Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Farah Waheda Wahid
9
KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee

Rezeki setiap manusia itu datang di dalam pelbagai cara, di dalam bentuk yang berbeza dan di lain-lain tempat. Smile. Zaman serba naik, zaman serba mahal, zaman RM 50.00 seakan RM 5.00 nilainya… semakin ramai yang berlumba-lumba untuk mencari rezeki sampingan melalui perniagaan, terutamanya perniagaan atas talian melalui platform media sosial seperti Facebook dan juga Instagram. Kemunculan usahawan-usahawan mikro digital yang seperti cendawan tumbuh selepas hujan, menjadikan persaingan perniagaan atas talian agak kompetitif kerana rata-rata jika diperhatikan agak ramai juga yang menjalankan perniagaan atas talian yang menawarkan produk atau servis yang hampir serupa. Memang sangat-sangat mencabar! Kenapa ramai memilih untuk menceburi bidang perniagaan atas talian? Sebabnya… bidang perniagaan atas talian ini, boleh dilakukan dari rumah dan di mana-mana sahaja… Ada juga yang teringin nak menceburi tetapi niat terhenti apabila menyedari hakikat bahawasanya diri tidak mempunyai modal untuk memulakan perniagaan di atas talian. Macam Farah lah ni… Hu hu hu… Cumanya Farah dah dapat penyelesaian bagaimana nak memulakan perniagaan atas talian tanpa sebarang modal ataupun kos! Tak perlu ke mana-mana, kerja dari rumah dengan iLancee jer pun dah cukup! Smile. Apa yang diperlukankan? Cuma KEMAHIRAN atau SKIL yang ada pada diri. Bagaimana? Kenalah baca entri Farah tentang kerja dari rumah dengan iLancee ni dari A sampai ke Z! Ini nak kongsi lubuk duit ni…Kalau tak nak baca rugi tau… He he he… Winking smile.

Kalau dah jodoh tak ke mana kan? Secara tidak sengaja, bertemu jodoh dengan iLancee pula beberapa hari yang lepas… Gembiranya hati tidak terkata! Tapi…tak adalah Farah tamak seorang diri kan? Kalau kita dengan berlapang dada berkongsi rezeki dengan orang lain… Allah akan murahkan lagi rezeki kita kan? Winking smile Itu yang nak kongsi ni… Sebelum apa-apa, Farah nak cerita serba-sedikit mengenai latar belakang iLancee ni dengan anda semua.

KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 4

Pernah dengar mengenai iLancee? Jika tak pernah, untuk pengetahuan anda, iLancee adalah merupakan sebuah pusat jual beli servis atas talian yang dikendalikan oleh pihak Serius Media Network (NS0139946-P). Ianya mula dilancarkan pada Mei 2014 dan melalui pelbagai cabaran di dalam menjayakan serta membangunkan iLancee. Di dalam tempoh 2 tahun iaitu dari tahun 2014 sehingga 2016, akaun iLancee pernah ditutup sebanyak dua kali disebabkan oleh masalah-masalah yang dihadapi. Akan tetapi pada kali ini, pada masa kini, iLancee telah dibina dan dibangunkan semula dengan persediaan yang lebih rapi serta mantap.

Apakah Tujuan iLancee Ditubuhkan?

Sangat mudah dan jelas, iLancee ditubuhkan dengan objektif untuk membantu usahawan-usahawan mikro digital di dalam memulakan kerjaya atau perniagaan tanpa melibatkan sebarang kos! Apa yang perlu anda ada HANYA KEMAHIRAN UNTUK DIJUAL! Winking smile. Contoh paling mudah, jika anda adalah seorang blogger ataupun penulis, anda boleh menawarkan khidmat pengiklanan di blog ataupun khidmat pernulisan. Jika anda seorang perekacipta, anda boleh menawarkan khidmat rekacipta, jika anda ada kemahiran untuk membina laman web, anda boleh menawarkan perkhidmatan membina laman web dan sebagainya. Mudah kan? Kemahiran anda menjadi senjata anda untuk menjana wang tanpa sebarang modal. Apa yang penting? Anda cuma perlu menjaga reputasi anda di iLancee dan pihak buyer akan sentiasa menempah perkhidmatan dengan anda.

Pihak iLancee juga membenarkan anda untuk menjual tema sama ada tema bagi wordpress mahupun tema bagi blogspot, perisian walaupun ianya bukan dari ciptaan anda sendiri. Cuma! Pointing up anda perlu pastikan jika anda menjual tema, anda adalah merupakan licence developer yang mana anda dibenarkan untuk memasang tema tersebut kepada pelanggan-pelanggan anda. Jika anda ada licence developer bermakna anda ada kebenaran untuk melakukan apa sahaja. Jika anda menjual perisian, pastikan perisian tersebut boleh digunakan oleh pembeli dan anda menawarkan perkhidmatan sokongan pemasangan.

Bagi pihak buyer pula, anda tidak perlu risau dengan masalah penipuan daripada penjual kerana pihak iLancee sangat menjaga kebajikan anda jika penjual memberikan anda masalah ketika berurusan dengan mereka. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh iLancee.

KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 9

Alahai…mudah sangat-sangat kerja dari rumah dengan iLancee.

Konsep iLancee?

Pay >>> Hold >>> Release. Jadi setiap pengguna boleh berbelanja membeli perkhidmatan dengan selamat di iLancee.

Kelebihan iLancee Yang Anda Perlu Tahu?

Pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mempromosikan perkhidmatan sendiri kerana melalui iLancee pihak buyer akan mencari servis anda.

KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 7

Fungsi iLancee?

Terdapat dua fungsi di iLancee iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Buyer 

Sebagai Buyer anda boleh membeli apa-apa sahaja perkhidmatan di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh pihak iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller. Hanya setelah pihak Seller menyelesaikan kerja dan menghantar kepada Buyer, barulah pihak admin akan melepaskan pembayaran kepada Seller. Pengguna juga perlu tahu bahawa setiap perkhidmatan, pihak admin akan mengambil sebanyak 20% daripada jumlah harga. Contohnya, jika harga jumlah perkhidmatan adalah RM 50.00, maka Seller akan dapat RM 40.00 dan RM 10.00 akan dapat kepada iLancee.

KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 5

Bagaimana Untuk Menjual?

Langkah 1: Bina perkhidmatan baru yang anda ingin tawarkan.
Langkah 2: Kongsikan perkhidmatan anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah perkhidmatan anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, pihak iLancee akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

 
KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 6
 

Bagaimana Nak Membeli?

Langkah 1: Cari perkhidmatan yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Perbankan Atas Talian.
Langkah 3: Lihat progress kerja Seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja Seller sama ada baik atau tidak.
 
Mudah kan? Tak adalah susah mana pun… Dah ada kemudahan untuk kerja dari rumah dengan iLancee, kenapa nak lepaskan peluang kan? Jika berminat terus sahaja ke laman web iLancee, lihat pada sebelah kanan atas di skrin pelayar anda dan klik pada perkataan Daftar.
 
KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 2
 
KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 3
Tak susah pun… sangat-sangat mudah dan tak mengambil masa yang panjang pun untuk anda lakukan pendaftaran. Setelah semua butiran dimasukkan, anda akan menerima emel untuk verifikasi akaun iLancee anda yang mana setelah verifikasi dilakukan, akaun anda telah mula aktif serta merta dan anda boleh memulakan kerja dari rumah dengan iLancee.
 

Antara Kategori Perkhidmatan Di iLancee?


KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 8


Contoh Perkhidmatan Terkini Di iLancee?


KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 10


BAGI PIHAK BUYER:
SERVIS PREMIUM, HARGA MURAH – ANDA INGIN CARI SERVIS? SEMUANYA DI iLancee.Com

BAGI PIHAK SELLER:
IMPIAN ANDA BERMULA DI SINI! ANDA INGIN JANA PENDAPATAN? JOM JANA PENDAPATAN DENGAN iLancee HARI INI.

Sertai Sekarang!


Oopsss… sebelum klik pada Sertai Sekarang! PENTING! Anda perlu baca TERMA DAN SYARAT iLancee dulu ya?

Versi Pendek (Perjanjian Yang Wajib Dibaca Sebelum Daftar)

1. Seller dan Buyer TIDAK BOLEH bertukar-tukar maklumat hubungi melalui chat. Jika anda melanggar peraturan ini, akaun anda akan di BAN tanpa amaran awal dan duit terkumpul akan di bekukan.
 
2. Dana refund Buyer yang tidak puas hati dengan servis dari Seller akan dikembalikan ke dalam akaun iLancee Buyer secara berjadual oleh sistem. Dana refund tidak akan dikembalikan ke dalam akaun bank. Dana ini buyer boleh gunakan kembali untuk membeli servis lain di iLancee.
 
3. Jika pengguna inginkan juga di refund ke dalam bank, pengguna harus menutup akaun iLancee dan pihak iLancee akan refund semua dana anda. Cas 5% sebagai cas transaksi akan dikenakan.
 
4. Umur akaun yang ingin ditutup hendaklah melebihi sebulan dari tarikh daftar dan juga tarikh proses jual beli (untuk tujuan keselamatan).
 
5. Segala pembayaran servis dari Buyer akan diterima oleh admin terlebih dahulu. Admin akan lepaskan dana setelah Seller sudah siapkan kerja. Ini keselamatan paling tinggi di iLancee untuk mengelakkan penipuan.
 
6. Cas setiap transaksi adalah 20%. Ini bermakna, jika harga servis Seller RM50, kami akan bayar kepada Seller RM40 dan RM10 adalah hak milik kami. 20% ini termasuk cas pembayaran (senangPay) dan juga kos pengendalian laman web (hosting dan lain-lain kos)
 
7. Sebagai Seller, anda mesti mendapatkan pakej Seller yang telah ditetapkan. Ini untuk menapis Seller yang betul-betul minat dan berkualiti untuk menjual servis di iLancee.
 
8. Wang pembelian pakej Seller tiada refund dan muktamad.
 

Versi Panjang

*** Sedang dikemaskini
***Segala terma dan syarat akan diubah dari semasa ke semasa tanpa notis awal.
 
Apa lagi? Jomlah kita ramai-ramai kerja dari rumah dengan iLancee.
 
KERJA DARI RUMAH DENGAN iLancee 11
 

Post a Comment

9Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. nampaknya kena tawarkan servis di ilancee ni..

    ReplyDelete
  2. Serius menarik....sekarang ni memamng sgt2 perlu pandapatan sampingan. Bukan utk diri tp ahli keluarga

    ReplyDelete
  3. Memang senang klu ada bakat dlm kemahiran.. Boleh singgah juga blog sy. Gudluck contest.

    ReplyDelete
  4. Memang best kalau dapat buat kerja dan jana income dari rumah ni. Ada banyak peluang sebenarnya untuk buat kerja dari rumah, dan alhamdulillah, ilancee adalah salah satu sumber untuk dapatkan peluang kerja ini.

    ReplyDelete
  5. Memang best iLancee kalau rajin nak buat jon kan :)

    ReplyDelete
  6. terjumpa tanpa sengaja..btw tq ya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !