Panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1

Farah Waheda Wahid
1
PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1

Jadi ibu bapa ni memang banyak perkara kena difikirkan ya tak? Ianya bukan sesenang ejaan I-B-U dan juga B-A-P-A. Winking smile. Kalau fikiran Farah ni kan, senantiasalah menerawang dan berfikir itu ini dan selepas satu dan satu lagi. Selepas satu dan satu lagi. Kena alert, kena sentiasa mengikuti perkembangan semasa, kena sentiasa itu, sentiasa ini. Ha ha ha… Open-mouthed smile sekarang ni dah mula terasa bagaimana hebatnya juggling dengan kehidupan. Belum rasa belum tahu, dah rasa barulah tahu. Betul tak? Pendaftaran kemasukan sekolah ke tahun 1 adalah perkara yang seterusnya berada di dalam fikiran Farah. Sekarang ni dah tak main dah daftar isi borang atas kertas ya tak? Sekarang ni dah gunakan Sistem Pendaftaran Atas Talian  (SPAT). Nilah nak kongsi dengan anda yang belum pernah melalui dan berpengalaman tentang panduan Sistem Pendaftaran Atas Talian Tahun 1.

Shhh… Yang dah pakar serta berkali-kali melakukan pendaftaran kemasukan sekolah melalui Sistem Pendaftaran Atas Talian tu… Janganlah gelakkan kita-kita yang baru nak belajar ni. Kenalah belajar kan? Sebab tahun 2017, kalau tak silap Farah hanya perlu menanti pengumuman dilakukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tentang tarikh bermulanya pendaftaran untuk anak-anak yang lahir pada tahun 2013. Yang mana sudah tentu berkait dengan Iman Firash kan? Jadi kenalah equip diri dengan knowledge apa yang patut ya tak?

Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Pendaftaran baru bagi tahun 1 akan menggunakan aplikasi sistem yang baru daripada KPM iaitu Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian. SPAT telah diperkenalkan untuk memudahkan permohonan dan pendaftaran ke tahun 1 tanpa ibu bapa pelajar perlu mengisi borang manual.

Capaian Sistem


PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 2

  • Sistem Pendaftaran Atas Talian boleh dicapai melalui alamat berikut:  https://public.moe.gov.my
  • Pelayar yang sesuai digunakan adalah Internet Explorer (IE) 7 ke atas dengan resolusi paparan adalah 1024 X 768 pixel atau Mozilla Firefox 3.0.18 ke atas atau Google Chrome.

Daftar Pengguna

Daftar Pengguna Baru


PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 3
  • Lihat di sebelah kiri anda terdapat satu ruangan untuk anda daftar masuk.
  • Klik pada butang Pengguna Baru untuk mendaftar akaun.
  • Isi setiap medan wajib yang bertanda (*).

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 4

  • Setelah selesai, tekan butang Daftar.
  • Satu pop-up akan dikeluarkan seperti rajah di bawah. Kemudian, klik pergi ke halaman utama.

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 5


  • Klik Isi Semula, jika ingin mengisi semula butiran.

Daftar Masuk

  • Pergi ke halaman utama, masukkan Id Pengguna (No. Mykad) dan kata laluan seterusnya klik pada butang Daftar Masuk.

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 6

Lupa Kata Laluan

  • Jika terlupa kata laluan, klik pada butang Lupa Kata Laluan untuk mendapatkan semula kata laluan anda.

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 7

  • Masukkan No. Mykad anda (tanpa ‘-’) dan Email seterusnya tekan butang semak.
PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 8

  • Setelah menekan butang semak, paparan seperti rajah di bawah akan dipaparkan. Masukkan jawapan bagi soalan keselamatan dan klik butang Semak Jawapan.

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 9

  • Setelah itu, kata laluan akan dipaparkan.

PANDUAN SISTEM PENDAFTARAN ATAS TALIAN TAHUN 1 10

Menu Utama

  • Setelah berjaya daftar masuk, klik pada eDaftar Tahun 1.

Aduan Masalah Penggunaan Aplikasi Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT)

Sila rujuk atau menghubungi:

Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 4, Blok E2, Kompleks E
62604 PUTRAJAYA Unit ICT

E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (WP Putrajaya)

Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Jalan P16, Presint 16
62150 Putrajaya
Talian Utama : +603-8890 3070
E-mel : daftartahun1@moe.gov.my

Pertanyaan Permohonan ke Tahun 1 (Selangor)

Jabatan Pendidikan Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E
Seksyen 4, 40604 Shah Alam,Selangor.
Talian Utama : +603-55186500


E-mel : jpn.selangor@moe.gov.my

Tindakan Ibu Bapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara atas talian dengan mengisi butiran yang diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPAT) serta mencetak bukti permohonan atas talian berkenaan perlu hadir ke sekolah yang dipohon untuk perakuan permohonan dan sila bawa bersama dokumen yang berkaitan seperti berikut:

1. Sijil Lahir/ Sijil Anak angkat (asal + salinan)
2. Kad Pengenalan Ibu, Bapa / Penjaga (asal + salinan)
3. Sijil Nikah / Sijil daftar perkahwinan (asal + salinan)
4. Surat Cerai dan Perintah Hak Penjagaan Anak (Hadhanah /Custody) (asal + salinan)
5. Bil Elektrik / SYABAS sebagai bukti alamat (asal + salinan)
6. Sampul surat bersetem 0.80 sen bersaiz 4 x 9 (115 cm x 245 cm)
 

Masa Dan Tempat Serahan Dokumen

Masa : Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi – 4.30 petang)
Tempat : Pejabat Sekolah (untuk serahan dokumen)

Rujukan: https://public.moe.gov.my/panduan/MUAT_TURUN.pdf
Rujukan: http://www.mysumber.com/pendaftaran-online-murid-tahun-1-selangor-putrajaya.html

Bila anak sudah memulakan alam persekolahan tadika, terbuka pintu ke dunia pendidikan dan kena ambil tahu tentang dunia pendidikan semasa dengan lebih teliti berbanding dahulu. Smile… Sebab tu sibuk sekarang ni belajar tu belajar ni, cari itu cari ini…. Supaya taklah seperti orang yang berjalan di dalam gelap sedangkan lampu ada jer kalau nak pasang… Sambil-sambil tu, memang kena ringan mulut bertanya kawan-kawan yang telah berpengalaman… Belajar sikit-sikit dari situ, dari sini… Kenalah kan?

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Dah online ni memang semua senang... tapi kesian juga pada mereka yang tak berapa celik IT...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !