Bahaya BABY CRYSTAL Pada ANAK KECIL!

BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL!
Kredit: Gambar dari Google

Cantik tu memang cantik… Tapi kalau ada anak-anak kecil di rumah, kalau boleh tak perlu ada hiasan yang menggunakan baby crystal seperti yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas yang dipaparkan bersama entri ini ataupun jika nak juga hiasan dalaman menggunakan baby crystal yang nampak cantik di pemandangan mata anda ini, SILA JAUHKAN DARI CAPAIAN SI KECIL ANDA YANG COMEL! Nak tau kenapa? Mungkin perkongsian ini dapat menyedarkan kita yang mungkin tak sedar ataupun tidak tahu mengenai bahaya yang menanti dengan adanya hiasan dalaman rumah menggunakan baby crystal ini… Ataupun mungkin ada sahaja di antara anda yang membaca entri Farah ini, sudahpun mengetahui mengenai perkara ini…

Macam ni, sambil-sambil mata tak boleh nak lelap dan sambil-sambil memantau suhu badan Iman Firash, Farah terserempak dengan satu perkongsian oleh Puan Ika Tieqa di pautan INI di Laman Facebook.

BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 2
Kredit: FB Puan Ika Tieqa – anak perempuan beliau yang sangat comel!

SHARE sebanyak mungkin. Apa yang saya lalui ini, saya tak nak berlaku dekat bayi-bayi aktif lain.. tolonglah... Terima kasih yang mendoakan Lily.. Jasa anda tak terbalas. Semoga cerita ini menjadi iktibar...
 
Aku mengharamkan permainan ini (merujuk kepada baby crystal) sejak dulu. Aku pantang nampak benda ni. Its ok kalau dia dah direndam dalam air tapi kalau benih yang belum direndam tu, tolonglah…Buangkannya ! Aku menyesal.. Aku sangat menyesal ...
 
Hari Jumaat malam, Iriss main benda ni. Tak tau la mana dia dapat.. dia sorok-sorok… Kemudian benda tu tertumpah! Budak yang dalam gambar ni, nama dia Lily.. Aku lebih suka panggil Ica sebab tiap kali panggil Ica, dia akan toleh dan senyum...Ica 10 bulan.. masih tak tahu apa-apa dan obses dengan makanan ..semua makanan..mungkin Ica ingat tu makanan.. Ica makan.. Bila aku sedar dia main benda tu, rupanya, Ica dah termakan sebiji dari benih tu.. tanpa aku sedar! Aku ni memang jenis alert dengan kesihatan anak-anak aku. Kalau tunjuk reaksi negatif, memang aku cepat-cepat  bawa at least pergi klinik.
 
Kesan dari benda ni dia sangat cepat. Dalam dua jam, Ica muntah-muntah. Aku tak syak lagi dia makan benda tu. Aku ingat dia muntah kahak…3 kali dia muntah malam Jumaat tu… Hari Sabtu, aku cadang nak pergi specialist Allen Batu Pahat, gigih aku bangun awal pagi.. sampai-sampai je , klinik tutup.. aku patah balik Parit Raja.. Hari tu, Ica muntah 8 kali. Aku pergi klinik Parit Raja.. Dia bagi ubat demam dan tahan muntah… Doktor cakap Ica keracunan makanan… Aku beri ubat tu tapi Ica tetap muntah dan muntah.. Allahuakhbar.. Kuasa Allah tu besar.. Hati aku asyik terfikir benda bulat ni… Walaupun kadang ada bisikan yang menafikan tapi perasaan aku benar.. benar-benar rasa yg Ica termakan benda tu. Hati aku kuat cakap ...
 
Hari Ahad, aku pergi Dr. Allen.. pagi-pagi aku pergi.. Pagi tu sebelum jam 12.00, 5 kali Ica muntah.. Doktor bagi ubat tahan muntah dan demam… Lepas tu doktor kata Ica keracunan..tapi Alhamdulillah.. Doktor pesan.. "I bagi you ubat tahan muntah. Sekali bagi cukup, kalau lepas bagi dia muntah lagi, bawa pergi hospital". Aku bagi Ica ubat tahan muntah.. dalam masa 3 jam.. sampai pukul 3, Ica muntah lebih 6 kali (tak termasuk pagi Ahad tu). Aku terus pegi Putra Hospital. Ya, aku tak mampu cakap dengan doktor tu yang Ica termakan benda asing ni sebab aku tak nampak. Ahad malam tu.. Hati aku meronta-ronta... Bagai menjerit..Kalau boleh malam tu jugak aku nak call doktor yang rawat Ica..nak bagitau yang Ica termakan benda ni..Ica dah muntah hijau... Hari Ahad, lebih 25 kali Ica muntah.. ica tak makan.. Hari Sabtu Ahad dia tak makan apa pun. Semua keluar balik...
 
Aku? Tak tidur..Berdoa tak lekang dari hati.. Semoga Allah pindahkan sakit tu kat aku.. Semoga Ica sihat macam selalu..Ya Allah..rindunya kat si kecik tu... Malam Ahad tu.. Ica lemah sangat.. Aku nekad bagitau kat nurse apa kata hati aku.. Dia beri Ica ubat tahan sakit dengan antibiotik.. Ica tidur tapi sekejap-sekejap bangun.. aku ingat lagi, petang Ahad tu, doktor cakap dah bagi ubat muntah paling kuat tapi kenapa Ica muntah lagi??? Hari Isnin pagi, 8 pagi lebih, doktor datang.. Aku cerita semua dekat doktor, padahal doktor datang tu , aku baru bangun tidur.. Sebab letih sangat dah berapa hari tidur sejam dua...Peduli apa..Air liur basi ke apa ke, aku tetap nak bagitau doktor yang Ica sebenarnya tertelan benda tu. Alhamdulilah doktor tu ambil berat apa yang aku cakap. Dia suruh pergi x-ray, scan apa semua.. dan memang nampak usus Ica bulat.. usus dia tersumbat sebab ada benda sedang mengembang dalam usus dia…
 
Allahuakbar..Longgar lutut aku.  Dengan laki aku tak ada (urus anak sekolah) nak tak nak aku kena hadap. Tak ada masa lah  nak cari bahu nak nangis. Aku gagah jugak senyum depan Ica.. Dia nangis sambil tangan dia mengapai-gapai  tangan aku.. Aku peluk dia.. Aku bisik.. "Ica kene kuat sebab mama tak kuat…" Dia terus merengek pelan-pelan... Lepas scan semua, pakar bedah datang.. Allah time tu aku terus standby duit , angka-angka puluh ribu bermain dalam kepala aku.. Ica mesti kene bedah.. Doktor cadangkan hospital government... dia kata pakar terbaik.. doktor yakinkan aku.  Siapa aku untuk menidakkan kata-kata  doktor? Aku pun setuju dengan suggestion dia. Aku redha dan berserah pada Allah.. HSI menjadi pilihan doktor.. Aku angguk.. tak daya.. tak makan apa pun dari pagi.. selera hilang ...
 
Sejam lepas tu ambulance sampai dan kami pun dibawa ke HSI. Allah ramainya orang.Aku takut kalau pembedahan Ica ditunda..TAPI AKU SILAP! Doktor  perempuan dari HSA. Pakar terbaik aku pernah jumpa.. kata-kata dia tak melumpuhkan semangat aku. Setiap kata-kata dia buat aku berserah sepenuhnya kepercayaan membawa Ica dalam tangan dia.. Ica muntah.. Hitam.. Doktor tu cakap "Adik muntah?... sikit je ye dik.. sian adik" lembut longai hati aku dengar. Perasaan takut langsung hilang. Aku setuju nak buat pembedahan.. tapi doktor terangkan.. satu persatu.
 
Kemungkinan pembedahan usus akan dipotong sekiranya berlaku usus itu rosak. Yang kedua kemungkinan akan buang air besar menggunakan kantung beg untuk beberapa ketika.. Luruh hati beb bila dengar camni...aku sign segala surat. Make-up aku? tak ada. Dah macam orang gila aku tau tak?  Aku bersila depan dewan bedah.. Aku tunggu Ica.. Aku tak nangis.. Insyaallah.. jika Allah izinkan, Ica akn kembali pulih..Aku percaya dgn doktor tu.
 
Selama 2 jam 30 minit aku tak berganjak dari depan bilik bedah..aku tunggu Ica..At last doktor panggil aku.. Masuk je bilik doktor, fuhh terperanjat gila kot ! Besar gila ! Usus Ica bengkak.. nasib baik aku bawak Ica awal.. kalau sampai sel usus rosak, mmg kena potong la ususnya.. bersyukur berjuta kali Ya Allah... Pembedahan berjaya dan Lily stabil cuma skrg dia tidur.. belum bangun lagi..
 
Bola tu serap air.. bola tu sangat seram bila tengok. Kau bayangkan bola tu bila kene air dia just kembang dan bila dipicit dia akn musnah,tp yg ni, keras pejal dan semakin membesar dan tahu tak apa doktor tu cakap? "ada lebih besar dari ni!". Aku tak tahu nak cakap apa cuma bersyukur. Mungkin benda ni korang anggap remeh tapi , bila kau yang hadapi benda ni, sumpah kau serik.. tolong la.. aku menyesal sangat sebab tak buang benda ni waktu nampak Iriss bawa masuk.. Aku menyesal sangat ! Tolong jangan ulangi kesilapan aku. Sebab kecuaian aku, perut anak kecik yg masih tak tau apa-apa tu dah kena belah.. Sumpah menyesal!
 
Doakan Ica ya? Supaya bangun dan usus pulih dengan baik.. Terima kasih ....
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 3
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 4
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 5
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 6
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 7
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 8
Kredit: FB Puan Ika Tieqa 
 
Dan berita yang paling terkini yang Farah dapat baca dan lihat di timeline Facebook Puan Ika Tieqa adalah:
 
BAHAYA BABY CRYSTAL PADA ANAK KECIL 9
 
Semoga Ica cepat sembuh dan diberikan kesembuhan serta kekuatan oleh Allah SWT untuk menjalani serta mengharungi kesakitan yang ditanggung pada masa ini. Terima kasih Puan Ika Tieqa kerana berkongsi dan dalam masa yang sama memberikan peringatan kepada kami ibu bapa di luar sana sini. Bukan tujuan nak mengaibkan ataupun meraih trafik dari perkongsian ini. Farah juga seorang ibu, Farah boleh rasa apa yang Puan Ika Tieqa rasa. Sedangkan sewaktu Iman Firash diserang fits dulu pun perasaan dah tak tergambar. Trauma sehingga kini bila setiap kali dia demam. Ini kan pula keadaan sebegini. Farah faham. Mungkin kita rasa, seperti kita dah aware dan kita tak berapa nak ambil pusing perkongsian Puan Ika Tieqa. Tapi, INSIDEN INI PENTING UNTUK MENGINGATKAN KITA IBU BAPA SUPAYA AMBIL PERHATIAN DAN SERIUS ATAS PERKARA INI. Apa juga yang dikongsikan oleh Puan Ika Tieqa adalah untuk kebaikan kita bersama berdasarkan pengalaman beliau sendiri. Semoga terus tabah ya Puan Ika Tieqa.
 
Sama-sama kita beringat, sama-sama kita say no pada baby crystal ya? Demi keselamatan anak-anak kita semua.

Dapatkan Artikel terbaru dari Situs ini melalui e-mail Anda.

Author : Farah Waheda Wahid Terimakasih telah berkunjung

Artikel Bahaya BABY CRYSTAL Pada ANAK KECIL!, diterbitkan oleh Farah Waheda Wahid pada hari Thursday, January 12, 2017.Enjoy Reading this!.About me: Farah Waheda Wahid Working Mommy Blogger of 1 (a boy). I blog about everything that moms love...mommyhood, beauty, fashion, health, food, tech and travel. Being a mom of 1 young kids, I like to find a balance between blogging about family related topics and things that are just for mom :) My blogs primary objective is to share my experiences with my readers, so it might help them with anything similar they may be experiencing, or to introduce them to new ideas. I blog from Selangor, Malaysia and have a preschooler toddler.

4 comments:

  1. terima kasih atas maklumat dan perkongsian

    ReplyDelete
  2. Memang bahaya pun. Dah lama orang jadi kes tercekik & lain lain

    ReplyDelete
  3. Memang sgt bahaya.. boleh meragut nyawa. Syukurlah selamat.. di doakan agar cepat sembuh seperti sediakala... aamiin. Thanks sharing info ni ye

    ReplyDelete
  4. Ada jugak terbaca pasal ni, Kesiannya.
    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Shoplinks Asia

iWON.MY