Officially A PreSchooler! Kisah Hari PERTAMA

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA

4.7.2017 – Iman Firash Bin Husaini secara rasminya kini adalah seorang preschooler yang berusia 3 tahun 2 bulan. Big boy already huh? Winking smile. Dari sekecil-kecil 2.86kg, pejam dan celik, pejam dan celik, cepat sungguh masa berlalu! Tubuh halus mulus kecil molek 2.86kg itu dahulu, sekarang ini boleh tahan juga semangatnya bila dia didukung setelah permintaan berbunyi “Kukung Mommy? Kukung” which means dukung Mommy… dukung. Merengkeh jugalah Mommy yang sedia chubby ni bila mendukung dia… Agak-agak sampai bilalah Mommy kena dukung Iman Firash ni ya? Ekekeke… Open-mouthed smile. Tak sangka! Sekarang dah sekolah dah dia… Uishhh…toksah cakaplah tiba-tiba hari ni juga bila melihat gelagat dia di hari pertama di sekolah, hati yang sedia ada rapuh ni, tiba-tiba merasa sendu, syahdu syahdan sehingga secara jujurnya telah berjaya membuatkan air mata ini bergenang-genang.

Janin sebesar saiz kacang pada April 2013 yang diceritakan di Bubblynotes.Com, bayi pada akhir November 2013 yang setiap perjalanannya tercoret rapi secara maya di Bubblynotes.Com – hari ini bukan lagi seorang bayi. Hari ini telah memulakan satu alam atau dunia baru di dalam kehidupan dia yang tidak pernah dia lalui selama ini tanpa sebarang titisan air mata, tanpa sebarang jeritan ataupun rontaan. Jangkaan Mommy yang super duper tersampuk panic attack pada hari sebelum sesi persekolahan bermula, menampakkan sangat Mommy Ash yang over reacted yang sebenarnya kan? Walhal, si anak? Muahaha… Open-mouthed smile chillex to the max dan bersahaja di sekolah walaupun pada hari pertama. Sungguh di luar jangkaan Farah! Terus-terang sampai migrain teruk dan pitam Mommy dia ni memikirkan dan membayangkan segala bentuk kemungkinan yang akan berlaku pada hari pertama persekolahan dia. Macam tak percaya pun ada! Bila Mommy ibarat separuh nak pengsan diserang migrain teruk dan rasa memang benar-benar nak pitam, akhirnya dia sangat behave dan ceria di hari pertama persekolahan dia.

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana mempermudahkan serta melancarkan urusan Iman Firash dan Farah pada hari ini. Lega rasanya bila tidaklah rasa seperti nak pergi berperang walaupun macam-macam anticipation yang ada di kotak pemikiran Farah ni. Maunya tak macam-macam? Iman Firash tidak pernah sekalipun  dihantar ke rumah pengasuh dan mana-mana pusat asuhan. Risau juga jika dia mempunyai satu masalah yang besar bila tidak dapat menyesuaikan diri dengan keadaan baru kan? You know the kind of thoughts when your kids do not socialize with others and trapped in their own world? Ha…macam tulah yang bermain di fikiran Farah. Jujurnya tidaklah mengatakan hari pertama Iman Firash di sekolah sempurna seratus peratus. Pasti tidak banyak sedikit ada juga hick up nya kan? Sikit jer sikit, tak banyak pun… Pada awalnya sahaja…

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 2

Kisah Bangun Di Waktu Pagi

Hari sebelumnya, pukul 8.50 malam, semua lampu, televisyen dan gajet dipadamkan. Gelap gelita kot rumah? Open-mouthed smile muahaha… Sengaja! Semuanya semata-mata kerana mahukan Iman Firash tidur lebih awal dari kebiasaan. Bila dah mula bersekolah di usia sebegini, mahu atau tidak, orang dalam rumah kenalah berkorban ya? Kanak-kanak seusia Iman Firash ni kena dipastikan mendapat tidur yang cukup supaya dapat bangun pagi dengan lebih awal tanpa sebarang masalah. Sampaikan Mommy nak layan telemovie bersiri, Lara Cinta Ameena di minggu akhir pun terpaksa curi-curi tonton melalui telefon. Wakakaka… Nak tidurkan anak, dalam masa yang sama nak layan Lara Cinta Ameena. Boleh? Kalau dibiarkan terbuka televisyen tu, sah-sah memang tak tidur lah kan?

Hasilnya? Agak mudah membangunkan Iman Firash dari tidur pagi tadi… Tetapi bab nak ajak ke bilik air tu ada sedikit battle untuk Mommy. Barulah cabaran kan? Ha ha ha… Winking smile. Dia tak nak masuk bilik air mandi. Huishhh dia punya berpaut pada Farah tu… Allahuakbar… Tauuu…Sebenarnya sebab dia takut air mandian dia tu sejuk seperti biasa. Hakikatnya, Farah dah jerang air untuk mandikan dia dengan air panas di waktu pagi sebelum ke sekolah. Lain-lain? Dari segi menyiapkan dia segala bagai, Alhamdulillah tak ada masalah… Umpannya? Nak ikut Mommy tak? Mommy nak pergi school naik car. Bila sebut naik car ajer, memang lajulah dia kan?

Kisah Di Tadika

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 3 (1)

Ini namanya mamun atau mamai. Sempat mengelamun lagi Iman Firash. Mengantuk lagi ke tu? Duduk termenung sekejap dia di dalam kelasnya sementara menanti kawan-kawan lain sampai dan cukup korum. Pagi tadi pukul 8.00 pagi ada perhimpunan pagi yang pertama untuk sesi persekolahan 2017. Sekejap ajer duduk mengelamun macam tu, selepas itu…

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 4

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 5

Macam dapat antidote, terus segar bugar dan aktif mengaudit setiap inci sudut kelas yang bakal Iman Firash duduki setiap hari untuk menimba ilmu dan bersosial bersama rakan-rakan sebaya tersebut. Setakat pada peringkat ini untuk cerita Iman Firash di hari pertama persekolahan dia, masih belum ada tanda-tanda yang dia akan mengalirkan air mata, meronta mahupun menjerit. Kelihatan ceria dan gembira meneroka sekeliling kawasan kelas.

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 5 (2)

Bila semua murid-murid telah sampai, makanya bermulalah sesi perhimpunan pagi yang telah dijadualkan. Yang berhimpun tu semua abang-abang dan kakak-kakak yang berusia 5 dan 6 tahun. Yang sebaya Iman Firash pun ada juga, yang berusia 4 tahun. Belakang-belakang tu semua ibu bapa yang datang menghantar anak-anak masing-masing. Seronok juga mengikuti sesi perhimpunan pagi kanak-kanak tadika ni. He he he… Dan sebenarnya bagus juga biasakan anak-anak kecil dengan sesi perhimpunan sekolah, bila masuk ke sekolah rendah nanti, tak adalah mereka rasa janggal dengan sesi perhimpunan kan?



Alahaiii, aunty pun rasa macam nak ikut goyang sama aihh… Ahaksss! Open-mouthed smile. Sesi perhimpunan pagi tersebut berlangsung selama lebih kurang 30 minit plus minus. Selepas selesai perhimpunan pagi… Jeng jeng jeng… Filmstrip drama tangisan, drama jeritan, drama rontaan anak-anak kecil yang tidak mahu berpisah dengan ibu bapa pun bermula. Sehingga episod ini, kisah ini, Iman Firash masih in a steady state. Dia lihat orang lain menangis, dia pandang sambil melopong-lopong. Waktu tu, Farah dah risau kalau-kalau dia tengok orang lain menangis dia ikut menangis sama. Tapi tak! Dia buat tak kisah dan buat hal dia jer…

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 6

Elok duduk atas yoga mat sama kawan-kawan sekelas dia dan amboiii… peramah tu memang Mommy dah tau… Sebab Iman Firash memang suka berkawan dan juga make friends dengan orang walaupun baru berjumpa… Belum apa-apa lagi… Sibuk dia dok keluarkan bekas pensil Minions dia tu dan pensil warna dia tu dan tunjuk pada kawan-kawan! Surprised smile hah? Biar benar Iman Firash ni? Wakakaka… Open-mouthed smile memang potensi bermurah hati dan kena top up pensil dan alat tulis asas yang lain selalu ni nampak gayanya kalau macam ni. Leka dia dengan kawan-kawan yang ada di sekeliling dia tu. Tak apalah, biarlah dia berkawan sebab memang salah satu objektif hantar dia ke tadika pun nak dia berkawan kan?

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 7

Memang sibuk sangat-sangat dah nampak gayanya Iman Firash. Masa nilah Farah curi peluang nak menghilangkan diri dan keluar dari kelas dia tu. Ekekeke… Winking smile. Laju jer tak toleh-toleh ke belakang lagi keluar dari kelas dia. Tapi Farah taklah terus cabut ke mana-mana kan? Farah tunggu seketika di hadapan kelas di sebalik tembok batu dan juga celah-celah kereta.

Mencari jugalah dia… Nampak dia ke pintu hadapan kelas sebanyak 2 kali mencari-cari Farah dan cuba mencapai sandal dia. Setiap kali berlaku begitu, teacher dia akan bawa dia masuk ke dalam kelas semula. Tersenyum-senyum juga Farah di sebalik tembok dan celah-celah kereta tu melihatkan gelagat Iman Firash. Ingatkan dah nak menangis ataupun menangis mencari Mommy. Tak ada! Alhamdulillah… Tak menangis pun… Steady lah Iman Firash. Heee….

Farah tunggu seketika bila teacher dia bawa dia masuk ke dalam kelas semula untuk sama-sama dengan kawan-kawan lain. Kemudian teacher dia keluar dan tunjuk tanda thumbs up Thumbs upkatanya Alhamdulillah, dia ok! Tak menangis! Bila teacher dia dah beritahu macam tu, Farah terus masuk ke kereta dan tuju ke stesen minyak. Minyak dah berkelip oiii… Kena isi minyak dulu. Selepas isi minyak… terima satu What’s App dari teacher dia… Debar juga nak buka atau baca, manalah tahu kalau-kalau dia dah mula menangis ke kan?

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483523043590","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":1334,"subsource":"done_button","total_editor_time":27,"brushes_used":0}

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483523084524","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":1117,"subsource":"done_button","total_editor_time":41,"brushes_used":0}


Kopiah dah tak tau terbang ke mana dah tu… Wahhh… clap clap…Dia ok! Tak menangis! Bila dah dapat mesej macam ni, apa lagi… eloklah Mommy siapkan kerja-kerja pejabat sementara tunggu tamat waktu persekolahan Iman Firash pada 12.30 tengah hari. Walaupun bercuti, tetapi masih tetap work from home. Ada banyak task yang Farah nak kena attend dan siapkan. Biasalah awal-awal tahun ni kan? Kerja bukan boleh dibiarkan bertampun-tampun, bertampun-tampun, nanti diri sendiri yang tak menang tangan nak selesaikan. Semput dibuatnya nanti. Nenek dia pula, Alhamdulillah, lega hati bila dapat lihat, nenek Iman Firash ambil kesempatan Iman Firash di tadika untuk berehat. Salah satu objektif lagi, memang nak beri nenek dia berehat sedikit. Sekurang-kurangnya tak perlulah nenek nak asuh dari pagi sehingga ke petang atau malam kan? Dapat juga me time nenek tu… Ekekeke… Winking smile.


Kisah Waktu Tamat Sesi Persekolahan

Lebih kurang dalam pukul 12.00 tengah hari macam tu, Farah dah mula bergerak untuk ambil Iman Firash dari sekolah. Waktu Farah sampai tu, dia sedang melakukan aktiviti menyanyi sambil melakukan gerakan-gerakan mengikut arahan tertentu. Kemudian, salah seorang teacher yang bertugas, keluar untuk berjumpa dengan salah seorang ibu bapa yang sedang menunggu. Selepas teacher tu selesai dengan pasangan ibu bapa terbabit, terus teacher tu pandang Farah dan kata… “Puan… Alhamdulillah, ok. Iman Firash sangat-sangat ok. He is indeed a very clever boy. Very very clever. Masha Allah… “… Ehemmm… Makluman… Pointing up Ini bukan nak up anak sendiri ya? Tapi itulah yang diperkatakan oleh teacher Iman Firash. Maklumbalas sewaktu hari pertama persekolahan yang diterima oleh Farah daripada guru dia sendiri. Allahuakbar… Perasaan seorang ibu kan? Mestilah rasa terharu dan rasa yang sukar nak digambarkan bila mendapat maklumbalas sebegitu… Tak sangka pun ya…

Perbualan terhenti di situ. Dan Farah teruskan penantian sehingga Iman Firash tamat kelas. Tepat 12.30 tengah hari, teacher dia bawakan Iman Firash kepada Farah. Yeayyy! Successful day for day one! Syukran Ya Allah!

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 11

Pergi ke sekolah dengan wajah ceria dan gembira. Balik juga dengan wajah ceria dan gembira. This is a sincere confession that been lingering on my mind this whole day after the whole scenario of today… Ok, tak kisahlah sesiapa yang membaca ni nak datang dengan persepsi yang bagaimana… atau nak fikirkan apa… Apa yang penting? Secara peribadi, dengan turun naiknya hidup ini, syukran Ya Allah, Engkau permudahkan urusan kelahiran Iman Firash dengan mudah dan kadar yang pantas walaupun berkomplikasi dengan risiko nyawa kedua-dua pihak. Syukran Ya Allah, Engkau permudahkan juga detik penting pertama Iman Firash memulakan alam atau dunia barunya. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Terima kasih di atas kasih sayangMu Ya Allah! Semoga Engkau terus memberikan kasih sayangMu kepada kami berdua, melindungi serta memberkati dan merahmati kehidupan kami. Amin Amin Ya Rabbal Alamin.

OFFICIALLY A PRESCHOOLER! KISAH HARI PERTAMA 12

Permulaan yang boleh dikatakan baik dan semoga Iman Firash terus baik-baik sahaja. Diharapkan Iman Firash akan terus maintain dengan motivation and spirit yang ada dengan dia pada hari ini dan terus positif about school. In Shaa Allah, Amin. Mommy doakan yang terbaik untuk Iman Firash ya sayang? All the best in your future undertakings my son… Mommy always there to support you no matter what…

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Officially A PreSchooler! Kisah Hari PERTAMA, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Wednesday, January 4, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Syukur...syukur...syukur...anak aunty PC dah school la...langkah pertama ini pembuka pada jejak-jejak seterusnya...moga Iman Firash terus mencintai ilmu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aunty PC, Iman Firash membesar bersama-sama Aunty juga kan melalui blog ini... Terima kasih Aunty untuk doa untuk Iman Firash... Amin...

      Delete
  2. Alhamdulillah semua OK..Semoga berjaya Ash...

    ReplyDelete
  3. dah 3 tahun firash ye...dah skool..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY