Persediaan MENIMANG CAHAYA MATA Kedua!

Farah Waheda Wahid
3
PERSEDIAAN MENIMANG CAHAYA MATA KEDUA!

Siapa bila terlihat posting terbaru Farah ni, laju jer klik sebab nak baca entri ni? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tajuk tu kan? Tajuk tu… Persediaan MENIMANG CAHAYA MATA Kedua! Somewhat somehow macam nak buat announcement jer… Smile with tongue out. Sebab bunyinya macam tiba-tiba jer fokus kepada CAHAYA MATA KEDUA. Hakikatnya…

Belum lagilah! Tak ada perancangan pun ke arah itu buat masa dan ketika ini walaupun umur telah menginjak naik dari tahun ke tahun. Mungkin rezeki Farah cuma seorang cahaya mata saja. Bersesuaian dan berkadaranlah dengan kemampuan Farah yang Farah tahu keupayaan diri Farah sendiri dari pelbagai sudut bagaimana, kenapa dan macam mana. Tak perlu tanya aihhh berulang-ulang soalan-soalan tu…Jemu nak bercerita apatah lagi jemu nak membaca ya tak? Cumanya Farah nak berkongsi dengan anda yang bakal melahirkan anak kedua pada tahun ini atau merancang untuk menimang cahaya mata kedua setelah beberapa ketika menimang cahaya mata pertama. Jadi entri ini khusus untuk anda bukannya Farah ya? Winking smile

Ada orang bila nak menimang cahaya mata kedua, ok jer…bukanlah satu masalah yang besar dan seperti tidak ada apa-apa. Ada orang ada sedikit rasa gugup memikirkan tentang pengendalian dua orang anak kecil dan pengendalian rumahtangga. Mungkin juga ada yang risau mengenai bajet. Kebanyakan ibu-ibu adalah lebih memikirkan tentang bagaimana untuk membesarkan dua orang anak kecil dengan baik dan membantu mereka di dalam perkembangan fizikal, mental dan juga emosi.

Ini pada pandang pendapat Farah lah kan? Pandang pendapat orang lain Farah tak pasti, mungkin berbeza… Bagi Farah adalah lebih baik untuk fokus kepada anak pertama dan berikan mereka masa untuk menjadi satu-satunya anak buat seketika. Sekurang-kurangnya 3 tahun? 5 tahun adalah usia yang ideal! Walaubagaimanapun, sebagai ibu bapa, terkadang kita tak merancang kerana rezeki Allah yang bagi, terkadang tu kita sendiri yang rasa kita tak boleh nak tunggu sebab the clock is ticking.. kita mempunyai kemahuan untuk mempunyai anak yang jarak umurnya dekat-dekat. Apa sahajapun alasan yang kita ada, adalah lebih baik sekiranya kita melakukan persediaan dan bersedia untuk menimang cahaya mata yang kedua, ketiga dan seterusnya sebelum mereka lahir.

Kestabilan Kewangan

Cahaya mata kedua, ketiga, keempat dan seterusnya bermaksud pertambahan di dalam perbelanjaan susu formula (sekiranya tidak menyusu melalui penyusuan ibu), lampin pakai buang, perabot bayi, pakaian dan juga lawatan ke doktor. Walaupun ada sesetengah barangan bayi yang boleh jadi turun-temurun daripada cahaya mata pertama seperti buaian, kereta sorong dan pakaian, anak kedua masih memerlukan perbelanjaan. Makanya, adalah lebih baik menabung sementara kelahiran mereka. Ibu bapa juga perlu meletakkan duit yang lebih di dalam tabung kecemasan untuk apa sahaja kemungkinan.

Persediaan Kawasan

Di manakah bayi kedua anda akan tidur? Adalah tidak digalakkan meletakkan anak kedua yang baru lahir di dalam bilik yang sama dengan anak pertama terutamanya ketika anak pertama masih lagi di fasa toddler kerana kanak-kanak secara semulajadi mempunyai perasaan ingin tahu dan potensi untuk mereka menyakitkan anak kedua yang baru lahir atau menyakitkan diri sendiri itu ada. Anak pertama juga mungkin akan merasa tidak selesa dengan tangisan yang berterusan dari anak kedua yang baru lahir dan apabila keadaan ini berlaku, ibu bapa mungkin perlu memujuk kedua-duanya sekali.

Berkomunikasi Dengan Anak Pertama Tentang Ketibaan Adik Mereka

Tugas yang paling penting yang perlu ibu bapa lakukan sebelum kelahiran cahaya mata kedua. Ibu bapa mesti menjelaskan kepada anak pertama tentang peranan mereka yang melibatkan adik mereka. Mereka mungkin akan merasa cemburu dengan kehadiran adik baru kerena mereka tidak memahami mengapakah ibu bapa menumpukan perhatian yang lebih kepada adik yang baru sahaja lahir. Libatkan anak di dalam persediaan untuk menyambut adik mereka dan jelaskan kepada mereka tentang kepentingan menjadi seorang abang. Dengan cara ini, mereka tidak akan terasa dipinggirkan.

Mohon Bantuan

Menyambut anak kedua sememangnya sesuatu perkara yang sangat menggembirakan disebabkan hadirnya ahli keluarga baru. You will feel postpartum blues dan ini akan memberikan impak yang besar kepada mood dan juga kesihatan mental / emosi. Sebelum anda terasa seolah-olah dunia ni semua diletakkan di atas bahu anda, berbincang dengan keluarga dan rakan-rakan untuk memohon bantuan mereka sekali-sekala setelah anak kedua anda lahir.

Survey Pusat Asuhan, Pengasuh dan Khidmat Membersih Rumah

Sediakan payung sebelum hujannn… sebelum anak kedua lahir, sila survey terlebih dahulu. Telefon sana, telefon sini, tanya sana, tanya sini, senaraikan semua nombor pihak-pihak yang anda perlukan dan letakkan di satu sudut yang mudah dilihat oleh anda. Tetapkan jadual harian untuk anak pertama anda. Dengan cara ini, dia akan mempunyai aktiviti yang boleh dilakukan untuk memenuhi masa mereka sekiranya mereka tidak ke tadika atau sekolah.

Tu jerlah kot yang Farah terfikir buat masa sekarang ni… Ada apa-apa lagi nak tambah? Kenapa semua ni perlu difikirkan dan disediakan? Sebabnya, pada pandangan mata Farah… ini adalah sebagai salah satu cara kita menyambut kehadiran cahaya mata kedua tanpa membeza-bezakan dengan kehadiran cahaya mata pertama. Sebagaimana kita teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama dengan pelbagai persiapan itu ini, begitu jugalah kita patut treat ketibaan cahaya mata kedua. Salah satu langkah berlaku adil kaedahnya….katanya… Kalau boleh, apa si abang atau kakak dapat, itu jugalah apa si adik dapat. Tak adalah terasa terkilan dalam hati kan? Hu hu hu…

*Ini sekadar pendapat serta pandangan peribadi yang mungkin berbeza dengan anda… Setiap dari kita punya pandangan yang tersendiri kan? Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Ingat td dah ready untuk 2nd. apa2 pon tahniah .:D

    ReplyDelete
  2. hai Farah, Nurha datang singgah...best entri ni..

    ReplyDelete
  3. Hai farah! Great info. Immama of two year old boy also. Looking fwd for second journey.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !