KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!

Farah Waheda Wahid
13
KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN! 

Tahun 2017, ramai nampaknya yang pasak azam nak menabung. Al-maklumlah, kehidupan rakyat Malaysia ni semakin hari semakin mencabar bila mana nilai Ringgit Malaysia kerap sangat slumps down. RM 10.00 tu dah macam RM 5.00 jer nilainya. Ya memang masih duit, memang masih bernilai. Tapi bezanya RM 10.00 dulu dan sekarang. Pasti anda tahu kan? Jangan kata yang berkeluarga besar jer yang menggaru-garu kepala yang tidak gatal, yang berkeluarga kecil ni pun sama jer! Sesak juga nafas dan migrain juga memikirkan.

Realiti kehidupan sekarang...

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  2 

Kannn? Betul tak? Nampak senang, nampak mewah tak semestinya senang dan mewah. Nampak gembira, nampak ceria tak semestinya tak ada masalah. Betul tak? Lagi besar periuk, lagi banyak keraknya. Semakin ramai dah rakyat Malaysia buat kerja sampingan demi nak tampung kehidupan semasa. Kalau harapkan gaji je memang tak cukup. Send a kiss Ibarat kata boss Farah, orang nampak gaji kita besar tapi orang tak tau yang ada keliling pinggang kita. Betul! Betul! Betul! Winking smile

Iyalah kalau kita makan nasi putih kosong yang digaul dengan garam pun ataupun seminggu sekali jer dapat jumpa dan makan nasi putih takkan kita nak canang satu dunia kot? Makan saja asalkan perut berlapik sudah! Janji anak cukup serba-serbi. Sama juga, kalau kita tak tidur malam sebab siapkan segala bagai jenis kerja untuk cari pendapatan sampingan takkan kita nak bercerita dengan semua orang? Semua orang sedar atau tidak sebenarnya semua orang sedang struggling to survive dengan nilai Ringgit Malaysia yang semakin menyusut.

Kutu adalah salah satu cara untuk buat simpanan dan tuai hasil bila tiba giliran kita. Macam-macam jenis kutu ada pada zaman sekarang ni kan? Ada kutu duit, ada kutu emas, ada kutu telefon pintar, ada kutu periuk belanga dan sebagainya. Open-mouthed smile Ha ha ha... yalah kalau tak kerana kutu nama nak membeli barangan berharga ratusan atau ribuan ringgit entah bilalah dapat merasa agaknya? Itu salah satu jalan nak dapatkan sesuatu ataupun duit sekepok bila tiba masa atau tempoh matang. Dalam masa yang sama sebenarnya melatih kesabaran kita.

Bila sebut kutu, apa yang selalunya berlaku atau kita faham adalah apabila main kutu ni, ianya melibatkan sekumpulan orang. Tidak kira besar atau kecil kumpulannya. Dan bila sebut kutu, ada orang yang bermain kutu dengan satu nama sahaja. Yang bajet lebih sikit tu akan main dua tiga nama. Cuma risiko kutu ni adalah apabila ada pihak yang mengelat nak bayar atau lari setelah giliran mereka lepas. Ibu kutulah yang pening kepala jadinya. Berat tanggungjawab ibu kutu. Hu hu hu...Sick smile Kalau jadi apa-apa memang ibu kutu yang kena jawab dan bertanggungjawab oiii...

Bukan nak cerita tentang orang lain. Tapi ni nak cerita tentang Farah sendiri. Jujurnya, kalau harapkan gaji bulanan tu sahaja memang sakit. Bila kau baru sahaja kembali bekerja setelah lama tanam anggur (lebih kurang setahun kot sebelum ni?), memang banyak nak kena selesaikan. Mahu tak mahu, nak tak nak, walaupun kau rasa dah tak tahan dan rasa nak menangis air mata darah sekalipun kau kena usahakan juga sampai kau dapat selesaikan semuanya. Nak selesaikan sekaligus memang perit lah oiii... Jadi apa yang kau dapat setelah kau kembali bekerja kau kena tolak sana, tolak sini secara berdikit-dikit sehingga selesai. Lama tak lama, tulah harga yang kau kena bayar sebagai seorang yang menanam anggur untuk beberapa tempoh masa. Tanggunglah kau sorang-sorang sampai selesai tak kira berapa lama pun tempohnya. Tak kiralah apa jenis hutang sekalipun. Hutang bank, hutang individu, hutang bil, hutang cukai taksiran, hutang cukai pintu dan sebagainya.

Macam orang berniaga atau buka syarikat sendiri. Tahun pertama talak untung wooo... kalau dapat pulang modal pun dah kira cukup bertuah dah sangat-sangat tu. Alhamdulillah rezeki Allah SWT kan? Masa nilah kau cuba positifkan diri sendiri dengan memegang kata-kata... sedangkan ulat dalam batu pun boleh hidup. Yakin dengan rezeki Allah SWT, tidak pernah putus asa dan tak ambil pusing sekeliling. Yang kau tahu, kau ada objektif untuk selesaikan perkara-perkara yang sepatutnya kau selesaikan lamaaa dulu.

Tambah lagi bila Iman Firash dah memulakan alam persekolahan tadika dia kan? Bila anak semakin membesar, semakin banyak perbelanjaan. Masa tulah kau terfikir yang kau kena kerja double triple lebih kuat dari sebelumnya. Dengan harapan badan akan jadi kurus juga. Open-mouthed smile Wakakaka... Otak ni toksah cakaplah, ligat jer fikir macam mana nak cepat selesaikan apa yang tertangguh dan macam mana nak sustain dan persiapkan simpanan untuk keperluan pendidikan, kesihatan anak dan juga simpanan untuk waktu-waktu kecemasan dan memerlukan. Wowww... life is getting tougher and more challenging! Tak apa Farah tak apa... yakin pada rezeki Allah SWT, jangan pernah putus asa dan In Shaa Allah, lambat atau cepat segalanya akan selesai.

Tertarik dengan satu perkongsian di laman Facebook oleh saudara Nahar Effendy Noordin di SINI.

SIMPANAN "KUTU" DIRI SENDIRI

Selalunya bila terima gaji, masyarakat kita amat sukar untuk menyimpan. Ada saja bayaran atau hutang yang perlu dilangsaikan. Niat mahu menyimpan sememangnya sudah ada, namun selalu tergendala dek masalah kewangan yang tidak teratur. Kadang-kadang bila sudah berjaya menyimpan, terpaksa keluarkan simpanan untuk dibelanjakan.

Jadi? Bagaimana caranya hendak menyimpan dengan lebih berdisiplin dan selamat? Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Maybank menyediakan kemudahan untuk penggunanya menyimpan wang secara potongan bulanan yang ditetapkan secara atas talian. Ini adalah TERHAD kepada Personal Saver Account atau Personal Saver Account Islamic sahaja. Bukannya Savings / Current Account. Kalau nak tukar kepada jenis Personal Saver Account, daftar masuk ke laman atas talian M2U, klik pada Maybank One Solution, klik Account Conversion.

Sedikit maklumat mengenai Personal Saver Account dan juga Flexi Saving Plan.


KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  3



KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  3


 KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  5

Menarik tak? Ibarat bermain kutu dengan diri sendiri, lebih selamat dan bila tiba tempohnya, pasti akan dapat! Contohnya lah kan? Simpan RM100.00 sebulan selama 12 bulan untuk bayar road tax kereta bulan Mei 2017 akan datang. Simpanan mula dibuat dengan Flexi Saver sejak bulan Mei 2016.  Makanya, setiap bulan RM 100.00 akan ditolak dari akaun bank pada 2 haribulan. In Shaa Allah, pada Mei 2017 nanti, RM 1200.00 akan masuk semula dalam akaun. Maka dengan duit itu boleh bayar road tax kereta tanpa sebarang masalah.

Caranya?

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  6 
1. Daftar masuk akaun Maybank anda seperti biasa.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  7

2. Klik pada Accounts & Banking.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  8

3. Klik Personal Saver Account.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  9 
4. Di sebelah kanan, klik pada Setup Flexi Saver Plan.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  10 

5. Anda boleh pilih dari 12 bulan ke 60 bulan mengikut keperluan masing-masing.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  11

6. Tujuan? Pilih mengikut pilihan yang sedia ada.

KUTU Diri Sendiri Dengan FLEXI SAVER PLAN!  12

7. Pilih tarikh yang anda sendiri kehendaki duit ditolak dari akaun bank anda setiap bulan.


Contoh:

Disember 2016: RM150 sebulan (12 bulan).

Setiap 30 haribulan setiap bulan bermula dari Disember 2016, RM150 dalam akaun akan ditolak secara automatik dan 30 Disember 2017, duit masuk semula ke dalam akaun. RM150 x 12 = RM1,800.

Pastikan setiap 30 haribulan dalam akaun cukup RM150 untuk ditolak.

Duit ini tidak akan muncul dalam baki akaun anda sehingga tiba tarikh matangnya. Maksudnya duit itu pihak bank sudah siap letak tepi. Jadi, anda tidak perlu risau untuk berbelanja menggunakan wang yang ada dalam akaun bank kerana simpanan tersebut telah diasingkan.

Bagus juga ni kan? Kurang-kurang ada salah satu lagi alternatif bagi yang sukar menyimpan dan perlu menyimpan. Agak-agak ada yang turut berminat nak cuba sepertimana Farah rasa berminat?  RM 50.00 pun kira ok juga kan? Kan? Jadilah kan? Dari nan hado langsung? Winking smile. Kurang-kurang hujung tahun ni bila nak bayar yuran tadika Iman Firash atau nak standby duit road tax dan insurans kereta, dah ada juga tempat nak gagau dan cekau… Hu hu hu…

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cik nor main kutu ngn family..alhamdulillah..dapatla RM100 seminggu..:)

    ReplyDelete
  2. Untuk maybank ada flexi saver plan. Kalau utk cimb ada tak ya. If ada boleh tahu apa?. Nak buat tapi maybank nan hado flexi saver plan tu, xtao pasai pa. TQ

    ReplyDelete
  3. Yg bhgian setup flexi tu sy tk ad..mcm mna ya

    ReplyDelete
  4. Yg bhgian setup flexi tu sy tk ad... mcm mna ye

    ReplyDelete
  5. kenapa wadiah savings account xder setup flexi?

    ReplyDelete
  6. Pegi bank nk buat main kutu... last2 ckp punya ckp... buat simpanan Asb... ahhh,sudh... main duit kitu dgn jiran2 jelh

    ReplyDelete
  7. Nak kena g kiosk tu payah tu.. Tak semua tempat ada kiosk maybank ni.. Huhu... Mohon maybank upgrade sistem supaya boleh buat online.. Mudah sikit..

    ReplyDelete
  8. Saya dah cuba main kutu dengan diri sendri ni... Mula2 niat nak mencuba je.. Sy strt january 2016.... Set kan 100/bulan for 24month.. Tapi bila da lama2 Sy pon dah xberapa na ingt pasal kutu ni..... Skali bila tgk januari 2018 ni ade duit extra. Rezeki terduduk laa katanya... Hehhee alhamdulillah nasib baik sy buat flexi saver ni.. Anyway sy pakai maybank punya 😁😁

    ReplyDelete
  9. Macam mana nak tutup flexi saver nie ye ??

    ReplyDelete
  10. this is how maybank "lock" your money for their own purpose...such as using your money to do their own investment and get bigger return for themselves, or loan it out to and charge high interest. Pakai la Fix Deposit to at least get slightly higher interest in return la...

    ReplyDelete
  11. Can i Check my flexi saver when will be transfer to my account?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !