Rawatan KAKI BENGKOK @ CLUBFOOT

Farah Waheda Wahid
2
RAWATAN KAKI BENGKOK_CLUBFOOT
Kredit: Sumber Gambar dari Google

Perasan tak? Ada sesetengah bayi apabila dilahirkan kakinya kelihatan bengkok sepertimana yang dipaparkan di dalam contoh gambar di atas. Ada sesetengah bayi pula bengkok sedikit sahaja dan tidaklah ketara serta teruk. Yang sangat mild kebengkokan dan tidak ketara itu, masih boleh dibentuk supaya lurus dengan urutan secara perlahan-lahan sewaktu mereka masih bayi lagi. Akan tetapi bagi yang sangat kritikal ataupun teruk sepertimana gambar yang di atas? Bagaimana pula?

Perkongsian yang diperpanjangkan dari artikel yang Farah sempat baca di SINI yang disediakan oleh Professor Dr. Sharaf Ibrahim.

Apakah Kaki Bengkok?

Ia merupakan kecacatan dari lahir yang melibatkan sebelah atau kedua-dua belah kaki. Kaki yang terjejas terpusing ke dalam. Sekitar 1 dalam 1000 bayi dilahirkan dengan kaki bengkok. Kanak-kanak yang mengalami kaki bengkok yang tidak dirawat akan mengalami kesakitan dan kesukaran berjalan sepanjang hayat mereka. Penyebab clubfoot tidak diketahui. Ia mungkin disebabkan oleh gabungan beberapa faktor yang bertindak bersama (contohnya faktor persekitaran dan genetik). Namun, dengan rawatan, kebanyakan pesakit pulih sepenuhnya semasa kecil dan boleh melalui kehidupan yang normal.
 

Bagaimana Kaki Bengkok Dirawat?

Kini kaedah Ponseti diterima sebagai rawatan pilihan kerana kebolehpercayaan dan keberkesanannya (9 daripada 10 berjaya dirawat). Rawatan lazimnya bermula dalam tempoh satu minggu pertama kelahiran dan terdiri daripada manipulasi dan cast plaster setiap minggu. Secara purata, 5-7 cast plaster diperlukan namun bagi sesetengah bayi yang mempunyai kaki yang lebih ketat, mungkin memerlukan tempoh yang lebih lama untuk dibetulkan. Dalam kalangan kebanyakan bayi, kord tumit masih ketat walaupun dengan cast plaster dan ia perlu dipotong (tenotomi). Selepas tenotomi, cast plaster akan dipasang selama 3-4 minggu lagi.

RAWATAN KAKI BENGKOK_CLUBFOOT 2
Kredit: Sumber Artikel

Selepas cast plaster ditanggalkan, kasut dan palang (foot abduction orthosis) akan dipakai sekurang-kurangnya selama 23 jam sehari (kecuali semasa mandi) untuk mengekalkan kaki kepada posisi yang betul. Pemakaian kasut sepenuh masa selama 3 bulan adalah disarankan, kemudian baharu dipakai di sebelah malam atau ketika tidur sahaja sehingga mereka mencapai umur mereka boleh berjalan (9-15 bulan). Pemakaian di sebelah malam disarankan sehingga berumur 4 tahun. Pematuhan adalah penting kerana kecacatan boleh berulang jika tempoh pemakaian kasut tidak mencukupi.

Kaki bengkok boleh diluruskan. Kanak-kanak tidak harus dibiarkan tanpa mendapat rawatan!


Anak anda boleh dirawat dengan jayanya menggunakan kaedah Ponseti. Pembedahan minimum atau tiada pembedahan diperlukan kecuali bagi kes-kes rumit. Berbincanglah dengan pakar ortopedik secepat mungkin jika anak anda mengalami kaki bengkok.

RAWATAN KAKI BENGKOK_CLUBFOOT 3
Kredit: Sumber Artikel

RAWATAN KAKI BENGKOK_CLUBFOOT 4
Kredit: Sumber Artikel

Hari Clubfoot Sedunia diraikan setiap tahun sekitar 3 haribulan Jun sebagai tanda penghormatan kepada Dr. Ponseti. Sambutan Hari Clubfoot Sedunia yang pertama di Malaysia telah diadakan di Kuala Lumpur pada 30 Mei 2015. Dianjurkan oleh Puan Zarinawati Saad dan ibu bapa lain yang mempunyai anak-anak yang mengalami clubfoot, mereka telah memberi kesedaran dan sokongan kepada ramai ibu bapa Malaysia. Mereka boleh dihubungi melalui blog mereka (clubfootmalaysia.blogspot.com).

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. masa kecik husbad akak pernah kena macam ni farah..tapi mak dia cepat2 berubat kampung..alhamdulillah..baik..cuma bila dah tua ni selalu sangat kena sakit2 kaki tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !