Manfaat Dunia Kulinari Untuk Anak Kecil

Farah Waheda Wahid
3
MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL

Ini adalah aktiviti Iman Firash pada hari Jumaat lepas yang Mommy dah berjaya pujuk teacher untuk hantarkan Mommy sebarang sekeping dua gambar! Muahahaha… Open-mouthed smile… Biasalah… Mommy memang nak kumpul semua moments Iman Firash sedari lahir sehingga bila-bila… Suka! Tak salah kan? Winking smile. Anak bujang kita dah pandai buat sandwich wak… Lepas ni bolehlah kan? Request Iman Firash buatkan sandwich untuk Ba Bah dan Mommy kan? Dan selepas ni, instead of “membantu” di dapur, dah bolehlah harap nak “membantu” kerja-kerja mudah di dapur kan? Ringan sikit Mommy bila ada little helper kan? Winking smile. Terima kasih teacher kerana melakukan aktiviti sebegini di dalam pembelajaran Iman Firash di tadika. Bagus tau aktiviti sebegini… manfaat dunia kulinari untuk anak kecil ni ada pelbagai jika nak tahu sebenarnya.

Sebelum cerita tentang apakah manfaat dunia kulinari untuk anak kecil… mula-mula sekali naklah juga selit cerita Iman Firash buat sandwich di tadika Jumaat lepas. Gigih jugalah (elehhh… Smile with tongue out macamlah susah sangat kan? senang jer pun sebenarnya…) menyediakan bahan-bahan untuk menghasilkan sandwich untuk dibawa ke tadika sewaktu cuti perayaan Thaipusam Khamis lepas. Dari membeli bahan-bahan yang perlu dibawa, sehinggalah ke aktiviti merebus telur, menyagat timun… #ehhh macam Mommy dia pula yang nak buat sandwich kannn?

FIRASH DAH PANDAI BUAT SANDWICH! 2

Anak yang sekolah tetapi mak yang teruja lebih-lebih noksss… Muahahaha… Open-mouthed smile. Walaupun ianya adalah sekadar “buat sandwich”… tapi kenangan anak anda melakukan aktiviti-aktiviti sebegini mungkin menjadi pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan oleh anak-anak. Bukan sekadar kenangan manis yang dapat dicipta, didikan di dapaur juga dapat mencambah pengetahuan anak-anak tentang nutrisi-nutrisi penting yang harus diambil. Haaa…ini yang nak masuk kepada intipati entri yang sebenarnya ni…

Manfaat Dunia Kulinari Untuk Anak Kecil


Menambah Keyakinan Diri

Sebenarnya, aktiviti kulinari adalah salah satu cara untuk kita sebagai ibu bapa untuk memberikan dorongan kepada anak-anak ketika melakukan sesuatu tugasan dalam memasak. Berikan mereka peluang untuk menyediakan juadah makan pagi / tengah hari / petang / malam untuk dimakan bersama-sama. Tunjukkan kepada mereka bahawa jika melakukan sesuatu perkara bersama-sama, hasilnya akan lebih “wow”. Jangan lupa, berikan pujian juga ketika proses memasak berlangsung.

Penggunaan Imaginasi

Aktiviti kulinari memberikan anak-anak kebebasan menggunakan kemahiran imaginasi mereka. Contohnya, sandwich yang Iman Firash lakukan Jumaat lepas di tadika tu… He he he… Open-mouthed smile. Walaupun kurang kemas dan kurang cantik susunannya di mata kita, biarkan…kerana mereka akan merasa bangga melakukannya sendiri.

MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL 2

MANFAAT DUNIA KULINARI UNTUK ANAK KECIL 3

Menambahbaik Penggunaan 5 Deria

Kanak-kanak menggunakan 5 deria mereka di dalam proses eksplorasi. Dengan memasak dapat memberikan mereka peluang untuk mereka menggunakan deria melihat, mendengar, bau dan rasa. Ianya juga dapat menambah kebaikan kemahiran seni halus motor mereka.

Membantu Kemahiran Matematik Dan Sains

Apabila melakukan aktiviti kulinari, kita akan ada bahan-bahan yang diperlukan bersama sukatan. Dengan adanya sukatan seperti 2 potong telur, 1 sudu kecil mayonis, 2 hiris timun dan sekeping roti, ianya berguna di dalam membimbing mereka di dalam mengira. Mengikut turutan penyediaan sesuatu jenis makanan juga, kita dapat melatih mereka untuk berdisiplin.

Aktiviti kulinari secara rumusannya dapat membantu di dalam membina perkembangan minda yang sihat, melatih tumpuan, tenaga, keyakinan diri dan mencambah kreativiti anak-anak. Ilmu-ilmu ini semua bukanlah sesuatu yang mudah untuk diperoleh dalam aktiviti-aktiviti yang lain. Anak-anak juga mendapat mendapat ilmu di samping dapat mengawal pemakanan yang diambil.

Cuma! Pointing up perlu diingat akan risiko yang mungkin timbul. Ia bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Perkenalkan kepada aktiviti-aktiviti mudah dan tidak menggunakan peralatan yang kompleks. Sesuai dengan umur lah kan? Beri kebebasan anak-anak untuk sediakan bahan-bahan. Kalau ada yang tersilap sana sini sinun tu… pegang tangan mereka dan buat bersama-sama. Anak rasa dihargai ok dengan cara macam ni dari sudut psikologinya… Puji hasil kerja mereka dengan bersungguh-sungguh. Nama pun anak kecil… memerlukan perhatian di atas setiap kerja yang mereka lakukan.

Yang paling menyeronokkan adalah ketika merasa makanan! Secara tidak langsung sebenarnya kita telah membina satu perhubungan yang baik dengan anak-anak di samping dapat membantu meningkatkan pengetahuan mereka mengenai dunia kulinari.

*Rasa macam nak cari resipi mudah untuk aktiviti hujung minggu pula dengan Iman Firash… Winking smile

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice... Insha Allah...nnt ada rezeki jumpa..nk la rasa air tangan iman ye hihi

    ReplyDelete
  2. Ohhh dekat little caliph ke kak. Bagus cikgunya ajar macam ni. Sebab untuk budak-budak ni belajar, diorang perlu merasai sendiri benda tu. Tahniah buat anak akak, saya percaya mesti semua budak2 dekat situ teruja time aktiviti tu hehe. btw saya singgah dan follow akak ya. jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    http://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  3. Sronok dgr cerita kanak2 ni.. Bgus berkembangan anak2 ada aktivit..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !