Cara Hilangkan Tagih Gajet Anak?

Farah Waheda Wahid
2
CARA HILANGKAN TAGIH GAJET ANAK 
Kalau boleh jangan biasakan, kalau boleh jangan beri. Itu yang sebaik-baiknya yang disarankan. Tapi, majoriti masa kini, anak-anak secara majoriti tak lari dengan gajet. Samalah dengan Iman Firash. Kalau dah kematu kebosanan di rumah, kalau dah nampak dia terpusing sini terpusing sana, tak hairan dah dengan barang permainan, televisyen pun tak hairan, ada masa memang Farah buat tak reti jer, ada masa bila rasa kasihan menerpa, Farah beri juga. Dulu dah hampir-hampir nak jatuh bawah kategori ketagihan gajet juga ni, tapi cepat-cepat Farah leraikan. Sebelum jadi ketagihan? Eloklah cepat-cepat Farah leraikan. Cumanya, mungkin ada juga yang sudah agak terlewat dan anak sudah mula jadi ketagihan gajet. Cara nak hilangkan tagih gajet anak sebelum meruncing?

Ini adalah merupakan sedikit perkongsian dari Farah sendiri berdasarkan pengalaman Farah sendiri sewaktu Farah dah mula freak out bila Iman Firash dah mula menunjukkan tanda-tanda nak jadi ketagihan gajet satu ketika dulu, kira-kira lebih kurang hampir setahun yang lepas. Phewww... memang Farah akui, Farah yang dedahkan dia dengan gajet, tapi mungkin ada kealpaan Farah sendiri dan kesilapan dari Farah sendiri bila terlebih biarkan dia menghabiskan masa dengan gajet. Mujurlah, Farah cepat tersedar dari kelekaan Farah tu. Kalau tidak, memanglah Farah yang salah sebab bertanggungjawab membiarkan dia dengan gajet. Syukur Alhamdulillah, cepat tersedar dan cepat ambil tindakan kawalan.

Kalaulah, kalau anda sense yang anak-anak anda sudah mula menunjukkan tanda-tanda cenderung ke arah ketagihan gajet... mungkin apa yang Farah lakukan dapat membantu anda juga. Antara tindakan yang pernah Farah ambil terhadap Iman Firash sebelum benar-benar menjadi ketagihan gajet adalah:

Hilangkan Gajet Dari Pandangan Anak

Farah pernah kongsikan dulu di dalam salah satu entri Farah di dalam www.bubblynotes.com ini, yang Farah nekad sorokkan gajet dari Iman Firash. Farah sorokkan gajet dari Iman Firash selama lebih kurang 3 bulan macam tu. Memanglah dia bertanya dan ibarat kucing kehilangan anak yang sentiasa merengek mahukan gajet. Farah sorok dalam beg tangan Farah dan bawa gajet yang berkenaan ke mana saja Farah pergi. Bawa ke pejabat, bawa ke sana ke mari. Memang lenyap terus dari pandangan mata Iman Firash selama 3 bulan.  Gajet tu pun tak ber-cas selama 3 bulan lamanya.

Mula Dengan Diri Sendiri

Dah lenyapkan gajet dari pandangan mata anak, haruslah kena lenyapkan gajet kepunyaan diri sendiri di hadapan anak. Agak-agak boleh tahan ke? Bukan anak saja diuji, tapi maknya turut sama diuji. Hu hu hu... sampaikan merajuk Ba Bah Firash sebab telefon susah nak berangkat, What's App tak berbalas. Sebab Ba bah dia tau, Farah bukan jenis yang berenggang dengan gajet. Nama pun blogger kan? Ahaksss... tapi demimu anak, sanggup Mommy ni kena marah dengan Ba Bah tau tak? Bila pergi tandas, curi-curi bawa gajet sebab nak tengok What's App, Missed Calls, Facebook, Instagram, emel, Twitter segala bagailah. Nak nak lagi, komunikasi utama adalah What's App kan?

Sibuk suruh anak lepaskan gajet, Farah pula? Takkan tak sanggup lepaskan gajet kan? Itu yang sampai sekarang, hanya waktu-waktu tertentu jer Farah muncul di media sosial. Bukan sepanjang waktu seperti waktu dulu-dulu. Depan Iman Firash, Farah kurang-kurangkan. Farah cuba minimakan dan Farah cuba sebaik mungkin untuk tak pegang sebarang gajet. Hu hu hu... sebagai blogger memang terasa mencabar sedikitlah dugaan tu. One thing that I've always remind myself... your son is growing up, he needs more attention for his development rather than your gadgets. Demi kebaikan anak, memang Farah kena mulakan dengan diri Farah sendiri dulu.

Gajet Berjadual

Selepas tempoh 3 bulan yang berkenaan, tak adalah niat di hati nak lenyapkan terus dari Iman Firash. Masih ada kelonggaran sebenarnya untuk Iman Firash berinteraksi dengan gajet. Kalau tak beri langsung pun, macam kesian juga melihatkan dia. Dahlah tak berkawan dengan sesiapa, dahlah selalu seorang sahaja di rumah. Oleh yang demikian, Farah ambil peluang yang ada ni untuk berikan dia gajet mengikut jadual yang telah ditetapkan. Bukan sepanjang masa as and when yang dia suka. Bukan setiap hari. Ada waktu-waktu tertentu dan itupun tak lebih dari 30 minit pada satu-satu masa tu. 30 minit tu pun dah kira lama juga kan?

Mula-mula agak sukar dia nak sesuaikan diri. Tapi alah bisa tegal biasa. Lama kelamaan dia sudah mula terbiasa dengan rutin yang Farah tetapkan. Bagus juga, ajar dia batasan sedari kecil.

Banyak Luangkan Masa Dan Tumpu Pada Anak Dengan Aktiviti

Hidup bukan makan gajet, tidur gajet, mandi gajet, segala gajet. Hidup juga ada warnanya yang tersendiri. Ambil peluang dan ruang waktu yang terluang untuk habiskan masa berkualiti dengan anak. Setelah melenyapkan gajet dan kemudiannya mula membataskan waktu Iman Firash dengan gajet. Farah banyak mencetak worksheet activities, lakukan aktiviti-aktiviti yang dapat melentur serta membantu perkembangan semasa Iman Firash seperti membacakan dia lebih banyak buku-buku cerita yang menarik, ajak dia bermain bersama dan lakukan aktiviti-aktiviti ringkas bersama dia.

Satu perkara ditarik, datang satu perkara yang lebih baik kan? Yang tak boleh dibayar dengan wang ringgit. Farah cuba dengan sebaik mungkin ambil pendekatan ni untuk merapatkan lagi hubungan kami anak beranak.

Rajin Bawa Anak Keluar

Keluar ni bukan bermaksud kena pergi jauh-jauh, kompleks membeli-belah, kena keluarkan duit. Sekadar pergi ke taman permainan yang berdekatan, pusing-pusing di sekitar kawasan taman perumahan. Dengan harapan, nak menyedarkan dia there are so many exciting things awaiting ahead outside there. There are such a colourful world and tonnes of things that he could explore out there.


Kemaskini Blog, Bermedia Sosial Bila Dia Tidur

Bila anak semakin membesar, satu perkara yang Farah belajar, adalah ada sesetengah hobi atau perkara yang kita suka lakukan kita boleh tunjuk di hadapan anak. Blogger dan gajet manakan terpisah? Farah belajar sebaik mungkin untuk meminimakan atau tidak menunjukkan yang Farah sibuk dengan gajet untuk blog di hadapan dia. Farah mulakan semula aktiviti kemaskini blog dan media sosial di luar pandangan Iman Firash. Bila semua orang tidur, Farah sibuk menaip entri untuk www.bubblynotes.com. Sibuk melayari laman media sosial. Orang tidur Farah berjaga. Tapi, yang berjadual, Farah akan lakukan sorok-sorok dari pandangan Iman Firash lah. Tugasan blog tetap perlu dilakukan berdasarkan garis masa yang telah ditetapkan ya tak?

Hati Kena Kental

Ini memang essence setiap apa sahaja yang kita cuba impose terhadap anak… Memang hati kena kental, tak kira either mom or dad… Kena kuatkan hati dan tak boleh lemah atau mudah kasihan dengan pujuk rayu anak-anak yang ada masa-masanya sangat tricky. Anak-anak ni memang sangat bijak… Don’t let them manipulate you! He he he… Winking smile

Alhamdulillah, apa yang Farah lakukan untuk menghindarkan Iman Firash dari terjebak tagih gajet berhasil. Sekarang dia faham, gajet bukan segalanya. Lagi-lagi dah mulakan alam persekolahan tadika kan? Lagi mudahlah nak leraikan dia dari bergantung pada gajet sepanjang masa dan semata kan?

Farah tak kata cara Farah ni yang terbaik atau terbagus, akan tetapi anda boleh mencuba sekiranya anda sudah mula menghidu yang anak anda sudah mula cenderung ketagihan gajet. Lakukan sesuatu dan ambil tindakan sebelum segalanya terlewat.

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu farah..
    Kena mula kan dengan diri sendiri..
    Baru anak2 tak ikut sama kan..
    Kekadang pandai pula mereka ni..
    tunggu kita tido dulu..
    bila tersedar tengok depa dok layan gajet hahahha..
    Mama yg kena macam tu..

    ReplyDelete
  2. setuju dengan Farah, kena kental.Nak anak tak ketagih gajet kena tegas tapi kadang-kadang terlepas juga dari pandangan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !