Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash?

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 1

4 Februari 2017 - tarikh anniversary genap sebulan! Apa cerita khalifah kecil Iman Firash? Sewaktu mula-mula nak sekolahkan dia dulu, punyalah menggelabah Mommy dia kan? Bila fikir-fikir balik, bila ingat-ingatkan balik... over tau Mommy! Open-mouthed smile Ha ha ha... Iyalah, pengalaman pertama kan? Haruslah... Tapi sebenarnya tak adalah apa pun sangat yang nak digelabahkan... mak-mak biasalah kan?

Selama tempoh sebulan, (bayangkan sebulan punya perjalanan semua nak sumbat masuk dalam entri ni). Smile with tongue out

Tidur Malam

Pukul 9.00 malam tepat, semua lampu Light bulb, semua gajet Mobile phone dan televisyen ditutup. Kena pastikan gelap sebab nak pastikan dia tidur awal. Dengan nenek, dengan atuk, dengan Mommy sekali tidur awal. (Psssttt... kadang-kadang Mommy pura-pura jer tidur, selepas tu bangun balik sebab nak siapkan kerja. Kadang-kadang Mommy pun sama hanyut dengan Iman Firash). Dah kata kepimpinan melalui tauladan, kenalah tunjukkan depan dia contoh yang baik. Ahaksss...Open-mouthed smile  contoh yang baik, kononnya Mommy pun tidur awal.

Bangun Awal Di Pagi Hari & Persiapan Ke Tadika


Sewaktu hari pertama, tak ada masalah. Hari kedua, hari ketiga dan hari keempat agak liat sedikit nak bangun pagi. Tapi, lama kelamaan, bila dah masuk lebih kurang dekat 2 minggu ke tadika dia ok dah. Tak ada masalah nak bangun pagi.

The only windy part adalah mandi pagi. Dia takut kalau dimandikan dengan air pili sejuk.Open-mouthed smile Ha ha ha...tapi tak adalah mandikan dia dengan air sejuk pun. Kesian anak Mommy. Sebenarnya Mommy dah jerang air awal-awal lagi dan siapkan air mandi dia. Bila dia dah rasa air yang diruapkan ke muka dia adalah suam-suam kuku, barulah dia ok. Rumah tak ada water heater kenalah sediakan air mandi cara tradisional uolsss.

Masa awal-awal, sewaktu hari kedua, ketiga dan keempat, selepas mandi nak pakaikan baju memang bergelut! Dia tak nak pakai pakaian seragam sekolah sebab dia dah tau yang bila pakai pakaian seragam sekolah, dia bakal ditinggalkan di tadika. Baru-baru memanglah macam tu. Tapi selepas baik dari demam, terus tak bergelut dah nak pakaikan pakaian seragam sekolah. Terus bertukar 360o!


Hantar Ke Tadika

Hari pertama tak menangis. Ceria, gembira dan teruja. Mommy yang risau terlebih-lebih. Hari kedua sehingga hari keempat menangis sedikit ketika ditinggalkan. Rolling on the floor laughing He he he... tapi Mommy dia ni buat keras jer!

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 2

Masuk hari kelima ke sekolah dan seterusnya... dah mudah dah kerja Mommy. Tak menangis, siap bye-bye and flying kiss lagi. Alhamdulillah, lega bila dia dah dapat biasakan diri dengan rutin baru kehidupan sehari-hari dia. Terima kasih Firash sebab telah memudahkan kerja Mommy!

Balik Dari Tadika

Selama hampir sebulan, rutin waktu rehat makan tengah hari, Farah jadi pemandu F1 Auto. Bila tepat 12.30 tengah hari jer shoot untuk ambil dia dari tadika. Habis waktu tadika adalah 12.30 tengah hari, Farah sampai pukul 1.00 petang. Makanya, terpaksalah Firash tunggu Mommy sekejap bersama kawan-kawan lain yang lanjut untuk day care. Kebiasaannya selepas ambil dia, akan ada sesi menyinggah ke 7-Eleven. Tapi Farah tak layankan sangat. Ada hari Farah layan, ada hari Farah terus jer hantar Firash balik untuk berehat.

Lepas dah hampir sebulan, Farah dah mula ajar Firash untuk balik dengan menaiki van sekolah. Memang berat juga rasanya nak lepaskan dia naik van sekolah sebab masih lagi berumur 3 tahun. Tapi, tawakal dan yakin. Van sekolah tu pun dipandu oleh jiran belakang rumah yang nenek dia dah lama kenal. Jadi, memang rasanya tak ada masalah. Hari pertama jer! Bila sampai rumah dia guling-guling menangis menyebut I Want Mommy! Selepas tu? Dah ok dah... Alhamdulillah dipermudahkan juga...

Perkembangan Semasa - Di Tadika

Farah memang suka sangat bertanya tentang perkembangan Iman Firash di tadika. Harapnya teacher dia tak jemulah kan? Open-mouthed smile Ha ha ha... Bukan nak sibuk urusan anak dan guru di tadika, tetapi sekadar nak ambil tahu perkembangan semasa dia di tadika. Sebab Iman Firash kan tak pernah ke rumah pengasuh dan tak pernah ke taska? Risau tentang tingkah laku dia, risau tentang ragam dia, risau tentang penerimaan dia. Normal-lah tu rasa macam tu kan? Pertama kali anak bersekolah, tentu debaran tu tetap ada walau tak banyak sikit. Alhamdulillah nampaknya progressing.

Memang pada minggu-minggu awal teacher dia biarkan dia dulu. Biar dia hadam environment sekeliling. Masuk minggu ketiga teacher dah mula divert and get him to get involve dengan pembelajaran semasa. Memang ambil masa sikit untuk kanak-kanak seperti Firash ni sebab dia tak biasa. Farah sendiri beri kebenaran pada teacher dia untuk marah Firash jika dia tidak mahu belajar, tidak mahu dengar kata ataupun nakal. Farah sendiri beri kebenaran pada teacher dia untuk sorok beg sekolah dia, sebab dia senantiasa nak kendong beg sekolah di belakang dia. Macam mana nak belajar kalau tak letak beg. Macam mana pun kena latih dia faham yang sampai sekolah beg sekolah perlu dibuka.

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 3 

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 4



Lega bila dia nak juga belajar. Bukanlah letak high expectation sangat untuk budak kecik 3 tahun 3 bulan ni. Tapi Farah mengaku yang Farah ada sets of expectation Farah sendiri terhadap perkembangan semasa Iman Firash. Sememangnya pendidikan bermula dari rumah dan bermula dari ibu bapa. Tugas guru pula ada kesinambungan dari didikan di rumah dari ibu bapa. Mungkin ada aspek yang Farah kekurangan atau terlepas pandang. Jadi gurulah pelengkapnya. Ada sesetengah ibu bapa tak suka nak ambil tahu sangat dan tak suka nak ganggu guru di dalam membentuk anak-anak. Tapi bagi diri Farah, penting untuk Farah faham perkembangan semasa Iman Firash supaya Farah dapat sama-sama berkolaborasi dengan guru Iman Firash untuk perkembangan semasa dia yang positif dan semakin baik dari hari ke hari. Penting juga bagi Farah untuk memaklumkan kepada guru Firash setakat mana dan apakah kebolehan ataupun potensi Firash supaya guru Firash dapat memahami apa yang diperlukan oleh Firash serta membina pelan tindakan yang bersesuaian untuk perkembangan semasa Firash.

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 5


Huhhh! Boleh pun pegang pensel dengan betul! Depan Mommy dia toksah harap dia nak duduk dengan diam macam ni dan belajar menulis macam ni. Wakakaka... ajaib sungguh anak Mommy. Anak-anak macam tulah kan? Depan ibu bapa terkadang lain, depan guru terkadang lain. Karakter mereka takkan sama. Anak-anak kalau depan ibu bapa kan manjanya lain sikit. Kecek juga teacher dia, macam mana nak bagi dia nak begini. Minta tips dari teacher dia dan belajar dari teacher dia pula.

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 6

Maklum balas dari teacher tentang Iman Firash setakat ke hari ini, banyak vocab yang Firash tahu sebenarnya. Vocab yang dia tahu majoriti di dalam Bahasa Inggeris. Ya! Farah akui tu... memang vocab Iman Firash secara majoriti adalah Bahasa Inggeris kerana sedari kecil Iman Firash telah dibiasakan dengan flash cards in English Language. Teacher dia kata, dia kenal setiap apa yang ditunjukkan. Dia kenal benda, kenal warna dan banyak lagi. Sebab tu, Farah perlukan sangat bantuan teacher dia untuk asah lagi knowledge dia bersama-sama Farah supaya perkembangan semasa dia lebih positif. Siapa tak nak anak jadi pandai kan? Semua ibu bapa nak lihat anak berjaya. Yang penting ibu bapa perlu berganding bahu dengan guru dan bukan menyerahkan bulat-bulat kepada guru semata. Masing-masing ada tanggungjawab masing-masing serta peranan masing-masing. Yahudi, Nasrani, Majusi, Islam itu semua adalah dari gandingan ibu bapa terutamanya kemudiannya diikuti oleh ibu bapa.

Dah pandai suruh Mommy... Mommy put your sheatbelt... Mommy sheat down... Dah pandai ekspresi apa yang dia rasa, apa yang dia lihat... Mommy, panashhh... Panashh... Habishh... Dah pandai ucap terima kasih bila dia minta sesuatu dan kita berikan... Thank you! Terima kasih teacher! Semoga tak jemu untuk terus mendidik Iman Firash.

Cuti Sakit

Hari keenam persekolahan down with high fever, sore throat, flu and cough. Farah beri dia cuti sakit dan maklumkan kepada guru tadika dia.

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 7

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 8

Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash 9

Iman Firash kalau dah demam biasalah, orang yang paling akan risau adalah Mommy disebabkan oleh 12.30 AM: Berkejaran Ke KPJ Selangor Specialist Hospital, Shah Alam!!! sewaktu dia berusia setahun lebih dulu. Bila dia demam, mulalah mandi lemon, jaram air asam jawa, jaram air bunga raya putih. Segala yang possible untuk turunkan suhu demam tu. Jalan terakhir adalah masukkan suppository. Alhamdulillah, kebah dah demam dia dan sihat kembali. Cuma batuk jer yang nak pergi macam semut. Hu hu hu... nak biasakan dengan cuaca sekolah gamaknya. Baru lagi kan?

Itu jerlah cerita selama sebulan ni untuk perkembangan Iman Firash. Survival bulan pertama adalah penting untuk survival bulan-bulan yang seterusnya. Semoga perjalanan di bulan-bulan yang akan datang akan menjadi semakin baik untuk Iman Firash. Semoga ianya juga akan menjadi satu perjalanan yang indah buat Iman Firash di dalam kehidupan dia yang akan dia kenang selamanya. Yang penting? Farah berterima kasih pada pihak tadika dan teacher-teacher yang sabar melayan kerenah anak bujang Mommy ni. 

Dapatkan Artikel Terbaru Dari www.bubblynotes.com Melalui E-mel Anda

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Genap Sebulan! Apa Cerita Khalifah Kecil - Iman Firash?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Saturday, February 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia