakanan dan tidur si manja jika anda merancang untuk ke pusat membeli-belah. Kanak-kanak yang kelaparan atau keletihan tidak akan bertahan selama dua jam di pusat membeli-belah.
  • Alihkan perhatian: Jadilah ibu bapa yang kreatif. Alihkan perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang menarik dan berfaedah. Antaranya, ajak dan biarkan anak anda untuk memilih barang ketika membeli belah dan jadikan ia satu permainan mini.
  • Beri perhatian: Kadangkala, si manja hanya mahu anda fahami perasaan mereka. Selami apa yang dirasanya pada ketika itu. Terangkan yang anda boleh penuhi kemahuannya setelah anda selesai dengan tugas anda. Berikan pujian dan ganjaran di atas kelakuan baiknya.

Bersabarlah ya? Think positively that it is just a way of expressing themselves. Ha ha ha… Open-mouthed smile… Masa kecil ni jeritan mereka membingitkan telinga, tapi nanti bila dah besar… itulah juga yang kita akan rindukan… Cherish the moments dan lalui setiap detik perkembangan ini di tahap maksimum supaya kita tak rugi dan ketinggalan menikmati saat anak-anak membesar…

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahah. Baby saya pun dah mula menjerit terutama bila saya tak bagi apa yang dia nak. Biasa saya ikutkan jer pa yang dia nak.

    -Diari Mummy Muhaimin-

    ReplyDelete
  2. kadang2 faktor ibu bapa juga main peranan. orang kata, kemana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi kan? Kalau ibu bapa suka cakap tinggi suara dengan anak, dengan pasangan, dengan kawan2.... anak terikut-ikut.

    http://junioraulad.com

    ReplyDelete
  3. hehe...kdg mak nya pun xleh sabar.jeritnya balik anak tu kdg2..tapi nice share

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !