Tak Nak ANAK DEGIL? Janganlah Biarkan Anak MERAJUK Terlalu Lama

Farah Waheda Wahid
0
TAK NAK ANAK DEGIL JANGANLAH BIAR ANAK MERAJUK TERLALU LAMA

Tulah dia…tulah dia… Sejak-sejak berumur 3 tahun ni… Macam nilah gaya anak manja Mommy yang seorang ni… Merajuk stail bawa diri kat ceruk celah mana entah dan kemudian duduk seorang diri di situ sehingga kita datang pujuk. Ini merajuk kes apa ya? Eye rolling smile… Kejap, Farah cuba ingatkan kembali… Muahahaha… Open-mouthed smile… Lupa pula Mommy dia ni sebab apa dia merajuk bawa diri sampai macam ni sekali… Tapi tulah, mak aiii, stail merajuk tu tak menahan… Pandai dah merajuk gaya begini… Terkadang tu seronok juga menyakat dia bila dia merajuk… Nyah-NyahNo memang means no… Dia kena belajar erti ya dan tidak bila Mommy telah mula menggunakan kuasa veto sebagai seorang Mommy… Akan tetapi! Pointing up… Mommy kena sentiasa beringat… KALAU TAK NAK ANAK DEGIL, MOMMY TAK BOLEH BIARKAN DIA MERAJUK BERLAMA-LAMA… Siapa yang cakap macam tu? Ini yang nak kongsi ni, kenapa kalau kita biarkan anak-anak merajuk lama-lama, ia akan membawa mereka kepada sifat degil? Nak tau? Kenalah baca kan? Tak boleh baca setakat perenggan mukadimah jer ok?

Memang ramai ibu bapa zaman sekarang suka pujuk anak dengan bagi telefon pintar atau iPad ataupun tablet semata-mata nak buatkan anak diam. Yang ini, Farah mengaku secara jujur, memang Farah ada buat pun sesekali… Hu hu hu… Demi tak sanggup mendengar rengekan, demi tak sanggup nak bergelut lama-lama melayan tantrum si anak, memang ada masa-masa ibu bapa tertewas dengan perilaku anak. Terutama bila berada di khalayak ramai kan? Konon, tak selesa bila orang ramai menancap pandangan pada kita disebabkan oleh anak kita yang sedang buat perangai. Kononnya nak jaga air muka kita ni, supaya orang tahu yang kita ni pandai pujuk dan tenangkan anak kita bila keadaan sudah mula menjadi tidak terkawal. Iyalah, disebabkan budaya masyarakat kita yang penuh dengan persepsi dan anggapan, kita pun mencuba untuk menangkis persepsi dan anggapan orang ramai terhadap kita sebagai ibu bapa yang tidak pandai mengawal atau mendidik anak. Errrr…betul ke tak? Eye rolling smile Tapi itu kira ok-lah juga kan? Tapi kalau yang jenis abaikan dan harapkan anak pujuk emosi sendiri? Macam mana pula tu?

Bila baca cerita INI, Farah terpanggil untuk berkongsi apa yang telah dikongsikan oleh sumber…

Anak-anak yang semakin membesar memang sedang di dalam proses penerokaan ataupun eksplorasi. Banyak perkara baru yang mereka pelajari dan salah-satu di antaranya adalah EMOSI. Bila anak-anak sudah mula mengenal erti EMOSI, ibu bapa pula kena ada satu skil tambahan yang terbaru… he he he… Open-mouthed smile… Skil mengurat atau mengayat anak-anak… Bukan skil mengurat atau mengayat suami atau isteri ajer tau! Dengan anak pun nak kena pandai mengurat dan pandai ayat… Relate dengan stail rajukan Iman Firash di atas… Anak-anak kecil ni ada ZON EMOSI yang kita sebagai ibu bapa tak boleh terus terjah masuk melulu. Kenapa? Sebab kita akan cederakan EMOSI itu… Dengan anak-anak kalau mereka merajuk, kita kena seperti menarik rambut dalam tepung. Rambut dapat diambil, tetapi tepung tidak berselerak dan bersepah. Haaa, macam tulah lebih kurang diibaratkan.

Masa dia merajuk hari tu, Farah ingat, Farah sambil tersenyum-senyum datang dekat Iman Firash dan cuba pujuk dia. “Yashhh… Mommy wants to go to TESCO…” …Eceh wahhh, umpan anak nak pergi TESCO… Nanti poket yang dah koyak rabak tu koyak lagi besar baru tau! Wakakaka… Open-mouthed smile Berani betul Mommy coba-coba memujuk dengan cara begitu. Tiba-tiba dia bersuara… “No!”… Ecehhh… Marah lettew… Dia jeling Mommy dia ni… Alamak! Surprised smile Dah pandai bagi jelingan maut dah budak kecik ni… Touching Mommy tau Firash! Crying face Huwaaa… Wakakaka… Sekarang adalah emosi marah… Dia sedang ekspresikan rasa marah… Tadi tu duduk menyorok celah ceruk belakang pintu tu, emosi dingin dan merajuk.

Bak kata sumber, pada masa dan ketika ini, anak-anak sedang secara perlahan-lahan mengenali setiap satu emosi. Sebagai ibu bapa kita kena pastikan peringkat ini mereka kenal setiap emosi yang ada. Kemudian cara bagaimana untuk mengawal emosi tersebut. Ini penting untuk mengelakkan atau mencegah anak-anak dari mengalami kecelaruan atau konflik identiti di masa akan datang. Siapalah yang nak anak sedih ya tak? Kalau boleh semua ibu bapa nak melihat anak-anak gembira senantiasa. Tapi Allah SWT ciptakan emosi itu secara fitrah di dalam diri manusia. Ianya adalah sebahagian daripada kita. Kita perlu tahu bagaimana cara nak mengawalnya. 

Ok…tak apa… ajak pergi TESCO tak nak… jeling Mommy… Perlahan-lahan Farah ambil kunci kereta dan mula bergerak ke pintu utama rumah… dan pada kali ini reaksi Iman Firash berlainan. Dia cepat-cepat panggil… “Mommy!”… Pergi ke rak kasut dan cuba pakai kasut sendiri… Bila saja Farah acah-acah nak buka pintu utama rumah… “Mommy! Wait…”… Ekekeke… Smile with tongue outSettle! Selepas tu mulalah dia seperti biasa dan bermain dengan Mommy seperti biasa… Kalau anak merajuk, jangan biarkan lama-lama sangat…Kesian anak tu, nanti kalau lama sangat tidur dalam keadaan sedih pula dia… Sebab tu, sebolehnya kita elakkan marah anak semasa mereka nak tidur dan biarlah anak-anak tidur di dalam emosi yang gembira.

Tapi betullah kata sumber, semuanya bukan mudah… terkadang ia boleh menjadi sesuatu perkara yang di luar kemampuan kita. Terkadang tu, bila Firash susah nak tidur malam… Farah tutup jer semua lampu, semua gajet dan juga televisyen…Menangis dia sebab tak bagi kita tutup lampu dan segala bagai… Tentu anda biasa dengar kan? Kalau nak diet kena ada teknik dan teknik tu pula perlu dijaga. Gula akan buatkan anak-anak hyper dan anak hyper boleh jadikan ibu bapa terkadang bertukar jadi raksasa gorgon Vampire bat, terkadang jadi singa, terkadang jadi harimau…Ha ha ha… Open-mouthed smile Akhirnya, emosi anak-anak yang cedera, sedangkan hakikatnya silap itu datang daripda kita sebagai ibu bapa.

TAK NAK ANAK DEGIL JANGANLAH BIAR ANAK MERAJUK TERLALU LAMA 2
Kredit: Sumber Gambar adalah dari Google

Pernah tonton kartun Inside Out? Farah tonton ni sewaktu naik kapal terbang ke Penang dulu….He he he… Bagus cerita kartun ni… Memang sangat disyorkan ibu bapa sekalian alam untuk tonton kartun ni…Sumber pun sokong…Katanya kalau kita tonton kartun ni kita akan faham dan juga kartun Inside Out ni sebenarnya banyak membantu sistem pelajaran syllabus ibu bapa. Kita selalu rasa diri kita ni bijak pandai dan tahu yang terbaik untuk anak-anak. Sedangkan, Allah hantar anak jer untuk ajar ibu bapa. Sebab tu orang yang sombong tak akan ke mana.

Yang penting…. jangan biarkan anak terlalu lama berada dalam mode emosi negatif. Kalau menangis pujuk segera. Sebab ia boleh membawa kepada kecederaan emosi. Bukan manjakan, tapi kalau tak nak anak jadi degil cepat-cepatlah pujuk anak-anak ya?

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !