Home » , , , , , , , , , » Cara Mudah Melentur Tangan Anak Kecil Memegang Pensel

Cara Mudah Melentur Tangan Anak Kecil Memegang Pensel

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL

Tidak semua anak itu mudah dilentur dengan cara yang biasa, tidak semua anak itu boleh dilentur dengan pendekatan biasa, ada di antara anak-anak memerlukan sentuhan yang agak berbeza dari kebiasaannya. Seperti kita yang dewasa, setiap orang ada kelebihan serta kekurangan masing-masing. Lai lai lai… ini kakak nak kongsi sedikit dengan para ibu bapa yang buntu cara ataupun berada di dalam situasi yang tidak ketahuan bagaimana caranya untuk membiasakan anak untuk memegang pensel sebagai langkah pertama melatih anak untuk menulis. Winking smile… Khas buat semua para ibu bapa di luar sana yang ingin mengetahui cara mudah melentur tangan anak kecil memegang pensel. Tak perlu pening-pening kepala, tak perlu pecah-pecah kepala… sila ikuti parenting hacks yang ingin Farah kongsikan di dalam entri Farah kali ini. Yang anda perlukan adalah sehelai kertas tisu lembut, sehelai kertas dan sebatang pensel.

Farah tak kata idea ataupun tips ini adalah dari Farah ya? Farah terjumpa dengan posting ni pun dari wall Facebook teacher kelas Iman Firash dan terpanggil untuk berkongsi dengan para ibu bapa semua tentang parenting hacks yang dapat membantu memudahkan semua ibu bapa di dalam melatih anak-anak untuk belajar memegang pensel dan menulis.

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL 2

Langkah demi langkah yang sangat mudah diikut dan jelas melalui gambar yang Farah paparkan di atas. Sila lipat kertas tisu lembut yang berkenaan sehingga terbentuk menjadi kecil sepertimana yang ditunjukkan di dalam gambar bernombor 4. Kemudiannya, setelah selesai melipat kertas tisu lembut yang berkenaan. Ambil tangan anak-anak yang comel tu dan letakkan kertas tisu lembut yang telah dilipat seperti paparan gambar di bawah:

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL 3

Berikan atau latih anak untuk memegang pensel sepertimana gambar di bawah ini pula:

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL 5

Farah dah cuba sendiri dan sememangnya selesa. Tak rasa sakit mahupun apa-apa. Kalau Farah dah selesa, tentunya anak kecil pun tak rasa apa kan?

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL 6

Bila kertas tisu dipegang sebegitu, memang secara automatik anak-anak senang dilatih dan dilentur tangannya untuk memegang pensel atau warna pensel seperti gambar di atas.

CARA MUDAH MELENTUR TANGAN ANAK KECIL MEMEGANG PENSEL 7

Biarkan anak-anak menulis apa yang mereka mahu. Objektif dan langkah pertama adalah nak ajar anak bagaimana untuk memegang pensel jer… Bila dah biasa memegang pensel, secara perlahan-lahan bolehlah kita mendidik anak untuk menulis huruf, nombor dan perkataan kan? One step at a time gittew! Winking smile. Untuk memudahkan anda, sila ikuti paparan video di bawah ya?

 



 Selamat mencuba dan selamat melatih anak-anak kecil anda untuk membiasakan diri memegang pensel! Semoga entri ini bermanfaat buat semua ya?

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Cara Mudah Melentur Tangan Anak Kecil Memegang Pensel, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, February 1, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY