Sila Ambil Perhatian Tentang JERITAN Sewaktu Melahirkan Bayi

SILA AMBIL PERHATIAN TENTANG JERITAN SEWAKTU MELAHIRKAN BAYI
Kredit: Gambar dari Google

Cakap memang senang oiii! Tetapi hanya jauhari mengenal manikam dan hanya orang yang mengalami yang mengetahui rasanya bagaimana kan? Cumanya jangan tanya Farah lah sakitnya bagaimana sewaktu hendak melahirkan, sebabnya Farah memang tidak merasai pengalaman sakit nak melahirkan Iman Firash. Farah sakit sesudah melahirkan. Sebelum melahirkan tak rasa sakit apa pun… Kelahiran tanpa kontraksi dan kelahiran melalui tarikh yang dipilih oleh gynae Farah serta dipersetujui bersama kan? Ermmm… ni nak kira macam mana ni ya? Nak cerita lebih-lebih pun tak mampu, pengalaman memang tak ada sakitnya tu macam mana. Farah ni kalau bayang-bayangkan kelahiran secara normal memang bayang yang ngeri ajer. Sungguh…Bukan nak over-exaggerate tapi memang Farah terbayang-bayang dan lepas tu jadi ngilu sendiri… Allah Maha Besar… Tahu yang Farah tak ada kekuatan nak melahirkan secara normal, sudahnya melalui pembedahan jawapannya… Bila orang tanya prefer bersalin secara normal atau pembedahan… Tanpa fikir dua kali, Farah memang akan jawab Farah pilih cara pembedahan… Hu hu hu… Secara tiba-tiba teringat tentang cerita nenek Firash yang sewaktu dia nak melahirkan Farah dulu, di bilik bersalin, boleh jelas dengar bilik bersalin sebelah wanita menjerit kesakitan kerana hendak melahirkan… Digalakkan? Tak digalakkan? Sila ambil perhatian tentang jeritan sewaktu melahirkan bayi ya? Ni nak cerita ni…

Melalui sumber di SINI, sebagai manusia biasa, walaupun kita cuba mengawal kesakitan yang dialami mengikut adab yang sebaiknya tetapi sesekali pasti akan terkeluar juga suara mengerang menahan kesakitan. Ya lah dah namanya pun sakit kan? Sedangkan orang lelaki yang memakai simulator melahirkan bayi pun tak tertahan-tahan sakit, inikan yang betul-betul nak melahirkan ya tak? Bolehkah mengeluarkan suara seperti menjerit, meracau dan  berteriak untuk melepaskan emosi semasa bersalin? Mengeluarkan suara semasa proses melahirkan anak dibolehkan, tetapi bukan bunyi suara yang tidak terkawal seperti menjerit, meracau atau memaki-maki. Ini kerana suara-suara tersebut hanya akan menganggu emosi ibu-ibu lain yang sedang melahirkan anak atau masih dalam proses kontraksi selain merugikan diri anda sendiri. Kenapa?

Ini kerana suara jeritan atau pekikan kerana kesakitan yang dihasilkan dari pernafasan dan penghasilan suara tinggi melengking, lama-kelamaan akan membuatkan anda BERASA KEJANG DAN LEMAH. Begitu juga suara mengaduh atau menjerit yang hanya akan membuatkan pengurangan tenaga dan menjadikan tekak anda sakit.

SILA AMBIL PERHATIAN!


Mengeluarkan Suara Boleh Asalkan Ianya Terkawal
Jika hendak bersuara perlulah dalam bentuk vokal yang tenang, penuh, berasal dari pernafasan perut, dengan tarikan nafas panjang. Selain tidak memenatkan,nafas panjang ketika bersuara akan mengalirkan oksigen tambahan ke perut dan pinggul seterusnya melancarkan pembukaan.

Hindarkan Daripada Mengatup Gigi, Menggigit Bibir atau Menutup Mata
Boleh mengakibatkan kecederaan pada kawasan tersebut. Contohnya, dengan memejamkan mata ketika meneran boleh memberikan tekanan kepada mata yang akan menyebabkan pecahnya pembuluh darah di mata ibu. Nampak macam remeh tetapi ada kesan buruk yang boleh membahayakan ibu.

Nak tau tak? Di Zimbabwe, ibu yang sedang melahirkan kalau menjerit akan didenda. Sungguh… Farah dapat tau ni pun ketika terbaca satu artikel di SINI. Untung sangat-sangatlah kita yang tak tinggal di Zimbabwe kan? Kalau tak entah berapa ramai lah yang kena denda sebab menjerit sewaktu melahirkan kan? Menurut artikel tu… Di salah satu negara termiskin di Afrika itu, ibu yang melahirkan anak di hospital akan didenda USD 5 setiap kali menjerit.

Di negara ini, korupsi yang terjadi sudah menjadi begitu sistemik. Sebuah laporan yang ditulis Transparency International menyatakan bahawa 62 peratus penduduk Zimbabwe mengaku sudah membayar rasuah dalam waktu 1 tahun terakhir. Di Zimbabwe, pendapatan tahunan rata-rata setiap orang adalah sekitar US $ 150 . Jika hospital mengenakan bayaran bersalinan sebanyak USD 50, ertinya ibu yang menjerit beberapa kali selama ketika hendak bersalin akan berhutang separuh daripada pendapatan tahunannya setelah melahirkan bayinya.

Ironinya, sebanyak 95 peratus penduduk negara ini adalah penganggur dan kemiskinan berleluasa. Menurut Transparency International, ibu yang melahirkan anak tidak mampu membayar terkadang ditahan di hospital dan dikenakan bayaran sehingga boleh ditebus oleh keluarganya. Akibatnya, banyak ibu-ibu di Zimbabwe memilih melahirkan anak di rumah kerana tidak mampu membayar kos. Seperti yang dilaporkan di Washington Post, Jumaat (12/7/2013), laporan PBB menjelaskan bahawa rata-rata, ada 8 ibu meninggal ketika melahirkan anak setiap hari di Zimbabwe.

I am in no position to advice tentang jerit menjerit ni, bab kawal mengawal diri dari menjerit ni… susah nak cakap kan? Ada sesetengah orang memang takkan mampu kawal kalau dah terasa sakit sangat… Dan kalau dah sakit tu, memang boleh jadi tak ingat apa pun… Tapi tak apalah… Cuba untuk tidak menjerit dengan sebaik mungkin pun tak apa… Dah sakit kan? Cumanya adalah lebih baik kalau tak menjerit demi mengelakkan bahaya pada diri ibu yang hendak melahirkan kan? Hu hu hu…

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sila Ambil Perhatian Tentang JERITAN Sewaktu Melahirkan Bayi, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 9, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

6 comments:

  1. Jerit??? Mmg tak jerit tapi masa anak pertama memang rasa nak menangis dah.. tapi kena marah dgn doktor... Haha... Tapi mmg doktor dan nurse akan ajr cara melahirkan yang smooth... Nak cerita sakit bersalin... Mmg tak boleh nak cerita... Tak tergambar camne... Sakit tapi nikmat sebenarnya... Hehe

    ReplyDelete
  2. Uisss jerit pown kene denda yek.. Gut info.. Thankz farah.. :)

    ReplyDelete
  3. Kalau menjerit banyak pakai tenaga. Sebaiknya kawal pernafasan dan berzikir banyak-banyak bagi orang Islam agar dipermudahkan. Sembelit pun sakit apatah lagi nak bersalin keluarkan bayi yang berat 2 killo ke atas.

    ReplyDelete
  4. mujurlah kaum lelaki x boleh bersalin..kalau dok naya la kami. huhuhu...

    ReplyDelete
  5. Ya, sakit hanya Allah yang mengetahui. Tapi betul juga tu, dari sudut Islam pun, tidak elok jerit(meraung), kena bnyk istighfar. nurse pun selalu ingatkan kita, bnyk istighfar.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia