Home » , , , , , , , , , » Little Caliphs FAST READING TECHNIQUE Seminar 2017

Little Caliphs FAST READING TECHNIQUE Seminar 2017

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 

Little Caliphs Fast Reading Technique Seminar 2017! Bertarikh 11 Februari 2017 dan bertempat di Dewan UNISEL, Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 8.30 pagi sehingga 1.00 petang. Khusus untuk ibu bapa pelajar-pelajar Little Caliphs cawangan sekitar Shah Alam dan Klang.

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 2 

Nama pun Fast Reading Technique, makanya dah tentu-tentu berkenaan dengan teknik pantas membaca untuk anak-anak kecil yang disekolahkan di cawangan-cawangan Little Caliphs. Alhamdulillah... berjaya meluangkan masa untuk aktiviti yang melibatkan pembelajaran serta perkembangan Iman Firash. Beginilah serba sedikit pengisian tambahan rutin kehidupan setelah Iman Firash memulakan alam persekolahan tadika. Jujur diakui, semakin hari semakin terkejar-kejar masa. Rasa seperti seolah-olah tak cukup masa 24 jam sehari tu. Ha ha ha... Open-mouthed smile

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 3 

Pertama kali menyertai seminar sebegini dan maklumbalas Farah? Awesomeness! Thumbs up Tak sia-sia bangun awal di hujung minggu dan luangkan masa. Banyak perkara yang Farah pelajari dan banyak perkara yang sebenarnya membantu Farah di dalam perjalanan Farah sebagai seorang ibu kepada seorang preschooler baru. Apa yang banyak sangat tu yang Farah dapat dari seminar yang Farah hadiri semalam?

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 4

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 5

Kami para ibu dan para bapa telah diterangkan tentang pembelajaran anak-anak kami iaitu bagaimana serta apakah teknik yang diajarkan kepada anak-anak kami di Little Caliphs. Tujuannya untuk memberikan kefahaman tentang cara didikan yang digunakan supaya kami sebagai ibu bapa dapat menggunakan teknik pengajaran yang sama. Apa yang diajarkan oleh guru-guru nak-anak kami di Little Caliphs HARUS seiring ketika kami mendidik anak-anak kami di rumah supaya ANAK-ANAK TIDAK MENJADI KELIRU. Ini nanti karang, guru ke utara, ibu bapa ke selatan, lama-lama anak-anak yang jadi pening tak tahu yang mana satu nak diikuti ataupun segalanya menjadi jumble up. Dalam erti kata yang lain, synchronization in the teaching techniques.

Melalui seminar ini, ibu bapa dilatih mengenai teknik didikan. Kena hafal ooo setiap satu teknik yang dikongsikan. Kalau tak hafal pun tak apa, tak ada siapa yang nak paksa oiii... cumanya memang Farah ambil peluang yang ada untuk belajar apa yang Iman Firash belajar. Nak beri sokongan pada anak kena ada ilmu juga kata Teacher Fari. Betullah, kena sokong dengan memahami proses supaya tak terberi ajaran sesat... kann? Ibu bapa memang kena tahu serta perlu tahu... kena faham dan perlu faham. Nak-nak lagi dengan wujudnya sistem LINUS dalam dunia pendidikan anak-anak sekarang.


In Shaa Allah, Mommy akan bersama-sama guru Iman Firash untuk menyokong perkembangan Iman Firash supaya objektif cepat membaca dapat dicapai. Beri tekanan pada anak? Bebankan anak? Tidak sama sekali, apa yang diajarkan melalui seminar ini adalah satu teknik yang tidak bertujuan untuk menekan atau membebankan anak-anak. Apa yang dididik adalah bersesuaian dengan weightage peringkat umur anak-anak di Little Caliphs. Sebab tulah penting ibu bapa memahami teknik yang tidak menekan serta membebankan anak-anak. Bukan bermaksud ingin anak berjaya sudah tentu-tentu menekan dan membebankan anak-anak sehingga mereka tidak dapat menikmati masa kanak-kanak mereka semaksimum mungkin. Pesanan Teacher Fari kepada ibu bapa, dannn... Farah sendiri pernah banyakkkk kali sangat sebut... sebagai ibu bapa kita perlu ada strategic planning.

Jika di pejabat kita ada strategic planning, dalam perkembangan anak-anak kita perlu ada strategic planning juga. Farah terang-terang mengaku untuk kesekian kalinya, Farah ada strategic planning yang Farah khususkan untuk perkembangan pendidikan Iman Firash dan Farah juga ada Emergency Response Plan untuk Iman Firash. Sejak Iman Firash mula ke tadika, Farah sudah mula semakin fokus dengan perkembangan pendidikan semasa Iman Firash yang mana itulah salah satu punca masa Farah pada masa kini agak terhad. Less time for own pleasure and more time for Iman Firash development. It's ok, the seeds of today are the flowers of tomorrow. Biarlah kalah dalam lifestyle sekarang agar anak berkembang dengan positif serta baik untuk masa depan dia. Itu pemikiran Farah.

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 7
LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 8 

Jujurnya kalau ikut research serta pemahaman sendiri, Farah faham phonics adalah phonics. Melalui seminar ini, Farah telah dapat memahami beberapa pecahan kepada jolly phonics. Makanya, jalan ke arah jolly phonics itu nampaknya telah disimbahi dengan cahaya lampu jalan dan bertambah cerah. Alhamdulillah. Smile

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 9

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 10 

Bagi sesi kedua seminar tersebut pula, kami ibu bapa, telah diberikan pendedahan tentang bagaimana anak lelaki dan anak perempuan belajar dengan cara yang berbeza. Bagaimana caranya untuk mendidik anak lelaki dan anak perempuan bersesuaian dengan sikap serta sifat mengikut jantina masing-masing. Anak lelaki begini cara pendekatannya, anak perempuan begitu cara pendekatannya. Di manakah fokus ganglian otak anak lelaki dan juga ganglian otak anak perempuan. Apakah yang menjadi tarikan anak lelaki dan apakah yang menjadi tarikan anak perempuan. Ini semua adalah bagi membantu ibu bapa memahami teknik untuk mendidik anak lelaki tidak boleh disamakan dengan anak perempuan. Sebab what is working with girls not necessarily works on boys. Terkadang ada ibu bapa yang tidak memahami, yang mana akhirnya could lead ibu bapa untuk membandingkan anak-anak sedangkan ibu bapa sendiri tidak memahami konsep yang sebenarnya di sebalik perbezaan anak lelaki dan perempuan belajar.

Yang lebih menarik? Sebagai ibu yang suka melakukan aktiviti bermain sambil belajar bersama-sama Iman Firash sudah tentu-tentulah Farah orang yang gembira bila mana dapat ilham-ilham baru mengenai aktiviti-aktiviti yang boleh dilakukan bersama-sama Iman Firash di dalam menyokong perkembangan Iman Firash. Ha ha ha... Mommy pula yang jadi teruja ok?Smile with tongue out

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 11

Sekurang-kurangnya bertambah ilham kan? Seronok memang seronok! Setengah hari yang sangat bermakna dan setengah hari yang penuh dengan pengisian yang bermanfaat. Tak bosan langsung! Satu seminar yang membuatkan kita ingin mendengar setiap satu butir perkongsian yang ada. And Alhamdulillah, at least I know that I've made the right choice and the right decision for Iman Firash placement. Hu hu hu...

LITTLE CALIPH FAST READING TECHNIQUE SEMINAR 2017 12 

Memang Farah catatkan apa pengisian yang dikongsikan dan memang Farah mendengar dengan teliti setiap apa yang diperkatakan. Bawa buku nota sendiri yang dikhaskan untuk perkembangan Iman Firash dan tiba-tiba terasa seperti memasuki dewan kuliah semula. #ehhh...Open-mouthed smile ha ha ha... bak kata Teacher Fari... Diploma and Degree in Parenting tidak dapat diperolehi dengan mudah. Alhamdulillah, Alhamdulillah...

Bukan Farah nak lagak dengan perkongsian entri pada kali ini sebab Iman Firash ke tadika Little Caliphs tetapi pandanglah dari satu sudut yang positif perkongsian Farah. Khususnya ibu bapa yang bakal menghantar anak-anak ke tadika dan sedang memilih-milih tadika untuk tahun-tahun yang mendatang untuk anak-anak masing-masing. Maybe Little Caliphs should be one of those kindergartens that should be listed on your kindergarten list of choices? This is just a sharing of one of the whys that I chose Little Caliphs for Iman Firash and insisted to send him to Little Caliphs. Yang telah menghantar anak-anak ke tadika lain tu, tak mengapa, setiap tadika ada susur galurnya yang tersendiri dan cara yang tersendiri. Pastinya setiap pengurusan tadika ada keistimewaannya yang tersendiri kan? Pendapat individu dan hak individu masing-masing.

*Semoga Iman Firash terus dapat berkembang dengan baik dari semasa ke semasa. In Shaa Allah... Amin.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Little Caliphs FAST READING TECHNIQUE Seminar 2017, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, February 12, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

2 comments:

  1. Wah ash dah besar dah skung .. hehe semoga membesar dengan baik :)

    http://www.kataubaid.com/2017/02/cinta-tidak-boleh-di-jual-beli.html

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY