Memakaikan SARUNG TANGAN Atau “MITTENS” Untuk Tempoh Yang Lama Adalah TIDAK BAGUS!

Farah Waheda Wahid
1
Memakaikan SARUNG TANGAN Atau MITTENS Untuk Tempoh Yang Lama Adalah TIDAK BAGUS!

Ni nak tumpang tanya ni… Ingat tak berapa lamakah tempoh anda memakaikan sarung tangan bayi ataupun dikenali sebagai mittens pada anak-anak masing-masing sewaktu mereka masih lagi bayi? Bagi Farah, seingat Farah, Iman Firash dipakaikan mittens sehingga dia berusia lebih kurang 4 bulan sahaja. Tidak lebih dari itu. Yang Farah nak cerita ni adalah…tahu tak yang sebenarnya adalah TIDAK BAGUS sekiranya kita sebagai ibu bapa memakai sarung tangan bayi untuk satu tempoh yang terlalu lama? Kenapa? Tentulah kena baca perenggan yang seterusnya di dalam entri ini kannn?

Secara kebetulan, Farah terlalu pada posting Nor Farahdilah Harifrisyah dan Farah rasakan ia adalah sesuatu yang boleh dikongsikan untuk pengetahuan semua wanita yang bakal bergelar ibu ataupun kepada ibu-ibu sedia ada yang bakal menimang cahaya mata sekali lagi. Something good which I think that mommies and daddies should take note. Apakah yang dikongsikan oleh Puan Nor Farahdilah Harifrisyah ya? Sila baca dengan teliti:

Ibu-ibu take note ya?

“Sampai Bila Awak Nak Pakaikan Mittens Pada Tangan Anak Awak?”…

Hari ini saya terpanggil untuk berkongsi sedikit ilmu yang saya perolehi dari seorang doktor pakar kanak-kanak (paediatric) di Hospital Columbia Asia. Ketika anak saya Danny berusia 2 bulan, saya buat pemeriksaan untuk dia. Seperti biasa sebelum berjumpa dengan doktor, nurse akan ambil anak saya dan timbang serta ukur ketinggian terkini. Selepas selesai, nurse serahkan balik mittens tadi. Sebelum ini pun, nurse buat perkara yang sama juga. Jadi, saya pun pakaikan kembali mittens itu.

Sampai di bilik doktor, mittens itu sekali lagi ditanggalkan. Pada masa itu saya berasa pelik dan bertanya mengapa doktor tanggalkan mittens anak saya?

“Awak nak perkembangan anak awak ini cepat atau lambat? Sampai bila awak nak pakaikan mittens pada tangan anak awak? Semua orang berlumba-lumba supaya perkembangan anak dia cepat,” jawab doktor itu dengan selamba. Jawapan doktor itu membuatkan saya terkebil-kebil dan tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor. Selepas dia menjelaskan mengenai perkara itu, saya serta merta terus hentikan pemakaian mittens pada anak saya.

Jika kita berterusan pakaikan mittens pada anak kita, anda akan dapat perhatikan tangan anak kita akan sentiasa menggenggam. Betul tak? Jadi, jika kita tanggalkan mittens seawal yang boleh, tangan anak kita akan menyentuh segala yang ada berdekatan dengannya. Secara tidak langsung sentuhan itu akan merangsang otak bayi. Jika tangannya sentiasa berada dalam mittens dan terus-menerus menggenggam tangan, bayi kita tidak akan dapat meneroka apa yang ada di sekeliling dia dan otak juga tidak akan terangsang. 

Kenapa Kita Pakaikan Mittens Pada Bayi Kita?

Antara sebabnya, kita tidak mahu anak tercakar mukanya sendiri, tangan anak sejuk. Betul? Orang Melayu kita sudah terbiasa dengan pemakaian mittens ini. Kalau tidak dipakaikan, nanti orang yang terlebih dulu makan garam bising pula. Pernah dengan orang yang berpengalaman kata swan daki dekat celah-celah jari bayi? Sebab itu selepas mandi kena lap kering-kering baru pakaikan mittens. Kalau tak pakaikan mittens pun, tak ada masalah daki di celah jari.

Memang pada awalnya anak kita akan tercakar mukanya sendiri. Memang akan luka tetapi sekali dua sahaja dan selepas itu anak kita belajar kalau terkena kuku, dia akan merasa sakit. Jadi dia akan berhenti mencakar muka dan akan menggosok mukanya dengan belakang tapak tangan. Si ibu kena pastikan kuku bayi sentiasa pendek. Jadi, pada yang masih ada bayi, yang masih pakai mittens, boleh tanggalkan dan berhenti memakaikan mittens seawal bayi berusia sebulan. Bila bayi yang guna botol, boleh ajar pegang botol. Yang amalkan penyusuan ibu, boleh sentuh kulit ibu dan proses ini dinamakan bonding. Banyak lagi manfaat tanpa memakai mittens pada bayi.

Sama juga dengan konsep yang banyak kita praktikkan, motor-skills development, kinestetik, all of that thing use hand… Jadi kenapa kita halang jari jemari anak kita dan tangannya menyentuh segala-gala yang ada di sekeliling? Stop using mittens for our baby. Let’s their fingers explore the world.

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Mittens ni paling lama pun 2 bulan je saya pakaikan kat anak sebab mereka dah mula menghisap jari jemari, so mak saya pesan better bukak untuk elakkan penyakit lain pulak. Lagipun, ada masa baby ni berbedung jadi tak ada isu pasal tangan baby sejuk, Kalau stoking memang lama sikit baru saya stop pakaikan pada baby saya.

    Salam singgah dari http://sayaazieera.blogspot.com

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !