KELOID Pada Parut Pembedahan Bersalin CAESAREAN

Farah Waheda Wahid
2
KELOID Pada Parut Pembedahan Bersalin Caesarean

Jangan nak kata atau label Farah nak melucah ya!Pointing up Ini adalah sekadar perkongsian yang Farah rasa semua orang patut tahu. Untuk yang lelaki, sila ambil tahu, supaya bila isteri anda mengadu rasa pedih atau gatal di parut pembedahan bersalin secara caesarean, anda tahu bahawasanya ia adalah benar dan bukan mengada-ngada walaupun dah bertahun-tahun lamanya pembedahan bersalin itu telah berlalu. Untuk yang perempuan, penting untuk faham dan tahu punca sesetengah dari anda yang bersalin secara caesarean merasa gatal serta pedih di garisan parut pembedahan. Keloid pada parut pembedahan bersalin caesarean.

Ni gara-gara rasa sedikit perit dan rasa gatal-lah ni di garisan parut pembedahan bersalin secara caesarean, Farah menaip entri ini disebabkan tak boleh tidur pada pukul 3.24 pagi beberapa hari lepas (baru sempat nak muat naik entri ni) . Huwaaa... Crying face (eleh overexaggerate jer ni bagi nak menyedapkan lagi cerita). Tak perlu seriau sangat ok? Ha ha ha... Bagi kawan-kawan atau adik-adik yang bakal melalui proses bersalin secara caesarean. Tak ada apa... In Shaa Allah... setakat ini, kegatalan dan rasa pedih-pedih sikit tu masih boleh ditahan. Tak adalah rasa sampai nak berjoget sebab gatal ya? Hu hu hu... Dan setakat ini tak adalah selalu... sesekali jer bila ia datang melanda. Open-mouthed smile

Dok terfikir, apakah penyebab atau punca terasa macam tu walaupun dah 3 tahun dah usia Iman Firash. Ayat penyedap hati, luka dalaman nak sembuh tu yang rasa gatal sesekali tu. Ayat penyedap hati kedua, tadi pergi angkat tong air mineral di pantry office sebab nak minum air dah habis dan orang tak nak tolong... tu yang jadi rasa tegang atau perit tu. Boleh jadi juga kan? Ha ha ha... Kalau nak fikir negatifnya, apakah mungkin KELOID?

Pernah dengar tentang KELOID tak? Familiar dengan istilah KELOID tak? Meh sini rapat-rapat, nak cerita tentang KELOID ni. Mana yang tak pernah berkenal-kenalan dengan KELOID, hari ni kita bercerita tentang KELOID ya?

Apa Itu KELOID?

KELOID adalah benjolan isi lebih yang terbentuk di bahagian parut luka, biasanya berwarna lebih gelap dari kulit asal dan berkilat. KELOID boleh menyebabkan rasa gatal dan pedih apabila dipegang dan juga sewaktu badan berpeluh. Rasa gatal dan tidak selesa akan lebih ketara jika KELOID ini terjadi di bahagian anggota badan yang mudah berlipat (contohnya di bahagian perut yang berlipat setiap kali duduk dan di waktu yang sama badan berpeluh).

Kebiasaannya KELOID adalah bersifat kekal dan tidak boleh dibuang dengan mudah secara semulajadi. Namun begitu, KELOID ini tidak terhad untuk muncul di luka caesarean sahaja. Ianya juga boleh terjadi di bahagian telinga yang ditebuk lubang untuk bertindik, di bahagian dada, lengan, leher, bahu dan mana-mana bahagian badan.

Bagaimana KELOID Boleh Terjadi?

KELOID biasanya terjadi disebabkan oleh pengeluaran kolagen yang berlebihan oleh badan sewaktu di dalam proses penyembuhan luka. Penyebab terjadinya KELOID ini masih belum diketahui secara pasti. Berdasarkan kajian, antara faktor yang menyebabkan terjadinya KELOID ialah faktor genetik di mana mereka yang berkulit gelap (contohnya warga Afrika) mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk mendapat KELOID berbanding yang berkulit putih.

Tapi ini tidaklah bermakna mereka yang berkulit putih tidak akan terkena KELOID, cuma risikonya adalah lebih rendah. Selain dari itu, bahagian luka yang terkena jangkitan dan tidak sembuh sepenuhnya juga terdedah kepada KELOID yang mana bahagian tersebut pada mulanya adalah lembut tetapi akhirnya mengeras dan terbonjol.

Siapakah Yang Berisiko Mendapat KELOID?

Ibu-ibu yang bersalin pembedahan di mana KELOID terjadi di bahagian parut luka caesarean dan juga mereka yang menjalani pembedahan di mana-mana bahagian badan. Mengikut kajian saintifik, haruan dan gamat telah digunakan sebagai antara ejen untuk mempercepatkan pertumbuhan tisu baru kerana kandungan kolagen yang tinggi yang terdapat dalam dua jenis haiwan ini.  Ramai ibu-ibu di Malaysia mengambil haruan dan gamat sewaktu dalam tempoh berpantang selepas bersalin pembedahan dengan tujuan untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka. Pengambilan gamat dan haruan dalam kuantiti yang banyak dan diambil terlalu awal boleh meningkatkan risiko terjadinya keloid.

Mereka yang mengalami kemalangan – KELOID boleh muncul di bahagian parut dari luka kemalangan.

KELOID boleh terjadi kepada mereka yang membuat tatoo di badan. Ya...mereka ini juga terdedah kepada KELOID kesan dari torehan di bahagian kulit sewaktu proses membentuk lukisan tatoo di badan. KELOID juga boleh terjadi selepas proses membuang tatoo.

KELOID juga boleh terjadi kepada mereka yang bertindik dibahagian telinga, hidung, lidah dan mana-mana bahagian badan. Sewaktu proses pemulihan dari kesan tebukan untuk bertindik, KELOID boleh terbentuk.

KELOID kesan dari jangkitan di bahagian belakang tengkuk – yang ini agak jarang berlaku. KELOID jenis ini biasanya mudah terjadi kepada lelaki Afrika.  Anda boleh baca selanjutnya tentang keloid jenis ini di sini >> Keloid di belakang tengkuk <<

Bagaimanakah Cara Untuk Membuang KELOID?

Antara cara yang boleh digunakan untuk membuang KELOID ialah dengan mendapatkan rawatan steroid dan rawatan secara laser. Bagi mereka yang bersalin pembedahan pula, jika selepas ini anda bakal bersalin pembedahan lagi, doktor boleh buang keloid tersebut sewaktu pembedahan caesarean yang berikutnya.

 Jika perlukan info lebih lanjut tentang keloid, anda boleh rujuk di link berikut termasuk jenis rawatan yang boleh dilakukan >> Apa itu keloid dan cara membuang keloid <<

Kalau perhatikan di bahagian garis pembedahan tu, tak adalah teruk pun... Memang tak teruk pun, sebab garis halus jer... cumanya ada sedikit, sedikit sangat-sangat, kurang dari 0.2cm kulit bercantum berwarna kemerah-merahan (ada waktu-waktunya berwarna merah) dan mempunyai ciri-ciri KELOID halus. Mungkinlah tu. Memang taklah nak garu kan walaupun gatal dan rasa alangkah syoknya kalau dapat garu. Tak berani oiii! Nanti lainlah jadinya. Open-mouthed smile

Tak boleh nak simpulkan KELOID ataupun tak... nak pasti kena berjumpa dengan pakar sakit puan lah kan? kan? kan? Buat masa sekarang, macam ya macam tak... ha ha ha... tapi naluri hati tak ada apa-apa yang serius... redah jer... kalau ya KELOID, boleh buang pun sewaktu bersalin sekali lagi... Ha ha ha... kena survey berapa harga rawatan laser untuk KELOID dan menabunglah nampaknya kalau sungguh KELOID dan sungguh nak buang KELOID tu kan? Mujurlah sangat halus dan kecik, lebih kurang 0.1cm ke 0.2 cm jer dan tak panjang. Tapi tulah, ada masa-masa rasa tak selesa juga.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. akak pun ada la kot keloid ni...kalau time gatal dia datang..rasa macam nak garu2 je dengan sikat...tapi kalau terkena pedih jugak...yng jadi mangsa kulit di sekeliling keloid tulah...time bisa dia datang..adeh..rasa macam nak mengamuk pun ada...haha

    ReplyDelete
  2. Bersalin czer gak 2013 dan 2014. Insyaallah 2017 ni sekali lagi. Alhamdulillah..gatal atau sakit ngilu dalaman semakin kurang di rasai. Mungkin sebab pengambilan suplemen dan protien yg tinggi.

    Keloid juga tak ada. Pandai doktor Hospital Serdang jahit. Hehehe harap2 kali ini yg no 3 juga di jahit kemas ☺

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !