Home » , , , , , , » INFLUENCE ASIA 2017–Malaysia’s Top 15 Nominees For Parenting Category

INFLUENCE ASIA 2017–Malaysia’s Top 15 Nominees For Parenting Category

INFLUENCE ASIA 2017 - MALAYSIA'S TOP 15 NOMINEES FOR PARENTING CATEGORY

Ini bukannya nak kira sebab nak gebang atau nak over reacted atau nak over excited atau apa-apa yang seangkatan dengannya lah! Winking smile… Tapi sebenarnya lebih kepada nak berkongsi kegembiraan jer! Tak tau sebenarnya bagaimana nak memberi reaksi bila dapat tahu mengenai perkara ni tengah hari semalam. Jujurnya, memang Farah tak aware langsung tentang anugerah Influence Asia 2017 ni ha. Hu hu hu… Embarrassed smile… Bila masa bermula, bila masa www.bubblynotes.com dicalonkan untuk anugerah Influence Asia 2017. Memang tak sedar dan tak tau langsung! Speechless. Tak payah nak speechless sangatlah kannn? Ha ha ha… Open-mouthed smile… Dan yang pastinya boleh rasa mata Farah ni berkaca kot? Walaupun bukanlah Malaysia’s Top 4 Nominees For Parenting Category yang telah disaring serta dipilih oleh pihak juri, akan tetapi tersenarai di dalam Malaysia’s Top 15 Nominees For Parenting Category pun dah memadai bagi Farah.

Realitinya, Farah bukanlah seorang blogger otai mahupun blogger hebat mahupun blogger selebriti. Farah cumalah seorang working mommy blogger, blogger biasa-biasa, blogger picisan yang masih lagi belajar untuk berjalan di dalam dunia blog. Jangan pula, anda beranggapan Farah sengaja memuatnaik entri ini sebab nak menunjuk-nunjuk dan berbangga-bangga diri… Tak ada maknanya ok? Farah sekadar meletakkan pencapaian ini pada tempatnya sebab yang tersenarai tu adalah akarnya www.bubblynotes.com dan Farah sekadar ingin merakamkan kenangan ini bersama-sama www.bubblynotes.com – pencapaian tidak seberapa Farah di dalam dunia blog. Alhamdulillah.

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":1,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1485339225071","width":1099,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":0,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"source":"editor","origin":"gallery","height":1099,"subsource":"done_button","total_editor_time":70,"brushes_used":0}

Sebelum anda nak cop Farah ni poyo ke? Apa ke? Agak-agak andalah kan? Apa yang anda rasa ya? Kalau anda adalah Farah yang tidak tahu hujung, tidak tahu pangkal, secara tiba-tiba anda mendapat e-mel yang tertera seperti di atas ni? Possible tak? Tengah sedang nikmat minum air sejuk berais, tiba-tiba tersembur keluar? Agagagaga…. Open-mouthed smile… Sedangkan diri sendiri terasa diri sendiri ni terlalu kecil di dalam dunia blog jika nak dibandingkan dengan blogger-blogger lain yang jauh lebih hebat! Awak ni taunya, kemaskini, kemaskini dan kemaskini entri setiap hari jika berkesempatan. Taunya susun ayat-susun ayat dan susun ayat jer… Ikut flow, ikut rythm… Rasa nak cerita tu, cerita tu, rasa nak cerita ni, cerita ni… Lebih tepat… www.bubblynotes.com adalah salah satu simbol yang menunjukkan how much that I am deeply in love with writing and how much do I cherish my motherhood journey yang tak mungkin berulang lagi setiap saat di dalamnya…

It’s the way of self-expressions betapa bernilainya anugerah Allah SWT iaitu Iman Firash kepada Farah, dalam hidup Farah. Sebab? Sebab sebelum-sebelum berkahwin dan mengandung pun sebenarnya Farah nak sangat merasai pengalaman mempunyai anak yang lahir dari rahim sendiri. Tapi belum kahwin, mana boleh mengandung dulu kan? Haippp! Dosa ok? Jangan buat ya! Ha ha ha… dan lagi satu… sebenarnya kannn? Bila drafting Farah dapat release stress. Winking smile… Selain dari stress eater… drafting pun dapat release-kan stress Farah ni haaa…

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1485348840261","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"origin":"gallery","height":254,"subsource":"done_button","total_editor_time":12,"brushes_used":0}

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":1,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1485348861358","width":975,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"source":"editor","origin":"gallery","subsource":"done_button","height":975,"total_editor_time":102,"brushes_used":0}

Sungguh tak sangka…sungguh tak pernah terfikir yang Farah boleh berada di dalam senarai yang anda lihat di atas… Panjang perjalanan www.bubblynotes.com dengan pelbagai kisah suka dan duka… tawa dan gembira… tak kurang juga tragedi dan penyesalan… itulah sebabnya mata ni berkaca-kaca bila dapat perkhabaran yang Farah tersenarai sebagai Malaysia’s Top 15 Nominees for Parenting Category. Psssttt…ni nak cerita sebab mata berkaca tu ya?

Mula Berblog Dengan Niat Untuk Asah Skil Penulisan

Pada asalnya, lebih kurang almost 9 years ago… Farah berblog disebabkan nak asah skil penulisan, tak nak skil penulisan Farah tu tumpul kononnya. Sememangnya dari waktu sekolah lagi Farah dah aktif dalam bidang penulisan. Sibuklah jadi editor untuk majalah sekolah, jadi editor untuk newsletter sekolah… Itu memang minat Farah… Tak pernah terfikir pun sebenarnya nak jadi hardcore parenting blogger…Ha ha ha… Open-mouthed smile… Bila dapat perkhabaran begini… Jeng jeng jeng… Nerd smile terus touching sebab Farah rasa berterima-kasih sangat pada mereka-mereka yang pernah membimbing, memberi nasihat, pandangan, teguran, berkongsi pengalaman, yang bukakan pintu untuk Farah mula hadiri acara-acara yang melibatkan blogger… yang ajar secara PERCUMA tentang teknik berblog dan teknikal blog… Walaupun mungkin secara realiti dan maya Farah sudah tidak berhubungan dengan mereka-mereka ini lagi… Farah tetap ingat segala jasa baik mereka dan berterima kasih pada mereka… Sesaat pun tak pernah lupa ok? Farah ingat sesiapa sahaja yang pernah membantu Farah…

Berblog Tanpa Komputer Tanpa Kamera Mahal

Internet ada, tapi komputer tak ada. Hu hu hu… Crying face Huwaaa… Touching tau tak? Haippp bukan nak minta simpati ok? Ada waktu-waktu tu rasa down sangat sebab tak punya peralatan untuk berblog… Internet bergantung pada data telefon pintar…Memang mencabar ok? Kerjanya top up data jer lah oiiii…Bila bil sampai melambung-lambung dan mencanak-canak tingginya… Orang lain berblog menggunakan komputer, komputer riba, awak berblog hanya berbekalkan telefon pintar… Lepas tu rasa agak susah sedikit… Tukar pula kepada Samsung Note 8.0… Bergantung dengan itu jerlah… Bila melibatkan entri-entri yang memerlukan komputer terutamanya entri-entri pengiklanan atau advertorial / review… Bertapa di kafe siber… Pagi-pagi buta pun pagi-pagi lah… Tengah-tengah malam pun tengah-tengah malam lah… Janji blog dikemaskinikan…

Berjaga Setiap Malam

Demi nak pastikan www.bubblynotes.com tak suram dan hidup setiap hari, Farah berjaga hampir setiap malam…Sampaikan kadang-kadang tidur cuma sejam dua sahaja. Ramai yang risau. Ramai yang bagi nasihat… Takut-takut terkena penyakit hipertensi lah… Penyakit itulah, inilah… When you have the will, you have the passion…Percayalah cakap Farah…Kalau dah minat sangat…bukannya degil…tapi bagaimana caranya pun pasti kita akan teruskan juga… Bukan tak pernah kena marah dengan suami sendiri sebab kerap kurang tidur… Tidur tak cukup…Takut-takut nanti terganggu kesihatan… Bab berjaga malam dan kurang tidur ni, secara jujur dan bukannya nak buka pekung di dada atau cerita isi dalam luar rumah tangga ya? Sekadar perkongsian… Pernah menjadi isu gaduh-gaduh manja suami isteri… Hu hu hu… Memang satu isu yang kerap jugalah menyebabkan kami berselisihan faham… Suami suruh isteri tidur sebab risaukan isteri tak cukup tidur dan kesihatan terganggu, yang isteri kadang-kadang senyap-senyap curi-curi tak tidur juga sebab nak buat draf semata… Mana tak kena marah! Denggg! Padan muka hang!

Bila dah ketegaq tu… Memang sendiri kena tanggunglah kan? Kena acting tak affected pun tak cukup tidur…Ahaksss… Open-mouthed smile konon kuat…

Berblog Sambil-Sambil

Bila anda seorang ibu dan mempunyai anak kecil…selepas tu anda adalah seorang ibu bekerja…Memang agak sukar untuk adjust timing untuk berblog… Sewaktu mula-mula bergelar ibu dulu, Farah curi-curi berblog sambil-sambil…Bila Iman Firash tidur, Farah draf entri…Bila waktu rehat tengah hari, Farah duduk terperap di pejabat, tak keluar makan, draf entri…. Tunggu suami sampai kalau dah berjanji nak jumpa kat mana-mana curi-curi draf entri sementara suami sampai… Mula-mula memang agak sukar dan mencabar… Tapi, lama kelamaan, Farah dah boleh mula aturkan masa tu bagaimana walaupun terkejar-kejar segala bagai…

Wohooo! Sekarang ni fasa kedua gelombang ujian berblog adalah sejak Iman Firash dah mula memasuki alam persekolahan tadika… Pagi memang kena extra awal bangun daripada kebiasaan sebab nak kena hantar Iman Firash awal dan Farah masuk kerja pukul 8.00 pagi. Walaupun dekat, tetapi simpang perumahan tempat Farah tinggal tu sekarang dah mula sesak sebab dah semakin ramai penduduk. Walau sejengkal cuma tidak semestinya boleh sampai dalam tempoh sekejap. Challenging oiii… Waktu tengah hari dah tak boleh curi-curi draf entri melalui telefon lagi dah…Ekekekeke…Sebab jadi Mommy Supir! Ambil anak yang habis tadika pukul 12.30 tengah hari… At least until end of January 2017 before I got his transportation arrangement being sorted out… Alhamdulillah, Februari 2017 ni nanti dia dah ada transport. So…Hari tu gelombang juga masa dia mula-mula bersekolah… Sekarang ni dah mula nak ease down sedikit… Tapi adalah pula lain halnya pula… Itu rahsia…Ihiksss… Biar Farah jer yang tau…

Bukan mudah dan bukan semua orang faham tentang blog dan juga blogger. Walaupun rata-rata di kalangan masyarakat kita semua sudah celik IT… Tak semua orang faham mengenai blog dan juga blogger. Ada yang kata berblog tu sekadar hobi dan bukannya boleh menjamin apa-apa. Ada orang kata, berblog tu sebenarnya adalah satu jenis pembaziran masa. Ya betul, berblog itu satu hobi bagi yang sekadar suka-suka… Tetapi, bagi yang menjadikan sebagai satu sumber pendapatan… Blogging is another form of career. Bagi Farah yang bekerja ni… Informal career. Nak dapatkan kefahaman orang-orang sekeliling tu bukan mudah, nak dapatkan kepercayaan orang-orang sekeliling, nak assure mereka yang blog bukanlah satu perkara sia-sia juga bukan mudah. Nak fahamkan tu, memang challenging…

I’ve got to undergo a series of misunderstanding… a series of world war… a series of merajuk… a series of balancing your life issues… Kita yakin kita boleh imbangkan dan kita boleh lakukan… Tapi tak semua orang di sekeliling kita yakin yang kita takkan leka, takkan hanyut dan takkan jeopardise our quality of life. Ambil masa nak fahamkan orang-orang di sekeliling…boleh dikatakan agak lama sehinggalah mereka melihat apa yang boleh diperolehi atau dijana melalui blog…

Blog Sebagai Penyelamat
Macam mana tak touching? Sewaktu bergelar blogger-lah Farah pernah jadi pengganggur untuk satu tempoh masa yang lama…Waktu tu, memang sakit kepala fikir bagaimana nak teruskan kelangsungan hidup. Anak nak menyusu, anak nak makan… Kerjanya tidak… Bukan tak nak kerja, tapi mencari kerja… Dapat satu kerja, satu hal pula yang tak kena, dapat satu kerja lagi, lain pula pe-el nya… Bukan kehendak Farah jadi pengganggur dan bertukar-tukar kerja untuk satu tempoh masa tu… Tapi Farah boleh katakan it is a bad period of time for me…Memang terasa lama sangattt… Ada rezeki dari blog sikit-sikit, itulah yang dikumpul-kumpul untuk bayar itu, bayar ini dan juga beli barangan keperluan anak seperti susu, lampin pakai buang…

Tak nak selindung-selindung… emosi yang sering terganggu dengan serius juga adalah salah satu alasan kenapa untuk satu tempoh masa yang panjang Farah ada sedikit masalah di tempat kerja…Dari emosi terganggu tu Farah jadi lack of focus…Bukan silap buat kerja ke apa… Alasan yang menjadikan Farah keep on jumping from one to another adalah focus. Farah rasa Farah dah cuba yang terbaik untuk fokus dan sembunyikan masalah…Tapi tajam pandangan orang yang bekerja dengan Farah…Ha ha ha… Open-mouthed smile Tau diaorang fikiran Farah terganggu… Lagi satu alasannya… Sebab Farah terpaksa utamakan Iman Firash di dalam apa-apa hal jika dia tidak sihat ke apa ke…. Anak kan? Jadi Personal Assistant or Secretary boss, sebenarnya tak suka kalau kita letak mereka ke belakang… Mereka tahu kita ada anak, tetapi kerja tetap kerja… Tu siapa-siapa yang nak jadi Personal Assistant or Secretary kena faham ya?

Dari rentetan tempoh jadi penggangur yang sangattt lama itu… Memanglah financial sangat tunggang langgang… Sehinggakan Farah tak segan pun nak mengaku yang terpaksa meminjam disebabkan nak sediakan apa yang patut untuk keperluan… Bila dah bekerja kembali…Alhamdulillah, I got a boss yang baik, boleh bertolak ansur, fatherly tetapi tegas. Baru jer lagi pun bekerja kembali…di dalam pertengahan tahun lepas… Bila dah mula bekerja kembali setelah lama menjadi penggangur… Memang banyak perkara yang nak kena selesaikan satu persatu… Nak structure balik financial bukan sekelip mata zasss macam tu jer… Memang tak segan tak malu Farah mengaku… Duit gaji tu boleh habis sekelip mata macam tu jer… Bulan ni selesaikan dengan bank ni apa-apa outstanding sebab tak nak nanti sampai ke peringkat yang tak diingini, bulan depan selesaikan dengan bank itu, bulan lagi satu selesaikan cukai taksiran yang tergantung lama, bulan lagi satu lagi, cukai pintu pula, bulan lagi satu lagi bil elektrik… haihhh…memang macam-macam… Nafas tu kadang-kadang boleh rasa tak cukup dan memang kerap jugalah migraine teruk… Dengan Iman Firash nak mula sekolah lagi… Dengan duit hilang lagi… Dengan kereta rosak lagi…Ohoiii…macam-macam cerita… Allah tu duga sebab Allah tu sayang… Positif jer dan teruskan tersenyum…

Blog adalah penyelamat kami… dengan pendapatan blog yang sikit-sikit Farah buat duit petrol pergi dan balik kerja, dengan duit blog Farah bayar yuran pendaftaran tadika Iman Firash… nak harapkan gaji? Masih dalam proses menyelesaikan satu persatu… Oiiii tak sabar nak selesai semuanya oiiii… Nak bernafas semula seperti biasa… In Shaa Allah, Amin… Blog juga penceria hari-hari Iman Firash bila dia dapat banyak toys untuk dia main… Sekurang-kurangnya dia tak rasa kekurangan kan? Yang Mommy dia ada masalah… Blog-lah yang banyakkan permainan dia di rumah tu…bila Mommy dapat permainan dan juga kelengkapan untuk tujuan review. 

Banyak kisahnya... memang berliku likat perjalanan... sebab tu bila kenang balik, semua-semua yang Farah pernah lalui, pernah tempuh, automatik jadi sendu... Jadi mata berkaca... Tak menang pun tak apa, tapi ini adalah sesuatu yang sangat bermakna bagi Farah. Kepada Malaysia's Top 4 Nominees for Parenting Category bagi Influence Asia 2017 - Irene Nadia, Atita Haris, Chessie dan Shaine Wong... Tahniah! Dan semoga berjaya... 

Terima kasih pada insan-insan tersayang kerana merestui, cuba belajar memahami dan menyokong sepanjang perjalanan Farah sebagai blogger. Ahaksss... macam bagi ucapan daaaa... But I feel like talking... Nak buat macam mana kan? Jari jemari pun lancar jer menyentuh papan kekunci telefon ni... He he he... 

*Pssttt... Sekarang dah blog pakai komputer dah selain telefon dan tablet... Tumpang orang punya... Jadilah kan? Itupun syukur Alhamdulillah juga... Ada lagi satu, dalam tandas mandi pun Farah curi draf entri... Hu hu hu 

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel INFLUENCE ASIA 2017–Malaysia’s Top 15 Nominees For Parenting Category, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 26, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Wow, masha Allah hebatnya kak. Inspired!!
    Tang update blog pakai smartphone tu memang mencabar jiwa dan raga sikit. Hehe

    ReplyDelete
  2. Inspiring!!! Tahniah kak Farah. Happh for u xoxo..

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY