Home » , , , , , , , , , , , , » Sebab Apa TAK BOLEH Makan LAKSA? Kalau Anda WANITA BERPANTANG?

Sebab Apa TAK BOLEH Makan LAKSA? Kalau Anda WANITA BERPANTANG?

SEBAB APA TAK BOLEH MAKAN LAKSA KALAU ANDA WANITA BERPANTANG

Slurppp! Smile with tongue out… Ya ampunnn, sedapnya Laksa Penang aihhh! Favourite Farah kot! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Tiba-tiba jadi terliur pula tengok gambar laksa sewaktu Farah sibuk Google nak cari gambar laksa yang menikam kalbu untuk dijadikan sebagai penghias entri ini. Winking smile. Masa berpantang dahulu selepas melahirkan Iman Firash lebih kurang 3 tahun 2 bulan yang lalu… Wowww… Macam lama juga tu kan? Dah 3 tahun 2 bulan dah rupanya kau… Ekekekeke… Lama juga puasa makan laksa ni. Farah percaya, yang pernah melahirkan dan melalui proses berpantang sememangnya tahu tentang kisah laksa dan berpantang ni… Ramai yang tahu yang mana adalah sebaik-baiknya kalau anda wanita berpantang…Sila jauhkan laksa dari dijamah oleh anda. Tapi tahu tak sebab apa? Kenapa? tak boleh makan laksa ni?

Farah ni memang sibuk nak ambil tahu dan suka nak tanya atau kaji…Sebab apa? Kenapa? Yalah… Kalau dilarang tu pastilah ada sesuatu alasan yang kukuh dan sebab musabab yang menyebabkan ia menjadi satu pantang kan? Takkanlah nak main ikut macam tu jer? Mesti nak juga tahu apakah sebab musababnya… Tebal betul perasaan ingin tahu Mommy Ash! Open-mouthed smile Muahahahaha… mengalahkan anak yang berusia 3 tahun 2 bulan yang sedang giat bereksplorasi. Knowledge is something that is interesting and always interesting. The more I wanted to know, the more active I will try to find all the possible answers. Macam tulah Farah… Tapi bila dah tau, Farah biasanya suka berkongsi dan tak suka nak simpan-simpan sendiri… He he he… Yang boleh dikongsi kita kongsilah kan? Yang tak boleh nak kongsi tu, kita diam-diam simpan sendiri sudahhh…

Nak tau tak sebab apa? Haaa…meh sini rapat-rapat meh! Meh sini Farah kongsikan sebab apa tak boleh makan laksa kalau berpantang. Jawapan ni Farah jumpa dari artikel di SINI:

Mi Laksa Dimasak 2 Kali

Antara tegahan yang popular adalah kerana laksa dikatakan SEJUK dan BERANGIN. Hal ini kerana proses memasak dua kali membuatkan ia dimasuki angin dan memakannya ditakuti menyebabkan wanita selepas berpantang mengalami sakit urat.

Sayuran “Sejuk”

Timun dan nanas yang terdapat sebagai bahan sampingan dalam laksa boleh menyebabkan sakit urat dan menjejaskan kesihatan badan.

Ulaman Yang Boleh Menyebabkan Angin

Salah satu bahan dalam laksa yang dikatakan berbisa untuk wanita dalam pantang adalah bunga kantan dan daun kesum. Ia dipercayai tidak elok dan boleh mendatangkan mudarat dalam jangka masa panjang.

Kuah

Pilihan ikan yang dikisar sebagai kuah laksa juga tidak boleh sembarangan. Ikan kembung dikatakan akan menyebabkan kegatalan. Daun kesum yang dimasukkan dalam kuah juga dikatakan akan memberikan kesan kepada tubuh badan ibu berpantang.

Nak makan juga itu hak individu… He he he… Smile…. Ini cuma sebab, kenapa dan mengapa jer yang Farah dapat temui sepertimana yang dikongsikan oleh sumber… Ada orang pantang ngam-ngam ikut tempoh berpantang, ada orang berpantang 100 hari, ada orang berpantang 6 bulan, ada orang berpantang setahun… Pilihan dan ketahanan nafsu masing-masing kan? Farah? Laksa ni Farah berpantang selama lebih kurang tempoh 6 bulan kot? Kalau tak silap lah… Lama juga Farah tak menjumpakan diri dengan laksa dan mengelak untuk menyuapkan laksa ke dalam mulut ni dan kunyah serta hirup kuah laksa tu… Sekarang? Sekarang ni pantang jumpa! Ha ha ha… Jumpa jer terus ngap! Winking smile

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Sebab Apa TAK BOLEH Makan LAKSA? Kalau Anda WANITA BERPANTANG?, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, January 15, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

3 comments:

  1. Kite pantang setahun, lgpon bukan pengemar laksa sgt, hehe..!

    ReplyDelete
  2. yup. sejuk dan byk angin. kak Alycia pantang setahun tak ambik laksa lepas bersalin.

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY