Home » , , , , , , » Jenis & Punca Kerosakan Mesin Basuh Automatik

Jenis & Punca Kerosakan Mesin Basuh Automatik

JENIS & PUNCA KEROSAKAN MESIN BASUH AUTOMATIK


Senyum dan bertabahlah walaupun tulang belikat dan segala sendi-sendi ibu berusia 34 tahun ini terasa sakit serta bisa-bisa seluruh tubuh badan. Smile. Sabarlah… bila terpaksa mengangut pakaian kotor yang dikumpul selama dua atau tiga hari yang berbakul-bakul ke dobi layan diri untuk dibersihkan. Sekali cuci, sekali kering melayang RM 12.00. Kalau kena genap sebulan? 30 hari dibahagikan dengan 2 hari bersamaan 15 hari mendobi di dobi layan diri. Yang membawa kepada RM 180.00 sebulan. Sick smile. Memang tak pasal-pasal kos sara hidup meningkat. Kena setahun? RM 2,160.00. Duit yang lebur di dobi layan diri tu, boleh beli mesin basuh baru oiii! Ha ha ha… Open-mouthed smile betullah kan? Mesin basuh automatik yang rosak ni bukan sesuatu yang luar biasa pun sebenarnya, sebab ramai jer orang yang mengalami masalah yang sama. Jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik pula ada macam-macam serta banyak.

Crying face huwaaa… hakikatnya? Tipulah kalau kata tak stress kan? Doa-doa rezeki terpijak masuk, Allah dah putuskan belum tiba masa…takkan nak merungut atau tak bersyukur pula kan? Pusing gak kepala memikirkan nak menyelesaikan masalah yang satu ni. Panggil orang baiki? Hu hu hu… Ni lagi satu cerita sedih lagi menyayat poket nak cerita ni, sebabnya, masalah asalnya adalah cuma air yang tidak boleh dikeluarkan dari mesin basuh sahaja. Panggil orang untuk baiki, dia bawa balik bengkel baiki peralatan elektrik dia. Dia caj RM 100.00. Selepas tu? Bila dia pulangkan?

BERTAMBAH TERUK jadinya kau! Dari elok-elok tak berbunyi dengan kuat…berbunyi dengan kuat sampai satu lorong kawasan rumah Farah boleh dengar bunyinya… lepas tu bergegar dengan sangat kuat pula tu, sampai Farah rasa macam nak meletup jer mesin basuh tu pada bila-bila masa! Kuat sangat gegarnya oiii! Takut ada, bimbang pun ada… Dia angkut balik bengkel dia, bila hantar balik dia caj lagi RM 150.00. Elok ke mesin tu? Open-mouthed smile ha ha ha… stress mak nakkk…. makin teruk dan tak berfungsi adalah!

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1485655494727","width":984,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":984,"subsource":"done_button","total_editor_time":95,"brushes_used":0}

Sudahnya, dua hari sekali angkut berbakul-bakul pakaian kotor ke dobi layan diri. Setakat baju Iman Firash tu kalau nak basuh tangan memang tak kisah. Tapi yang besar-besar ni… Memang kalau nak basuh tangan tu boleh, lengan boleh jadi sado… Ha ha ha… Open-mouthed smile… Jawabnya memang lambat keringlah kannn? Oh ok, mari kita tumpukan apa yang Farah nak ceritakan sebenarnya… tentang jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik… Ada macam-macam kan? Meh kita senaraikan…

Air Tidak Keluar

Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, biasanya akibat kotoran yang melekat di situ atau termasuk duit syiling. Caranya, periksa getah yang berdekatan dengan pangkal paip saluran air keluar, keluarkan kotoran atau duit syiling yang melekat di situ.

Air Tidak Masuk

Hidupkan mesin basuh dan periksa Volt AC menggunakan multi meter pada pam air yang mana untuk level yang biasa adalah 230 Volt. Jika ada, pam air harus diganti baru.

Air Keluar Perlahan-lahan

Ini disebabkan oleh paip pembuangan air sudah tersumbat, ini juga disebabkan oleh kotoran atau duit syiling.

Air Masuk Perlahan-lahan

Anda hanya perlu menukar pam airnya sahaja, ini kerana ianya juga sudah tersumbat.

Tidak Boleh Menjalankan Operasi Membasuh

Selalunya terdapat beberapa sebab  kenapa tidak boleh membasuh antaranya:

a) Alarm berbunyi ketika hendak membasuh. Ini selalunya disebabkan oleh kerosakan pada suis pintu atau magnet pada pintu sudah hilang.

b) Getah pengikat pada motor, kalau anda lihat getahnya sudah terlalu longgar.  Sebaik-baiknya tukar getah baru ataupun piring bahagian dalam sudah longgar. Kekerapan membasuh akan menyebabkan piring menjadi haus atau batang besi sudah patah. Ini kerana beban pakaian terlalu banyak.

c) Paras air tidak berfungsi dengan baik untuk menyukat air, ini disebabkan getah sudah bocor. Jadi ia menyebabkan mesin basuh tidak boleh membasuh. Getah ini selalunya terletak di bahagian atas belakang mesin basuh, ciri-cirinya terdapat dua atau tiga wayar dan terdapat saluran getah yang menuju ke tamble mesin basuh bahagian bawah.

Tidak Boleh Mengeringkan

Lihat bahagian bawah berhampiran dengan paip air yang mula-mula keluar, di situ terdapat selenoid yang berfungsi untuk menarik getah supaya air dapat keluar. Cuba hidupkan mesin basuh dan cuba spin, lihat adakah selenoid tersebut menarik getah? Jika tidak, periksa voltannya dan ia mesti pada 220v. Tukarkan selenoid jika tiada bacaan meter ditemui. Selenoid tu rupanya macam ni ha…

JENIS & PUNCA KEROSAKAN MESIN BASUH AUTOMATIK 3
Kredit: Sumber dari Google

Sewaktu anda menekan butang spin, alarm- nya berbunyi, ini adalah masalah pada magnet pintu atau suis pintu bukannya selenoid.

Bunyi Bising Sewaktu Pengeringan

Ini berpunca dari  bearing pada gearbox, selalunya lebih mudah anda tukarkan satu set tamble. Ini kerana untuk membuka komponen ini adalah terlalu rumit dan memerlukan banyak masa.

Basuhan Tidak Bersih Atau Kurang Kuat Daya Pusingan

Cuba periksa getah pada motor yang berkemungkinan sudah longgar. Jika ianya sudah longgar, tukar dengan yang baru. Ataupun piring bahagian dalam sudah longgar, cuba buka dan lihat gigi bahagian tengah tersebut. Adakah ianya sudah haus?

Tulah dia senarai jenis dan punca kerosakan mesin basuh automatik ya? Farah yakin, mesin basuh kami yang sudah berusia lebih kurang 13 tahun ini:

JENIS & PUNCA KEROSAKAN MESIN BASUH AUTOMATIK 4

Sebenarnya masalahnya cuma sedikit sahaja pada awalnya. Bukanlah nak menyalahkan tetapi dah terang lagi bersuluh, semakin dihantar untuk dibaiki semakin teruk keadaannya, walhalnya masalah sebenar adalah sekadar air tak boleh nak dikeluarkan sahaja. Sikit jer… Rasa terkilan dan rasa sayangnya…sebab mesin basuh ini masih lagi dalam keadaan yang baik. 9.7 kg tu kapasiti mesin basuh ni. Huwaaa… Crying face… Tak pasal-pasal dari apa yang terjadi dah buatkan seolah-olah memanggil mesin basuh baru, yang tak tau entah bila boleh diadakan… Muahahaha… Open-mouthed smile….

Yang itu… nanti sambung cerita di episod lain dalam www.bubblynotes.com , tengok bantuan talian hayat atau rezeki terpijak mana yang sampai yang telah membantu untuk menyelesaikan permasalah mesin basuh rosak ni… Winking smile Akan tetapi yang pastinya Farah berterima kasih banyak-banyak dan sangat-sangat sebab akhirnya solusi telah ditemui dan it is the right timing yawwww!

*Rujukan: SINI

*Psssttt...bukan nak suruh jadi mekanik tukang baiki mesin basuh... Tapi saja nak kongsi supaya bolehlah faham serba-sedikit dan tak kena tipu dengan tukang pembaikpulih mesin basuh sebab kita tak faham dan lebih-lebih kalau yang berurusan tu adalah orang perempuan kan? 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Jenis & Punca Kerosakan Mesin Basuh Automatik, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Sunday, January 29, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

0 comments:

Post a Comment

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY