Memahamkan LINUS 2.0 Bagi Murid SEKOLAH RENDAH…

Farah Waheda Wahid
1
MEMAHAMKAN TENTANG LINUS 2.0 BAGI MURID SEKOLAH RENDAH...

Ada sedikit waktu terluang di hujung minggu ni, sementara Iman Firash tidur, Farah sempatlah belek-belek dan study sikit-sikit mengenai program LINUS 2.0 yang telahpun diperkenalkan serta dikuatkuasakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan gedik… tapi saja nak fahami dan hadamkan apakah sebenarnya LINUS 2.0 walaupun masih ada lebih kurang 3 tahun lagi, Iman Firash nak sampai serta turut terlibat di dalam program LINUS 2.0 ini… Bukan apa, memandangkan anak telahpun memulakan alam tadika, pintu ke arah perkembangan pendidikan negara semasa itu telahpun terbuka dan Farah perlu mengetahui perkembangan dunia pendidikan agar diri celik dengan stail pendidikan serta keperluan pendidikan anak-anak zaman kini. Dulu dan kini sudah semestinya berbeza. Ini diakui oleh ramai ibu bapa pun… Anak nak jejak alam persekolahan bukan anak jer perlu dipersiapkan… mak mak, ayah-ayah pun perlu mempersiapkan diri juga… Ho ho ho… Open-mouthed smile… Bagaimana Farah nak bantu Firash kalau Farah sendiri pun tak faham kan? Jadi…Farah kenalah faham terlebih dahulu supaya I get the ideas of what it is all about dan barulah boleh Farah gariskan strategi sokongan bagaimanakah yang dapat Farah berikan kepada Iman Firash dan peranan yang seumpama apa yang perlu Farah mainkan sebagai seorang ibu?


Tergerak hati nak mendalami dan memahami tentang LINUS 2.0 ni pun sebab sewaktu sebelum Iman Firash memulakan alam tadika dia, Farah sempat berborak dengan pengetua tadika Iman Firash. Pengetua tadika Iman Firash ada berborak tentang program LINUS 2.0 ni… Dan memaklumkan, bahawasanya selama beberapa tahun di tadika ini, Iman Firash dan juga anak-anak yang lain akan dipersiapkan dengan sebaik mungkin supaya bersedia untuk program LINUS sewaktu di Sekolah Rendah nanti. Dari situlah, yang menjadikan Farah pun sibuk sama nak memahamkan tentang LINUS.

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan LINUS?

LINUS ialah akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013, program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini.

National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menyasarkan bahawa semua murid tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di Sekolah Rendah. Bahagian Pembangunan Kurikulum telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui usaha mengatasi masalah literasi dan numerasi di kalangan murid Sekolah Rendah.

Secara simple nya…yang Farah faham, the Ministry of Education are putting an effort via this programme to ensure semua murid-murid at least kenal ABC, boleh baca, boleh menulis dan boleh mengira by the age of 9. Dengan harapan tak ada murid-murid yang keciciran di belakang yang mana walaupun dah masuk Darjah 4 tetapi masih tidak tahu membaca, tidak tahu menulis, tidak boleh mengira. Kementerian Pendidikan Malaysia nak pastikan yang anak-anak Malaysia ni, semuanya boleh membaca, menulis, mengira… Hurmmm… In which, in another point of view, it’s good… sebab teringat sewaktu Farah di Sekolah Rendah dulu… Ada antara rakan-rakan sekelas yang tidak tahu membaca, menulis dan mengira walaupun kami dah berada di Darjah 5 pada waktu dan ketika itu.

Dan apa yang Farah faham lagi… di dalam program LINUS ini, satu kurikulum yang khusus telah dibina bagi murid-murid berkeperluan khas yang meliputi murid bermasalah pelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, masalah kepelbagaian deria, masalah fizikal dan terencat akal.

Definisi Literasi Dan Numerasi Asas Di Bawah Program LINUS

MEMAHAMKAN TENTANG LINUS 2.0 BAGI MURID SEKOLAH RENDAH...3

Nampak tu? Nampak tak? Eleh kecohnya Mommy Firash ni… Ohoiii… Mak mak dan ayah-ayah lain dah terlebih dulu makan garam dan berpengalaman dalam LINUS ni kot? Awak belum pun tempuh lagi Mommy Firash oiii…. Takperlah kan? Sekurang-kurangnya ada jugalah idea dalam kepala otak Farah ni, apa yang perlu Iman Firash tahu dan apa strategi yang boleh Farah lakukan tanpa membebankan Firash atau menekan Iman Firash terlalu sangat. Kakak tak nak anak kakak belajar dalam keadaan tertekan oiii… Dalam keadaan stres…. Tak baik untuk perkembangan semasa… Marilah Mommy Firash…Perah otak memikirkan bagaimanakah caranya… Muahahaha… Open-mouthed smile

Definisi Literasi:

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk (dengan menggunakan kata hubung), mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Defini Numerasi:

Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.

Proses Perlaksanaan Saringan

Program LINUS memerlukan setiap murid ditaksir melalui proses saringan. Murid disaring sebanyak 2 kali setahun (Mac dan September) mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bermula dari Tahun 1.

Instrumen saringan dibina oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Terdapat 12 konstruk pada setiap LBM, LBI dan Numerasi. Instrumen dibina berdasarkan konstruk.

Murid dikategorikan menguasai sekiranya melepasi 12 konstruk.

Apa Itu Saringan?

Proses mendapatkan maklumat daripada satu tugasan yang diberikan kepada guru-guru dengan menentukan keupayaan murid tersebut telah menguasai sesuatu konstruk yang ditentukan. Murid akan diberi instrumen secara LISAN dan BERTULIS pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid dianggap menguasai atau melepasi LINUS sekiranya mampu menjawab soalan yang ditanya.

Perbezaan LINUS 1.0 dan LINUS 2.0?


MEMAHAMKAN TENTANG LINUS 2.0 BAGI MURID SEKOLAH RENDAH...5

MEMAHAMKAN TENTANG LINUS 2.0 BAGI MURID SEKOLAH RENDAH...6

Macam tulah sedikit sebanyak yang mampu Farah hadamkan dan fahamkan mengenai LINUS 2.0. Memang betul-betul memerlukan kerjasama dan komitmen dari ibu bapa juga ni… Fuh fuh fuh… Apasal tiba-tiba rasa ada banyak betul perkara yang berselirat dalam kepala nih? Mengalahkan berprofesion perguruan pula… wakakaka… Open-mouthed smile… Kalau nak baca lagi boleh juga lawat laman web Government Transformation Programme di SINI. Kadang benda tu nampak macam berselirat tapi sebenarnya tak berselirat mana pun… tapi tulah… nak kena fikir-fikirkan juga ni… sokongan untuk Firash memang perlu… nak kena rangka supaya dia dapat melaluinya dengan lancar… In Shaa Allah…Mudah-mudahan…Amin…

*Cikgu-cikgu ada yang nak ajar Mommy Firash apa-apa yang Mommy Firash tak tahu lagi tak tentang program LINUS ni? Smile… ngee… Ini baru LINUS 2.0 oiii... Kot-kot nanti timbul LINUS 3.0 pula... Tapi tak mustahil kan? 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rajin Farah buat research pasal benda ni ... Mia ni nama ja hubby cikgu sekolah tapi tak pernah pula tanya benda ni .. hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !