KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!

Farah Waheda Wahid
4
KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (1)

こんにちは、元気ですか?(Kon'nichiwa, Genkidesuka?) ...  Mari kita menggembara ke Jepun di dalam entri kali ini! Nak cerita dengan anda tentang KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua! Yang mana-mana peminat hidangan Jepun tu bolehlah baca entri ni sehingga habis untuk melihat-lihat kalau-kalau KONICHIWA CAFE menjadi destinasi pilihan untuk aktiviti makan-makan makanan Jepun anda selepas ini. Yang mana-mana belum pernah mencuba makanan Jepun, teringin nak mencuba buat kali pertama - Farah syorkan anda baca entri ini dulu dan kemudian cuba sendiri kelazatan hidangan Jepun di KONICHIWA CAFE. Sebelum pergi, kenalah tengok-tengok dulu kan? Betul tak? Makanya, dengan rajinnya Farah kongsikan di dalam entri Farah pada kali ini khas buat anda.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (2)

Sebelum apa-apa nak cerita sedikit mengenai KONICHIWA CAFE. Bagilah latar belakang dulu ya tak? Supaya anda kenal  dan anda tahu serba sedikit mengenai KONICHIWA CAFE.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!

KONICHIWA CAFE ni bukan terletak di Jepun ya? KONICHIWA CAFE ni sebenarnya terletak di Bangi, Selangor. Ha ha ha… Open-mouthed smile.jauh sangat sampai ke Jepun semata-mata nak makan hidangan Jepun. Tak payah! Dekat Bangi pun ada... Pergi jer ke Bangi tu ha... Pelan lokasi? Sila lihat di bawah:


Alamat KONICHIWA CAFE:
Jalan 6/7B, Seksyen 1
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Malaysia
 
Waktu Operasi KONICHIWA CAFE:
Isnin
TUTUP
 
Selasa sehingga Khamis
12.00 tengah hari sehingga 10.00 malam
 
Jumaat
2.00 petang sehingga 11.00 malam
 
Sabtu dan Ahad
12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam


Orang-orang Bangi? Dah pernah makan di sini tak? Ke setakat lalu dan perasan tapi tak singgah? Ataupun tak perasan langsung? Ataupun tersalah sangka yang KONICHIWA CAFE ni adalah restoran TIDAK HALAL?

Tak apalah, jomlah Farah ceritakan kepada anda supaya anda jelas ya? KONICHIWA CAFE ni baru jer dibuka pada 22 Januari 2017 yang lalu. Pemilik KONICHIWA CAFE ini adalah MELAYU dan MUSLIM. KONICHIWA bermaksud Selamat Datang, Selamat Tengahari ataupun Selamat Sejahtera. Bila pemiliknya dalah melayu dan muslim, dah tentu-tentulah hidangan di KONICHIWA CAFE adalah HALALAN TOYIBAN ya kawan-kawan.

PENTING! Pointing up Yang perlu anda ketahui adalah SOYU dijamin HALAL (SOYU HALAL dari China yang ada Sijil HALAL yang telah diiktiraf oleh JAKIM). Tidak mengandungi sebarang SAKE dan juga MIRIN. Apa itu SAKE? Apa itu MIRIN?

Sake (Japanese: 酒?), also spelled saké (IPA /ˈsɑːkeɪ/ sah-kay or /ˈsɑːki/ sah-kee)[1][2] in English, is a Japanese rice wine made by fermenting rice that has been polished to remove the bran. Unlike wine, in which alcohol (ethanol) is produced by fermenting sugar that is naturally present in grapes, sake is produced by a brewing process more like that of beer, where the starch is converted into sugars before being converted to alcohol.

Mirin (味醂 or みりん?) is an essential condiment used in Japanese cuisine. It is a type of rice wine similar to sake, but with a lower alcohol content and higher sugar content.[1] The sugar content is a complex carbohydrate that forms naturally during the fermentation process; no sugars are added. The alcohol content is further lowered when the liquid is heated.

Ini yang kita nak ya tak? Ini tidak, kita syok-syok punyalah craving nak makan, makanan Jepun, lepas tu tanpa kita sedari dan kita terfikir, sebenarnya makanan Jepun yang kita makan tu mengandungi SAKE dan juga MIRIN. Yang kita pula syok jer telan dan menikmati kelazatan serta kenikmatan makanan tu kan? Di KONICHIWA CAFE... anda tak perlu ragu-ragu dan tidak perlu risau tentang status KEHALALAN makanan yang dihidangkan. #ehhh...walaupun tanpa SAKE dan MIRIN...masih awesome meletops tau rasanya. Tak percaya cubalah!

Chef di KONICHIWA CAFE pula bukan calang-calang chef ok? Chef KONICHIWA CAFE mempunyai 32 tahun pengalaman di dalam penyediaan Teppanyaki Jepun dan juga beliau memiliki restoran sendiri  di Dublin, Ireland.

Bab kedua, kita masuk ke hidangan yang ditawarkan oleh KONICHIWA CAFE.


Amacam? Terliur tak? Drooling tak? Kalau drooling dan tiba-tiba rasa craving sangat... Apa lagi tunggu? Cepat-cepat cari masa untuk singgah ke KONICHIWA CAFE yang terletak di Bangi. Farah yang jauh dari Bangi pun sanggup tau tak? Sanggup pergi jauh-jauh semata-mata nak makan di KONICHIWA CAFE. Tak rugi pun datang merantau jauh-jauh semata-mata nak memenuhi keinginan selera di tekak nak makan makanan muslim Jepun di KONICHIWA CAFE. Harga? Ehemmm... Jangan risau... Harga adalah masih di dalam bajet dan mampu bayar oleh kita-kita rakyat marhaen ni... Berbaloi pun berbaloi sebabnya portion hidangan sangat besar. Bagi Farah yang makan Chicken Teppanyaki hari tu pun... Tak habis...Hidangan tu pada Farah boleh kongsi dengan orang lain kot?

Oh ya... Sebelum Farah terlupa, KONICHIWA CAFE juga menerima sewaan restoran untuk majlis-majlis peribadi seperti majlis sambutan hari lahir. Kebetulan sewaktu Farah singgah di KONICHIWA CAFE tempoh hari, ada satu majlis sambutan hari lahir yang sedang dilangsungkan.

KONICHIWA CAFE - Destinasi Masakan Muslim Jepun Untuk Semua!  (3)

Haaaa..apa yang anda dapat simpulkan dari situ? Itu bermakna... KONICHIWA CAFE memang family friendly restaurant kan?

KONICHIWA CAFE juga menerima tempahan katering secara penghantaran ke premis anda untuk 60 orang pada satu-satu masa. Sesiapa yang nak cipta kelainan di majlis peribadi atau keraian anda dengan hidangan Jepun yang diselitkan dengan campuran hidangan barat serta tempatan bolehlah cuba-cuba untuk menghubungi KONICHIWA CAFE di talian +60 12-200 2090  dan bincang-bincang ya?

Sekali dah makan, rasa macam nak singgah lagi... In Shaa Allah, tunggu nanti pada bila-bila masa yang ada kelapangan...Bolehlah bersantai dan mengenyangkan perut di KONICHIWA CAFE. Sebenarnya banyak lagi hidangan di KONICHIWA CAFE yang Farah nak rasa ni...

Rating: Star Star Star Star

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !