Home » , , , , , , , » Kenapa PEMBELAJARAN KREATIF Sangat Penting?

Kenapa PEMBELAJARAN KREATIF Sangat Penting?

KENAPA PEMBELAJARAN KREATIF SANGAT PENTING

Ada orang bertanya kepada Farah… Surprised smile kenapa sibuk-sibuk nak susah payah reka macam-macam jenis medium pembelajaran untuk Iman Firash? Buat itulah, buat inilah… Nak tekan anak ke? Nak buatkan anak rasa terbeban ke? Bukan ke Iman Firash baru sahaja berusia 3 tahun 3 bulan? Masih muda sangat-sangat…masih kecil sangat-sangat untuk Farah dedahkan dia kepada dunia pembelajaran. Hmmm… ni macam mana nak cakap ni ya? Kalau secara rumusan dan agak tak sedap didengar… pendidikan masa kini sangat kompetitif dan mencabar, jika tidak bermula dari sekarang, bukan tak boleh nak survive bukan tak boleh nak lancar perjalanannya, boleh… In Shaa Allah boleh… Cumanya, jika tidak bermula dari sekarang, akan datang untuk cope up supaya dapat keep up the pace dengan rakan-rakan sebaya yang lain, mungkin agak sakit di situ. Sekarang ni, sedari kecil lagi anak-anak telah didedahkan dengan dunia pembelajaran. Jika tidak sekarang bila lagi? Takkan nak tunggu sampai dah saat-saat nak makan sebab lapar sangat baru nak masak kan? I don’t like to rush things yang tidak sepatutnya. Jika ada pilihan untuk lakukan secara berperingkat… Farah prefer secara berperingkat. Seperti sekarang ni? Berbalik kepada kenapa PEMBELAJARAN KREATIF sangat penting?

Haaa…bacalah alasan-alasan yang Farah nak senaraikan di dalam entri pada kali ini ya? Harap-harap selepas ni tak adalah soalan-soalan sebegini lagi yang terpacul ya? Bukan tak sudi nak terima soalan dan persoalan…cuma Farah kurang gemar soalan dan persoalan yang diajukan bukan disebabkan oleh perasaan ingin tahu, tetapi lebih menjurus ke arah membanding-bandingkan serta mempertikaikan tindakan serta keputusan seseorang individu di dalam mencorakkan anak-anak mereka. Setiap ibu bapa ada caranya yang tersendiri, ada matlamat serta misinya yang tersendiri. Setiap sesuatu keputusan serta tindakan seseorang individu ibu bapa itu pastilah munasabah alasannya pada mereka dan mana ada ibu bapa yang tidak mencuba melakukan sesuatu yang terbaik selagi mampu untuk anak-anak masing-masing. Betul tak?

Apa alasan Farah tentang susah payahnya Farah me-reka, menyediakan serta melakukan aktiviti PEMBELAJARAN KREATIF untuk Iman Firash?

Macam nilah, pada dasarnya cara pembelajaran yang santai, menarik serta kreatif dapat memupuk serta membantu perhubungan sel-sel otak anak-anak. Sewaktu di usia rebung inilah, anak-anak berada di usia di mana sel-sel otak mereka sedang berhubung dengan pantas. Sebagai seorang ibu, dapat melihat betapa banyaknya anak-anak belajar pada usia sebegini adalah merupakan satu pengalaman yang sangat-sangat istimewa, walaupun? Walaupun ianya hanya sesuatu yang sangat mudah seperti memegang botol air dengan betul atau minum dengan cawan tanpa menumpahkan air. Dengan PEMBELAJARAN KREATIF, sebenarnya ianya dapat membantu anak-anak:

Berdikari

Pembelajaran secara kreatif atau dengan cara yang santai serta menyeronokkan sebenarnya berpotensi membantu kanak-kanak belajar untuk berdikari. Ini adalah merupakan asas untuk membina keinginan belajar dan meneroka perkara atau benda baru dengan sendiri! Dapat didik anak untuk berdikari dan dalam masa yang sama dapat pupuk sikap minat untuk belajar sedari kecil. Tak apalah kita susah payah sediakan itu, sediakan ini untuk medium pembelajaran. Itu semua adalah pelaburan untuk anak-anak kita juga… benefit pada mereka juga.

Ekspresi Diri

Pembelajaran secara kreatif berlaku akibat daripada kaedah percubaan dan kesilapan, penemuan dan penerokaan, yang akan membantu anak untuk berkomunikasi dengan orang lain dan meluahkan perasaan mereka secara lisan atau bukan lisan. Biarlah cara mana sekalipun kannn? Yang penting anak-anak sedang belajar bagaimana untuk mengekspresikan diri dan pendapat mereka tentang satu-satu perkara.

Penyelesaian Masalah

Pembelajaran secara kreatif menggalakkan anak-anak untuk berfikir di luar kotak kerana anak-anak kecil belum lagi didedahkan dengan cara pemikiran yang tegar untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Anak-anak berkeupayaan untuk mencabar idea dan mencari penyelesaian yang tersendiri apabila mereka berada di situasi yang berbeza.

Ini Bukan Semata Tentang Kepandaian Sahaja

Sila faham, perkembangan kognitif bukan hanya fokus kepada intelek anak-anak sahaja. Kemahiran kemasyarakatan dan bahasa juga perlu dipupuk, dan ini boleh dicapai melalui pembelajaran secara kreatif. Ini adalah merupakan kemahiran hidup yang bukan sahaja mendedahkan anak-anak kepada pelbagai bidang pembelajaran, tetapi juga mengembangkan potensi penuh mereka sebagai seorang manusia.

Ini semua adalah sesuatu yang sangat penting yang membuatkan Farah melihat PEMBELAJARAN KREATIF itu sememangnya sangat penting kepada perkembangan semasa Iman Firash. Ini semua adalah hasil daripada pembacaan artikel-artikel keibubapaan yang Farah sempat luangkan masa untuk membaca, termasuklah artikel berkait perkara ini di SINI. Untuk anak, walaupun malas macam mana pun… walaupun tak ada masa macam mana pun, pasti ibu bapa akan luangkan juga kan? Usahakan juga kan? Betul tak? Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Kenapa PEMBELAJARAN KREATIF Sangat Penting?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, February 16, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

1 comments:

  1. betul tu farah, dieyana setuju sgt! ank2 sekecil inilah diajar belajar secara kreatif, bukannya belajar secara menekan, tetapi belajar yang santai, kreatif dan membina diri anak2 utk lebih berkeyakinan.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY