Home » , , , , , , » Fashion Statement 2017: JUMPSUIT Untuk Muslimah

Fashion Statement 2017: JUMPSUIT Untuk Muslimah

FASHION STATEMENT 2017_JUMPSUIT UNTUK MUSLIMAH

Lupakan sebentar cerita berkisarkan tentang keibubapaan dan kita masuk bab fesyen pula sekarang ini. Tentang pemakaian, tentang jumpsuit. Fashion statement 2017? Bukan fashion statement untuk dunia fesyen tetapi lebih kepada fashion statement untuk diri Farah sendiri. Wakakaka…. Open-mouthed smile walaupun jumpsuit sudah agak lama bertapak di pasaran tetapi Farah tetap terasa yang ianya masih merupakan sesuatu yang in dan relevan untuk dijadikan sebagai fashion statement peribadi Farah untuk tahun 2017 ini. Winking smile. Ikut sukalah kan? Ikut selera masing-masing bila terasa nak berpakaian gaya mana sekalipun asalkan masih menjaga imej sebagai seorang yang berhijab kan?

Hati ni, hati ni… secara tiba-tiba memberitahu go and get it! Ha ha ha… Open-mouthed smile… Setelah puas kubelek-belek, setelah puas kurenung-renungkan, terasa macam nak juga cuba memasukkan sebarang sepasang dua jumpsuit ke dalam wardrobe peribadi sekiranya ada rezeki lebih nanti. In Shaa Allah. Bermaksud bukan sekarang lettew. Tapi, kalau ada sesiapa yang nak sponsor Mommy Ash pun ok juga! Ekekekeke… Smile with tongue out tak malu betul minta orang sponsor kan? Pssst… tapi kalau ada yang sudi nak sponsor tu kenalah bersesuaian dengan imej berhijab ya? Kakak ni berhijab dik non oiii, tak boleh sesuka suki hati main sauk ajer pakai! Kalau tidak…alamatnya memang jadi bahan buah mulut orang jerlah oiii…

Minat tu memang dah lama…tapi rezeki jer belum sampai lagi sehingga kini nak ber-jumpsuit…

FASHION STATEMENT 2017_JUMPSUIT UNTUK MUSLIMAH 2

Kena pula kalau padankan dengan long cardigan or blazer kan? Perghhh… memang merecik kombinasi tu pada mata Farah! Kombinasi pakaian ya, kombinasi pakaian bukan statement nak kata diri ini pasti merecik bila pakai jumpsuit. Jangan salah tanggapan dan fahaman pula… Muahahaha…Open-mouthed smile… Makin browse makin geram jadinya dan semakin tak sabar nak mencuba. Ceritanya, yang menjadikan Farah terminat dan tersuka kepada jumpsuit adalah disebabkan tahun lepas waktu cuci-cuci mata di dalam H&M ternampak sepasang jumpsuit yang memang menarik. Dah berbulan-bulan lamanya dah, awal tahun 2016 dan dah habis pun tahun 2016, tapi masih terbayang-bayang jumpsuit yang Farah nampak di H&M dulu tu. Agaknya dah habis dah stok jumpsuit tu, dah obsolete dah pun di pasaran. Tetap ko kenang juga kan Farah? Tu maknanya minat sangat lah tu.

Cumanya sebagai wanita berhijab ada beberapa perkara sebenarnya yang perlu diberi perhatian ketika ingin mengenakan sesuatu fesyen. Iya… wanita berhijab bukan tidak boleh berfesyen tetapi ada beberapa batasan yang perlu dijaga supaya imej itu bersesuaian dan dikatakan tidak tercemar. Sebut saja fesyen seperti jumpsuit, mungkin ada di antara anda di luar sana yang belum lagi mempunyai keyakinan yang tinggi untuk memakainya. Mau tak risau kalau dilabel sebagai fesyen TELETUBBIES? Ha ha ha… Open-mouthed smileTELETUBBIES? Siapa yang tak kenal dengan TELETUBBIES, ni haaa dia TELETUBBIES:

FASHION STATEMENT 2017_JUMPSUIT UNTUK MUSLIMAH 3

Sebenarnya bagi pandangan Farah, perkara pertama yang perlu kita tahu tentang fesyen pakaian seperti jumpsuit adalah potongan baju yang bersambung dengan seluar sekaligus ia dianggap pemakaian yang mudah. Siapalah kata wanita muslimah tidak boleh bergaya dengan jumpsuit kan? Untuk mengelakkan jumpsuit kelihatan seksi atau terlalu membentuk tubuh, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira:

  • PEMILIHAN DARI SEGI WARNA adalah penting kerana warna memberi kesan pada bentuk fizikal seseorang. Dalam pemilihan jumpsuit, pilihlah warna gelap supaya tidak terlalu menampakkan bentuk tubuh badan kita. Sama ada kita ni kurus ke? gemuk ke? , warna gelap mampu menutup “cela” pada tubuh. Jika anda seseorang yang lebih gemarkan warna pastel, pastikan warna pastel bukan kosong sebaliknya bercorak.

  • TAMBAHAN SEPERTI CARDIGAN ATAU JAKET TIPIS adalah PERLU memandangkan kebanyakan jumpsuit adalah tidak berlengan. Sebagai wanita berhijab, pilihlah cardingan yang mempunyai potongan panjang yang boleh menutup sebahagian belakang tubuh kita ni. JIka anda jenis tidak gemar mengenakan cardigan, pilih jumpsuit berlengan panjang yang mempunyai potongan lengan jenis ruffle.

  • DARI SEGI SAIZ PULA, ELAK MEMILIH JUMPSUIT YANG HANYA MUAT PADA SAIZ TUBUH KITA. Adalah lebih baik memilih saiz jumpsuit sedikit lebar atau besar supaya pergerakan tidak terlalu terhad dan kita tak rasa kekok atau malu apabila berpakaian ketat. PEMILIHAN POTONGAN KAKI PADA SELUAR YANG BESAR adalah lebih selamat dan bukannya berpotongan skinny.

  • Kita masih boleh kelihatan berfesyen jika PEMILIHAN TUDUNG SESUAI DENGAN JUMPSUIT. Selendang jenis crumple, chifon atau pashmina lebih sesuai dipadankan dengan jumpsuit.

Oh ya! Jangan lupa aksesori seperti rantai panjang dan gelang manik. Biar jadi penggemar fesyen hippies yang sedikit “selekeh” tetapi masih mempunyai gaya menarik tetapi bukan fesyen TELETUBBIES yang menjadi bahan ketawa orang sekeliling. Winking smile

Rujukan: SINI

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Fashion Statement 2017: JUMPSUIT Untuk Muslimah, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Friday, January 6, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. Satu alternatif baik untuk muslimah 😃 jumpsuit tu mesti tak melekap

    Tapi seeloknya tempat mandi wanita asing dengan lelaki. Itu lagi senang

    ReplyDelete
  2. Teringin nak pakai jumpsuit ni. Hari tu tertengok kat mall, berkenan tapi tinggal yang display je.
    Kalau beli gak time tu macam rugi je sebab confirm tak muat. Perut pun semakin membesar. Huhuhu...
    Nanti2 boleh usha lagi.

    ReplyDelete
  3. jumpsuit mmg cantik.. e'in ade 1.. hihi

    ReplyDelete
  4. Kalau akak mmg tak lah... Kecik2 dulu ada lah kot...

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY