Senarai Perkara MUSTAHIL Bagi Seorang Ibu Beranak Kecil

Farah Waheda Wahid
1
SENARAI PERKARA MUSTAHIL BAGI SEORANG IBU BERANAK KECIL
Kredit: Sumber dari Google

Sebelum ada anak dan selepas ada anak, tentulah keadaan berbeza. Manalah nak sama kan? Sebelum ada anak, kalau nak buat apa-apa ikut sesuka hati kita jer, tak perlu nak fikirkan tentang anak. Bila dah adanya anak kecil, sebelum buat apa-apa, mesti kena fikirkan anak dulu kan? Sebab tu ramai ibu-ibu yang dah melalui selalu pesan pada adik-adik yang bakal melalui… enjoy life puas-puas sebelum bersalin, sebelum ada anak… tidur puas-puas sebelum bersalin… Ha ha ha… Open-mouthed smile adalah sebab kenapa kami-kami ni kata atau pesan macam tu… Sememangnya ada beberapa perkara yang anda takkan dapat lakukan atau nikmati dengan sepenuhnya bila sudah mula ada handbag. Apakah senarai perkara mustahil bagi seorang ibu beranak kecil?

Tidur Malam Yang Nyenyak Dan Lena

Maksudnya, tidur malam yang selesa, nyenyak dan lena sepertimana sebelum mempunyai anak. Kalau rasa-rasa sewaktu sedang hamil tu tidur malam seakan terganggu dengan itu ini, he he he… Open-mouthed smile ini nak beritahu ni, jangan mimpi nak dapatkan tidur yang normal sepertimana sebelumnya selepas bersalin ya adik-adik. Boleh simpan jer impian tu jauh-jauh… Tidur malam bersama anak kecil ni, memang mengubah tidur malam kita… Kadang-kadang dia ajak kita main tengah malam… Kadang-kadang dia lewat nak lelap… Kadang-kadang dia meragam tengah-tengah malam…Ikut angin dia… Yang belum lalu tu, tunggu masa ya… In Shaa Allah, nanti rasa juga… Tak kira hari bekerja, tak kira hujung minggu… Sama jer… Yang syok, bila anak tidur, kita pun ambil peluang tidur sama… Heee… Demi nak cukupkan tidur supaya tak lesu…

Menikmati Makanan Dengan Aman Dan Tenang

Sama ada anak kecil dipegang dengan sebelah tangan, didudukkan dengan sebelah tangan ataupun selesaikan anak kecil kita dulu seperti tidurkan dia? Bila anak tidur jer…masa tulah kita akan makan dengan secepat mungkin bagi nak elakkan anak terjaga sewaktu kita tengah makan. Tapi perkara ni mungkin akan bertambah baik keadaannya bila mana anak-anak kecil dah mula makanan solid… Itu pun bergantung sekiranya kita suap mereka dan kita terpaksa lupakan makanan yang dihidang panas-panas sebab kena pastikan anak makan dulu dan kenyang dulu sebelum kita.

Ambil Masa Untuk Diri Sendiri… “Me Time” Ikut Sesuka Hati Bila Nak

Ingat tak macam mana jika dulu anda boleh habiskan masa berjam-jam di kompleks membeli-belah? Ronda sana, ronda sini, window shopping sana, window shopping sini…. Sehari suntuk pun tak kisah oiii… Tawaflah dalam kompleks membeli-belah tu berapa lama pun yang nak… berapa pusingan pun yang nak… Ataupun duduklah di mana-mana kafe semata nak berborak dan catch up dengan kawan-kawan walaupun selepas makanan dah habis dimakan. Benda-benda ni takkan terjadi lagi jika ada anak kecil. Ya betul, mungkin masih boleh lepak dengan kawan-kawan tapi bila masing-masing dah ada anak, semua orang takkan habiskan masa sampai berjam-jam sampai setengah hari atau sehari suntuk disebabkan anak kecil yang nak tidur, nak itu nak ini kan? Winking smile

Melakukan Kerja Dengan Tenang

Seorang ibu yang bekerja dari rumah dan juggling dengan anak kecil berusia 1 sehingga 3 tahun, I can tell youuuu… it is not the easiest thing in the world to get things done. Nak bercakap di telefon? Boleh… Tapi ha ha ha… Open-mouthed smile sama ada kena bercakap sambil berperang dengan si kecil ataupun bercakap dengan tenang sewaktu dia sedang leka bermain ataupun lena tidur. Nak menaip e-mel? Nak menaip entri blog? Nak siapkan kerja pejabat? Boleh jer…Siapa kata tak boleh…tapi bila ada jari jemari comel yang berminat nak tekan papan kekunci laptop … adalah beberapa pembetulan yang perlu dilakukan. Banyak typo tau… Ekekeke… Winking smile… Nak tenang buat kerja… Tunggu anak tidur! Psssttt…Iman Firash dah pandai tutup laptop office Mommy bila Mommy nak buat kerja. Hu hu hu… Crying face

Enjoying Down Time

Bukan sekadar mencabar nak siapkan sesuatu kerja, tapi mempunyai anak kecil juga bermaksud adalah mencabar untuk menghabiskan pembacaan sesuatu buku, siri televisyen ataupun movie. Ha ha ha… ianya akan mengambil masa yang sedikit panjang… Bila anak tidur baru boleh fokus ya?

Tak apalah… sebenarnya…walaupun agak sukar atau mustahil untuk melakukan sesuatu tu atau dapatkan masa tenang untuk lakukan sesuatu tu, sebenarnya semua ni latih dan didik diri kita untuk jadi lebih penyabar lagi. Adatlah tu kan? Kalau sama jer kehidupan sebelum dan selepas ada anak… Macam pelik juga ya? He he he… Winking smile

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. tak lama lagi, muja pulak merasai perkara mustahil ni.. insya Allah :)

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !