Detik Terbaik Bagi Iman Firash Di LITTLE KINGDOM

Farah Waheda Wahid
0
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM

Alamak!!! Surprised smile Lamanya cerita tentang LITTLE KINGDOM ni tertangguh! Dari sehari ke sehari nak bercerita di Bubblynotes.Com, tetapi disebabkan terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini, sudahnya cerita ini hanya terperap di kotak memori Farah. Sekarang ni lah, Farah baru berkesempatan nak berkongsi cerita tentang pengalaman kami sekeluarga yang telah sempat meluangkan masa sehari suntuk di LITTLE KINGDOM yang terletak PARKSON MAJU JUNCTION MALL KUALA LUMPUR pada akhir bulan November 2016 yang lalu.

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 2

Farah ada berkongsi gambar-gambar serta rakaman video secara live laman Facebook BubblynotesDotCom dan juga laman Instagram, tapi Farah belum sempat lagi berkongsi secara terperinci mengenai pengalaman kami sekeluarga di LITTLE KINGDOM. Seronok oiii! Serius! Bukan setakat anak yang seronok dan tak nak balik, tetapi ibu bapa pun turut sama merasai keseronokan berada di dalam LITTLE KINGDOM. Seolah-olah berada di dalam alam fantasi dan terasa diri seperti kembali ke zaman kanak-kanak pun ada... Ahaksss! Open-mouthed smile.

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 3

Bagi yang belum pernah membawa anak-anak anda ke LITTLE KINGDOM yang terletak di ARAS 3, PARKSON MAJU JUNCTION MALL KUALA LUMPUR, untuk makluman anda, LITTLE KINGDOM adalah merupakan INDOOR EDUTAINMENT THEME PARK berkeluasan lebih kurang 40,000 kaki persegi oleh PARKSON EDUTAINMENT WORLD. Konsep LITTLE KINGDOM adalah PENEROKAAN, PEMBELAJARAN SERTA MEMORI bagi anak-anak kecil.
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 5
 
Kami sekeluarga pun, terjebak ke LITTLE KINGDOM disebabkan nak sambut hari jadi Iman Firash yang ketiga pada 26 November 2016 yang lalu. Saja, nak bagi dia bergembira di hari jadi dia. Iman Firash memang suka sangat dengan indoor theme park. Sememangnya, antara aktiviti hujung minggu kami sekeluarga adalah membawa Iman Firash ke indoor theme park jika ada waktu yang terluang. Tak pernah lagi jejak kaki ke LITTLE KINGDOM. Jadi, sempena dengan hari jadi Iman Firash pada November 2016 yang lalu, kami ambillah peluang yang ada untuk merasai pengalaman di LITTLE KINGDOM.
 
HARGA TIKET MASUK KE LITTLE KINGDOM ADALAH SEPERTI YANG TERTERA DI BAWAH BERIKUT:
 
facebook & instagram_LK
 
Pas masuk ke LITTLE KINGDOM adalah berbentuk seperti jam tangan yang perlu dipakai di pergelangan tangan. Ianya adalah merupakan seperti tag yang mempunyai cip di dalam bagi membolehkan anda memasuki kawasan LITTLE KINGDOM.
 
{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483858513234","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":926,"subsource":"done_button","total_editor_time":35,"brushes_used":0}
 
Tak ada jam tangan ni tak boleh masuk ya? Winking smile. Bila dah masuk, Iman Firash was like... Oh wow! Terus dia rasa teruja.

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 7

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483858846103","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":1,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":560,"subsource":"done_button","total_editor_time":40,"brushes_used":0}

Sabarlah wahai anak! Ha ha ha...Open-mouthed smile ... Kita lihat apakah kelas-kelas yang sedang berlangsung dan akan berlangsung pada hari yang berkenaan yang bersesuaian dengan Iman Firash untuk dia ikuti. Alamak! Surprised smile terlewat sedikit, kebanyakan daripada kelas-kelas yang ada telah tamat waktunya. Tapi tak mengapa...Masih banyak lagi aktiviti yang masih boleh dilaksanakan di LITTLE KINGDOM kerana WAKTU OPERASI LITTLE KINGDOM adalah:

ISNIN HINGGA JUMAAT:
10.00 PAGI SEHINGGA 6.00 PETANG
 
SABTU & CUTI UMUM:
10.00 PAGI SEHINGGA 7.00 PETANG
 
Cumanya ada juga rasa macam rugi sedikit bagi Farah kerana terlepas peluang melibatkan Iman Firash di dalam kelas-kelas yang menarik di LITTLE KINGDOM seperti:
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 10
 
LITTLE T-REX KITCHEN yang pasti menyeronokkan bila mana Iman Firash dapat belajar memasak dan juga baking bersama rakan-rakan sebaya mengikut stail T-Rex. Winking smile. Seronoklah kan? Dapat belajar memasak dan buat sepah dengan sesuka hati mengikut daya imaginasi diri sendiri bila  Mommy tak boleh nak larang kan? Ekekeke…Kalau di rumah tu, mungkin itu tak boleh ini tak boleh… Secara tak langsung sebenarnya ia membantu di dalam penerokaan Iman Firash yang sedang giat meneroka di usia 3 tahun ya tak?
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 11
 
LITTLE CINDERELLA BALLROOM – Kelas muzik dan juga tarian. Ini dah tentu-tentu Firash suka ni! Sebab memang kegemaran dia menari mengikut muzik. Di rumah pun begitu juga. Kalau ada ramai kawan-kawan tentulah lagi seronok kan?
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 12
 
LITTLE BEAST FIELD – Kelas sukan! Gimnasium mini! Tergolek, terlentang, panjat memanjat…Memang akan menjadi kegemaran si kecil Farah lah kannn? He he he… Open-mouthed smile… Tiada siapa nak stop dia dari melakukan apa sahaja. Kalau jatuh pun mungkin tak sakit cuma hati-hati jer lah, nak kena pantau supaya tidak berlaku kecederaan yang tidak diingini.
 
Selain dari kelas-kelas yang Farah ceritakan ini, terdapat juga kelas-kelas lain seperti kelas seni dan kraf yang dinamakan sebagai LITTLE ALICE WONDERLAND, kelas lego dan robotik yang dinamakan LITTLE ALIEN SPACESHIP serta pygmalion and world introduction class yang dinamakan sebagai LITTLE GENIE HOUSE. Tak apalah bukan rezeki kami pada hari tersebut…
 
Panjang lagi masa kami! He he he... Open-mouthed smile... Bila masa masih panjang... stesen pertama yang menjadi perhatian kami adalah Fantasy Drive. Acah-acah ambil lesen memandu katanya...

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 14

{"total_effects_actions":0,"total_draw_time":0,"layers_used":0,"effects_tried":0,"total_draw_actions":0,"total_editor_actions":{"border":0,"frame":0,"mask":0,"lensflare":0,"clipart":0,"text":0,"square_fit":0,"shape_mask":0,"callout":0},"effects_applied":0,"uid":"92B9661B-9B22-487F-8E5E-AE476924D77D_1483859404196","width":750,"photos_added":0,"total_effects_time":0,"tools_used":{"tilt_shift":0,"resize":0,"adjust":0,"curves":0,"motion":0,"perspective":0,"clone":0,"crop":2,"enhance":0,"selection":0,"free_crop":0,"flip_rotate":0,"shape_crop":0,"stretch":0},"sources":[],"origin":"gallery","height":555,"subsource":"done_button","total_editor_time":40,"brushes_used":0}

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 15

Sambil belajar tentang peraturan lalu-lintas yang perlu dipatuhi, anak-anak dapat berseronok merasai pengalaman bagaimanakah rasanya memandu di atas jalan raya yang sebenar dengan fantasi seperti pusat cucian kereta, pengisian minyak... Sekurang-kurangnya serba sedikit, mereka dapatlah membayangkan bagaimana kita ibu bapa yang sering memandu ni kan? Don't play-play you know... Selesai jer berseronok dengan Fantasy Drive anak-anak akan layak untuk memiliki lesen memandu mereka sendiri. Untunglahhh... kecil-kecil dah ada lesen memandu dah... Kita dulu kena tunggu sampai umur matang baru boleh masuk kelas memandu ya tak? Winking smile

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 16

DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 17

Selepas memandu kami berehat seketika dari sebarang aktiviti lain demi memberi laluan kepada persembahan di Magical Stage. Persembahan muzikal berbentuk teater ini, menarik perhatian serta minat Iman Firash walaupun masih kecil. Diam sahaja dia menonton persembahan di Magical Stage. Mungkin seronoklah tu disebabkan ada nyanyi-nyanyi, menari. Dia pun ikut sama.
 
Ada satu kawasan yang menjadi favourite hot-spot Iman Firash! Selepas tamat persembahan di Magical Stage, sasaran bergembira yang seterusnya adalah di kawasan indoor playground yang menjadi impian dia sangat!
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM 17
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 18
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 19
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 20
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 21
 
Habiskan masa berjam-jam di sini pun tak apa pada Iman Firash. Dia memang dah tak peduli dah benda lain dah... Secara jujurnya sehingga LITTLE KINGDOM dah nak tutuplah baru kami sekeluarga bergerak dari indoor playground ni...Memang bagi dia main sampai lebam kaedahnya...Wakakaka... Nyah-Nyah. Iyalah bukannya selalu kan? Bagilah dia main puas-puas ya tak?

Apa lagi yang menarik di LITTLE KINGDOM untuk diterokai? Terlalu banyak sebenarnya nak diceritakan dan memang banyak sangat-sangat yang menarik sehinggakan Farah rasakan sebenarnya tempoh waktu sehari sebenarnya tidak mencukupi untuk berada di dalam LITTLE KINGDOM. Kalau Farah yang mak budak ni pun dah boleh rasa macam tu, apatah lagi kalau anak-anak kan? Anak-anak bila dah seronok memang dah tak ingat apa lagi dah. Antara lain yang menarik adalah:
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 22
Kawasan bermain yang dinamakan Mysterious Mars
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 24
 
DETIK TERBAIK BAGI IMAN FIRASH DI LITTLE KINGDOM! 23
Amazon Ride
 
Memang sangat awesome! Betul tak? Farah katakan? Sehari suntuk pun belum tentu puas lagi ni untuk meneroka dengan lengkap keseluruhan kawasan LITTLE KINGDOM.
 
Owh ya, sebelum Farah terlupa, selain dari sebagai tempat penerokaan, berseronok dan belajar untuk kanak-kanak, LITTLE KINGDOM juga menyediakan perkhidmatan penganjuran parti hari jadi untuk sesiapa yang berminat ingin menganjurkan parti hari jadi di LITTLE KINGDOM dengan pakej yang menarik dan berbaloi.
 
Print
 
Menarik kan? Sangat-sangat menarik... Farah cadangkan anda ibu bapa di luar sana tu, untuk bawa anak-anak ke LITTLE KINGDOM pada bila-bila masa yang anda berkesempatan pada cuti hujung minggu. Sekurang-kurangnya ada juga aktiviti menarik dan memberikan manfaat kepada anak-anak serta mengeratkan lagi silaturahim di antara ahli keluarga kan? Tak perlu tunggu waktu cuti sekolah pun tak apa! Winking smile. Tapi kalau nak tunggu cuti sekolah juga, bolehlah mula merancang untuk menghabiskan cuti persekolahan anak-anak nanti, kalau tak silap Farah bulan Mac kan? Bolehlah jadikan LITTLE KINGDOM sebagai salah satu destinasi riadah cuti sekolah anak-anak anda.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT:
 
 
 

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !